Para peneroka FELDA merupakan tunjang utama bagi kelestarian pengeksportan minyak sawit. Pada kadar semasa, 44% minyak sawit di pasaran global datang dari Malaysia. Sebahagian besar daripadanya merupakan komitmen daripada FELDA yang diusahakan seramai puluhan ribuan peneroka (yang sudahpun mencecah angka 110,000 pada tahun 2018).

Pada hari ini, seramai 112,635 peneroka dinaungi FELDA [1]. Masing-masing memainkan peranan meluas bagi menjaminkan kerelevanan Malaysia dalam perdagangan sumber boleh diperbaharui ini. Disebabkan itu saya Ahmad Faezal berpendapat keringat mereka perlu digantikan air. Keluar menjelang Subuh dan balik sebelum Zohor, ada yang kembali selepas Asar pun. Siang dan malam bertarung nyamuk, ular dan babi hutan – semata-mata untuk sesuap nasi bagi menjayakan eksperimen Tun Abdul Razak, walaupun harga komoditi kian menjunam.

Disebabkan itulah para peneroka FELDA layak menerima Bonus Aidilfitri. Pada tahun 2016, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bonus sebanyak RM500 kepada setiap peneroka FELDA [1]. Bagi tahun seterusnya, bonus ini naik ke jumlah RM780 [2]. Dan tahun 2018 menyaksikan pengembalian Dr. Mahathir Mohamad ke pentas politik tertinggi. Beliau mengumumkan bonus raya berjumlah RM450 [3].

Bagi tahun ini, Azmin Ali mengatakan kerajaan tiada keputusan untuk memberikan Bonus Aidilfitri kepada peneroka FELDA [4]. Bagi yang memahami kepentingan FELDA, sesiapa pun akan terkesan dengan kenyataan sedemikian. Keutamaan kerajaan kata beliau adalah untuk memastikan amaun sara hidup dan pendahuluan dibayar sebelum Aidilfitri.

Sebagai rumusan, senang kata amaun sara hidup dan pendahuluan adalah ‘pembayaran gaji’ yang sememangnya suatu prosedur bulanan. Sekarang ini Malaysia bukan sebuah negara yang sedang membangun daripada bencana nuklear atau kepupusan besar-besaran. Semua orang tahu yang pembayaran gaji ialah komitmen berpanjangan. Kalau FELDA perlu kerajaan untuk memastikan PROSEDUR BULANAN, maka tidak pasti siapa yang sebenarnya sedang tembak kaki sendiri: FELDA, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau Azmin Ali sendiri.

Alasan yang digunakan ssekali lagi ialah keadaan kewangan negara. Tetapi tahun lepas kerajaan boleh sahaja berikan FELDA (dan FELCRA) bonus Aidilfitri. Ekonomi pula tidak mendap. Sebaliknya Malaysia berkembang sebanyak 4.7% bagi 2018 [5]. Dan tahun lepas Malaysia mengeksport minyak sawit sebanyak 17.6 juta metrik tan [6], dengan perolehan barangkali mencecah RM80 bilion [7] yakni 7% daripada jumlah pengeksportan.

Maka keadaan kewangan negara tidak lagi sesuai (dan tidak pernah sesuai) dijadikan alasan untuk berkira dengan para peneroka FELDA. Andai kata bonus tahun lepas diulangi, kerajaan hanya perlu mengeluarkan RM50.69 juta sahaja… apalah sangat untuk digandingkan dengan perolehan hampir RM80 bilion.

Memanglah FELDA mempunyai masalah aliran tunai, bersertakan hutang besar dan kerugian RM1 bilion bagi FGV [8]. Namun doktrin “peduli rakyat” merupakan legasi paling besar boleh dipelajari daripada segala dakyah dan manifesto kerajaan. Inilah masa paling sesuai untuk dipersembahkan. Kerana majoriti besar para peneroka akan menghabiskan amaun ini untuk perbelanjaan domestik sahaja: (1) bahan api [PETRONAS (royalti)/Shell dsb. (cukai)], (2) baju raya [Jakel, Kamdar dsb (cukai)], (3) barang basah [IKS & Tesco/Giant dsb (cukai)] dan sebagainya.

Akhirnya kerajaan boleh memungut semula melalui royalti dan cukai. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mendesak U-Turn dalam perkara ini. Maka wahai Azmin Ali, disebalik keringat, darah dan ancaman, takkan RM450 pun tidak boleh diberikan sebagai ganjaran?

Kredit Gambar: ASTRO AWANI

[1] https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/06/22/duit-raya-peneroka-felda

[2] https://www.bharian.com.my/node/291669

[3] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/347537/duit-raya-peneroka-felda-selasa-ini

[4] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/566898/tiada-duit-raya-peneroka-felda-setakat-ini-azmin

[5] https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/02/15/growth-beats-forecasts/

[6] https://www.statista.com/statistics/620219/palm-oil-export-volume-worldwide-by-country/

[7] https://www.theedgemarkets.com/article/palm-oil-export-revenue-poised-hit-rm80b-2018

[8] http://www.astroawani.com/berita-bisnes/felda-global-ventures-rugi-rm1-bilion-199835


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.