Tidak sah bagi yang pernah berkunjung ke Jepun untuk tidak menaiki Shinkansen.

Shinkansen atau keretapi peluru amat sinonim dengan Jepun sebagai simbol kemajuan negara itu dalam bidang teknologi pengangkutan. Namun usah terkejut jika anda melihat gambar ciapan seperti ini:

Berikutan situasi pandemik Covid-19, ramai rakyat Jepun berusaha mengelak penularan wabak tersebut dengan tidak mengunjungi tempat-tempat sesak seperti stesen keretapi. Hal ini mula memberi kesan kepada keuntungan operator keretapi peluru.

Dua operator utama iaitu East Japan Railway Co. serta West Japan Railway Co. mengalami kerugian terburuk masing-masing sebanyak 418 bilion yen (RM16.4 bilion) dan 240 bilion yen (RM9.4 bilion). Bagi East JR, kerugian tahun ini merupakan yang terburuk sejak tahun 1987.

Isu sebegini sudah pasti menarik perhatian Tokyo yang ketika itu ditadbir oleh Shinzo Abe.

Bagi merangsang semula pelbagai sektor ekonomi, beliau melancarkan kempen pelancongan domestik Go To pada Julai lepas dengan subsidi sebanyak 50% diberi kepada sektor pengangkutan, perhotelan dan tarikan pelancong sekitar Jepun.

Walau bagaimanapun, ramai menyifatkan kempen tersebut sebagai tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan pertambahan semula kes Covid-19.

Kebimbangan ini dibangkitkan oleh pakar ekonomi Profesor Yutaka Harada pada Ogos lepas. Beliau berkata, “Saya tidak pasti polisi fiskal ini (kempen Go To) berhasil atau tidak.

“Tujuannya ialah menjana pemulihan ekonomi berbentuk V apabila pandemik berjaya dikekang. Tetapi dengan melancarkan kempen ini sekarang (Julai lepas), ia akan mengakibatkan pertambahan berbentuk V bukan saja dari segi bilangan pelancong tetapi kes Covid-19.”

Kegagalan kempen Go To memberi tamparan hebat kepada Abe yang berundur pada Ogos 2020 sebelum digantikan oleh Yoshihide Suga pada 16 September lalu.

Tidak mahu berdiam diri melihat situasi ini berterusan, East JR melancarkan kempen diskaun 50% untuk setiap laluan Shinkansen.

Kempen yang bermula pada Ogos lalu menyaksikan lebih 300,000 orang menempah setakat 25 September lalu. Syarikat kini mensasarkan lebih sejuta orang menempah menjelang Mei 2021.

Manakala Central JR yang merekodkan keuntungan 656 bilion yen (RM24.8 bilion) untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac lepas menawarkan pakej perjalanan sehari dengan diskaun 50%.

Rangkaian Shinkansennya menghubungkan bandar-bandar Jepun termasuk Tokyo, Hakata dan Kyoto yang dikenali dengan imej kuil tradisional dan taman-taman yang indah.

Ada pula operator Shinkansen sedang mempertimbang usaha mengembangkan operasi logistik mereka seperti East JR. Ianya termasuklah menghantar makanan dan produk wilayah tertentu kepada pengguna.

Begitupun, ramai merasakan syarikat-syarikat Shinkansen akan bergelut meraih keuntungan walaupun selepas pandemik Covid-19 berakhir. Pandangan ini disuarakan oleh penganalisis Institut Penyelidikan Nomura, Hiroshige Murayama.

Beliau berpandangan diskaun yang dikenakan dan kos penyelenggaraan yang tinggi boleh memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan operator-operator keretapi peluru. Semua ini sudah pasti memberi cabaran kepada Suga yang dipilih oleh Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) sebagai pengganti Abe.

Dengan hanya mempunyai penggal selama setahun sebelum perlu mengadakan pilihan raya pada tahun hadapan, cabaran ekonomi harus menjadi fokus utama.

Jika Suga gagal berbuat demikian, maka Shinkansen bakal menjadi simbol signifikan kemerosotan ekonomi Jepun pasca-Covid-19.

RUJUKAN:

Reuters. (2020). Proponent of Abenomics blasts Japan’s tourism campaign as pandemic rages on. The Straits Times.

Takezawa, Shiho. (2020). Japan struggles to fill bullet trains running with empty seats amid Covid-19 slump. Bloomberg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.