Rakan Korea di tempat kerja semalam ada berkongsi tentang berita seorang artis kpop bernama sulli membvnuh diri, punya utamanya adalah masalah depresi. Sulli merupakan bekas ahli kumpulan f(x) dan meninggalkan kumpulan itu pada 2014 selepas dikecam peminat dan rakyat cyber, dan masalah depresinya bermula sejak dari itu.

Hakikatnya, masalah bvnuh diri dalam kalangan orang korea dan artis K-pop bukan masalah baru. Malah, Korea Selatan mencatatkan rekod negara tertinggi dalam carta rekod bvnuh diri di kalangan negara OECD (high-income countries). Jadi, persoalannya dimanakah silapnya?

Dalam Kes K-Pop ini, punca utamanya adalah kerana K-Pop itu sendiri lahir daripada sistem atau kerangka yang rosak. Dalam sistem ini, bakal artis direkrut oleh agensi sejak dari umur 12 atau 13 tahun, mereka diminta untuk tinggal di asrama yang dimana disitu agensi mereka akan mengawal berat dan bentuk badan mereka, ada yang sehinggakan diminta untuk melakukan pembedahan plastik.

Artis yang di latih, gaji mereka akan dipotong sebagai pembayaran balik upah agensi yang melatih menari, menyanyi, kos sara hidup. Keuntungan satu kumpulan kpop di bahagikan sehingga pada kadar 80 (agensi):20 (Kumpulan Kpop).

Hasil daripada sistem ini? Lahirlah artis K-pop yang kelihatan serba serbi sempurna. Ini menyebabkan peminat menjadikan mereka idola dan matlamat kehidupan. Satu standard kecantikan, kesempurnaan yang perlu dicapai oleh semua orang. Kesannya, peminat mula melakukan pembedahan plastik demi mencapai tahap kesempurnaan idola mereka

Maka tidak pelik apabila International Society of Aesthetic Plastic Surgery;UN menyenaraikan Korea Selatan sebagai negara tertinggi kadar pembedahan plastik per capita dengan statistik menunjukkan 1 Juta pembedahan plastik telah dilakukan dalam tempoh setahun, iaitu bersamaan juga dengan nisbah 1 dalam kalangan 3 perempuan korea. Pengaruh utamanya adalah K-Pop. Mereka sentiasa merasa serba kekurangan kerana terpengaruhnya kesempurnaan idola mereka.

Tidak cukup dengan itu, disebabkan keranga yang rosak ini, lahirlah peminat yang fanatik. Menulis surat dengan mengunakan darah. Cubaan untuk menculik artis malah ada yang menceroboh bangunan tempat tinggal artis tersebut. Berlakulah kecam-mengecam antara kumpulan peminat. Artis juga diserang mentalnya dengan cacian sekiranya bertidak dari luar kemahuan peminat.

Hasilnya daripada sistem ini, lahirlah masalah-masalah yang hanya ada pada industri musik K-Pop tapi tiada pada yang lainnya. Siapakah yang dapat untung daripada semua ini? Kerajaan Korea Selatan kerana mengunakan K-Pop untuk memperkenalkan produk-produk Korea kepada dunia. Mempromosikan Korea Selatan untuk meningkatkan sektor pelancongan demi meningkatkan ekonomi Korea dan dijangka mampu menjana $51Bil menjelang 2020.

Gambar Koleksi rahang manusia yang telah berjaya di potong di sebuah klinik pembedahan plastik di korea.

Senarai artis-aris Korea yang membvnuh diri:

???? Jang Ja-Yeon, bvnuh diri, punca depression “modern-day sexual slavery in the Korean entertainment industry”

???? Seo Ji-won, bvnuh diri, punca depression “concerns about the sudden success of his debut album, and whether its follow-up, would be equally successful.”

???? Jeong Da-bin, bunuh diri, punca depression “depressed over her lack of work, the imprisonment of her previous manager, and online attacks about her appearance.”

???? U;Nee, bunuh diri, punca depression “depressed by online criticism”

???? Jonghyun, bunuh diri, punca depression

Artikel dinaikkan atas kebenaran penulis asal, Aiman Khalid.

RUJUKAN

1) Williamson, Lucy (2011-06-15). “The dark side of South Korean pop music”. BBC News. Retrieved 2017-06-19.

2) Han, Sang-hee (2009-08-11). “Is There a Solution for Slave Contracts?”. Korea Times. Retrieved 2017-06-19.

3) Sung, So-young (2014-10-20). “Why K-pop idols flee from their groups”. Korea JoongAng Daily. Retrieved 2017-06-19.

4) https://www.star2.com/…/k-pops-brutal-pressure-which-lead…/…

5) http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20190501000216

6) https://www.scmp.com/…/k-pop-infectious-disease-not-cultura…

7) https://edition.cnn.com/…/k-pop-star-death-scli-…/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.