Cita-cita jika keterlaluan kadangkala boleh membawa bala. Itulah nasib banyak negara sekarang ini, termasuk Amerika Syarikat.

Seabad yang lalu, Jerman bercita-cita untuk menjadi sebuah kuasa dominan.

Angan-angan ini berakhir dengan sebuah peperαngan yang kononnya bertujuan untuk menghentikan semua peperαngan.

Dalam Perαng Dunia Pertama, pihak Jerman memperkenalkan kereta kebal A7V yang digunakan selama beberapa bulan sahaja.

Kereta kebal Jerman semasa Perαng Dunia Pertama

Jerman tewas kerana tiga faktor: 1) asakan dahsyat daripada British dan Perancis yang menggagalkan Serangan Michael, 2) Tentera Laut Jerman sedang bermogok dan 3) semboyan daripada Amerika Syarikat.

Pihak British mempunyai pertahanan yang terdiri daripada ratusan kereta kebal. Ini menjadi salah satu punca di sebalik faktor pertama.

Angin Menjadi Taufan

Politik pasca-perαng Jerman memburu kestabilan dengan cara meniup angin peperαngan dalam kalangan masyarakat.

Dengan seorang pemimpin yang cukup gila, hasrat ini terus ditunaikan secara bersiri. Mereka menyusun strategi yang dikatakan Blitzkrieg (serangan besar secara bermotor dan berperisai) sampai semua pihak (termasuk kem Jerman sendiri) terkejut.

Contoh serangan Blitzkrieg

Untuk menjayakan Blitzkrieg, Jerman menghasilkan sejumlah Panzer yang banyak.

Pada mulanya, program Panzer hanya mendapat dana sebanyak empat peratus sahaja.

Namun setelah melihat keberkesanannya dalam perαng, Jerman lantas meluluskan pengeluaran secara besar-besaran.

Menganalisis Potensi Panzer

Program Panzer mengeluarkan 17 model dikhaskan untuk tujuan peperαngan secara spesifik. Ternyata, perkataan “Panzer” merujuk pada definisi am “kereta kebal”.

Dalam banyak model yang dikeluarkan, hanya enam sahaja wajar diberi tumpuan – Panzer I, II, III, dan IV, Panther dan Tiger I.

Sebenarnya dalam enam ini pun, hanya Tiger I sahaja yang berjenis jentera berat (heavy tank). Yang lain sekadar jentera sederhana dan jentera ringan sahaja… sekali lagi, “untuk tujuan peperαngan secara spesifik”.

Jerman amat bergantung pada keberkesanan Panzer II pada awal peperαngan. Jentera ringan ini menjadi kuda utama semasa pencerobohan Poland dan Perancis (Suciu, 2021).

Panzer II

Pada tahun 1941 pula, Panzer III mengambil alih tampuk sebagai ayam tambatan negara.

Cuma Jerman mula menyedari kesilapan yang tidak dipandang ketika perancangan.

Panzer III yang lebih berat.

Binaan Panzer III tidak sesuai untuk merintangi asakan T-34 Soviet (Pulham & Kerrs, 2022). Jadi Jerman memperkenalkan Panzer IV dan kemudian Panther.

Jumlah Panzer IV mencecah 8,800 unit, sekali gus menjadi kereta kebal paling banyak dalam angkatan ketenteraan.

Panzer IV yang berlaras panjang untuk kalahkan T-34.

Pengeluarannya tidak pernah putus sepanjang peperαngan, dengan persenjataan yang menghancurkan banyak kereta kebal Rusia.

Perαng Bertambah Rumit

Jerman mula menggaru kepala kerana gagal memperolehi bandar Moscow, Leningrad dan Stalingrad. Mereka sudahpun mencapai tiga bandar ini… cuma semangat Soviet langsung tidak patah sampai mampu merencanakan serangan balas.

Pada Julai 1943, angkatan Soviet mula menyerang Kursk. Pihak Jerman sudah menempatkan Panther di sini, yang amat berkesan.

Panzer V Panther

Cara mudah untuk menewaskan Panther adalah dengan tembakan ke arah bahagian sisi sahaja.

Panther dianggap kereta kebal paling baik dalam peperαngan ini sampai rekaciptanya ditiru negara lain pada zaman terkemudian.

Walaupun Tiger I beraksi, Panther tetap menjadi sanjungan. Kerana Tiger I dibina dengan perisai sangat tebal, sekali gus menyebabkan masalah mekanikal kerana terlalu berat.

Tiger I

Walau bagaimanapun, penampakan Tiger I benar-benar menggeruni musuh. Kerana mereka tahu, bukan mudah nak kalahkan jentera berat ini.

RUJUKAN:

Pulham, F., & Kerrs, W. (2021, Julai 11). T-34 Shock: The Soviet Legend in Pictures. Fonthill.

Suciu, P. (2021, Mac 8). Why Nazi Germany Relied So Much on the Panzer II Tank. The National Interest.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

1 Comment

Leave A Reply