Moving Forward As One

Kes Pembunuhan Di Mana Syaitan Dipersalahkan Di Mahkamah

2,360

Pekan Brookfield terletak dalam negeri Connecticut. Sejak tahun 1788, pekan ini mempunyai segala keperluan. Ia menghasilkan makanan sendiri, seperti kacang dan jagung. Apa yang kurang dibawa masuk. Mana yang lebih menjadi jualan di luar.

Memang suasananya aman damai, dengan orang-orang pertama pekan terdiri daripada golongan petani dan pembµrµ. Apabila aman damai dan cukup segalanya, memang takkan ada masalah.

Jadi semua boleh bayang betapa reaksi penduduk di sini, apabila mereka bangun satu pagi dan dikejutkan dengan berita pembµnµhan pada 16 Februari 1981.

Tetapi pembµnµhan ini tidak sama untuk dibandingkan dengan segala kes di seluruh dunia. Brookfield menjadi popular kerana inilah satu-satunya pembµnµhan yang katanya dilakukan syaitan. Kisahnya bermula pada Oktober 1980 apabila Arne Cheyenne Johnson dan Debbie Glatzel membersih sebuah rumah sewa baru mereka.

Debbie mempunyai seorang adik bernama David, yang berusia 11 tahun. Dari awal lagi, David ternampak seorang tua yang menakutkan.

Katanya orang tua ini fasih dalam bahasa Latin dan mengµgµt akan ambil roh mereka.

Mereka cuba menyucikan rumah tersebut dengan bantuan seorang paderi. Rumah itu pun hilang serinya. Jadi mereka keluar dengan prasangka akan selamat. Sangkaan mereka ternyata meleset, kerana David tanpa henti mengalami gangguan.

Mereka pun meminta bantuan Ed dan Lorraine Warren, yang menimba populariti sebagai penghalau syaitan.

Pasangan ini diabadikan dalam trilogi The Conjuring (dan Annabelle Comes Home). Semasa cuba menghalau, Arne didakwa menjemput penghuni neraka masuk dalam badannya (supaya David dapat dibebaskan).

Semua ini adalah saduran daripada pihak ketiga, yakni sesuatu yang tidak mungkin boleh dibuktikan walau dengan apa cara sekalipun.

Apa yang pasti ketika itu, masalah nampak macam selesai. Semasa cuba menghalau syaitan ini, Arne dan Debbie membuat keputusan untuk duduk sementara dengan keluarga Debbie (mereka bersekedudukan di tempat lain asalnya).

Debbie bekerja dalam sebuah kedai pengurusan anjing, dibawah seorang majikan bernama Alan Bono.

Dalam masa beberapa minggu, Arne pula mula bergelagat pelik hampir sama macam David demikian hari. Debbie ternampak Arne dalam keadaan seperti berkhayal sampai mengaum… tetapi kemudian tidak ingat langsung kalau diberitahu. Ini mengganggu prestasi kerjanya bersama Wright Tree Service.

Sampai pada 16 Februari 1981, Arne terpaksa mengambil cuti sehari dan berjumpa dengan Debbie di tempat kerja. Arne mempunyai seorang adik perempuan bernama Wanda.

Ketika itu, Wanda bersama Debbie yang turut ditemani sepupunya Mary. Alan Bono membeli piza yang dinikmati mereka. Cuma kemudian, Bono pergi teguk minuman keras sampai hilang arah

Sampai saja, Arne ternampak Bono mula buat hal. Bono pergi menyerang Mary. Lalu Arne pun menyelamatkan Mary, dengan Debbie kemudian berdiri di antara mereka berdua untuk menghentikan pergaduhan. Wanda pula cuba menenangkan Arne yang sedang mengaum macam binatang.

Arne mengeluarkan sebilah pisau lima inci. Bono ditikam bertalu-talu dan mati beberapa jam kemudian, menjadikan kes pembunuhan pertama dalam sejarah 193 tahun Brookfield.

Arne ditahan kira-kira tiga kilometer daripada tempat kejadian. Lorraine Warren kembali ke Brookfield keesokannya untuk memberitahu pihak polis. Bahawa Arne sebenarnya dirasuk hantu.

Peguam Arne terpaksa pergi ke England untuk berhubung dengan peguam sana yang pernah terlibat dalam dua kes sama. Cuma perbezaannya, mereka tidak masuk dalam gelanggang mahkamah. Arne bakal diheret ke muka pengadilan… dengan hujah pertahanan bahawa dirinya dirasuk.

Pihak hakim pun menggaru kepala, sebelum menolak hujah tersebut. Kerana takkan mungkin ia dibuktikan secara saintifik untuk menggerakkan proses mahkamah. Lalu Arne dibaca pertuduhan atas cuba mempertahankan diri.

Filem The Conjuring III berkisarkan mengenai peristiwa ini.

Dan perbicaraan ini berlangsung selama sebulan, sebelum Arne didapati bersalah dan dipenjara maksimum 20 tahun. Arne hanya meringkuk selama lima tahun sahaja, kerana tingkah laku yang sangat baik semasa dalam penjara.

Ruangan komen telah ditutup.