1. Semalam, Mohd Kassim iaitu ayah kepada arwah Adib telah membuat permohonan ex-parte (sebelah pihak) melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates di Mahkamah Sesyen pada 8.20 pagi.

2. Permohonan tersebut adalah bertujuan untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Peguam Negara (AG), Tommy Thomas berhubung inkues kematian arwah Adib yang sedang berlangsung.

3. Dalam permohonan ayah Adib, disebutkan bahawa Tommy adalah seorang AG yang secara salah mengambil pendirian dan membuat keputusan pra-matang bagi pihak Jabatan Peguam Negara tentang punca dan sebab kematian Muhammad Adib.

4. Hal ini berikutan pada 15 April lalu, Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk menjadi pemerhati dalam inkues arwah Adib selepas AG melalui sebuah affidavit telah menyatakan kecederaan dialami arwah Adib bukanlah dipukul sebaliknya akibat dilanggar pada perenggan ke-5 dan 6 afidavit itu sedangkan proses inkuari masih lagi sedang berlangsung.

5. Berikutan itu, pihak bapa Arwah Adib telah menggangap melalui afidavit itu, AG telah menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan media yang akan mengganggu kelancaran dan ketelusan proses inkues anak beliau yang masih berlangsung.

6. Selain itu, tindakan AG yang menindas peguam Syazlin Mansor daripada melakukan tugasannya sebagai peguam yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPBM dan keluarga arwah Adib juga dilihat sebagai sebuah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan hingga menyebabkan prosiding inkues kematian arwah Adib tertangguh, sekali gus melengahkan keadilan daripada dicapai.

7. Mahkamah Koroner telah menetapkan 24 Julai depan sebagai sebutan bagi permohonan ayah arwah Adib semalam untuk memulakan prosiding komital tersebut terhadap AG. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan bagi kes tersebut.

8. 24 Julai depan juga adalah merupakan tarikh akhir bagi inkues kematian arwah Adib ditutup atau bersambung lagi setelah pihak koroner telah menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh sama ada wujudnya keperluan untuk memanggil pakar patologi lain atau menamatkan prosiding inkues itu.

SEKIAN.

Tandatangan Petisyen di sini >>http://chng.it/SK2ggjMQ
Tandatangan Petisyen di sini >>http://chng.it/SK2ggjMQ
Tandatangan Petisyen di sini >>http://chng.it/SK2ggjMQ

KONGSIKAN, SEBARKAN

#justice4adib
#standnbecounted


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.