Kereta Kebal Palsu Di Medan Perang

1,985

Apa kegunaan kereta kebal palsu berukuran sebenar di dalam peperangan yang sangat nyata? Sebenarnya ia amat berguna dalam mengganggu psikologi pihak lawan, itupun jika pihak musuh tertipu dan percaya apa yang dilihat itu adalah benar.

Ideanya adalah seperti meletakan “orang-orang”, iaitu sesuatu benda yang mirip seperti manusia yang digunakan untuk menakutkan haiwan secara lazimnya burung daripada menghampiri kawasan sawah atau ladang.

Kereta kebal palsu dan beberapa lori yang disusun dan diletakan berhampiran Sungai Rhine di Jerman. Perhatian terhadap perincian yang dibuat adalah sangat mustahak. Jentera Bulldozer digunakan untuk membuat kesan khas laluan trek kereta kebal yang membawa ke arah kereta kebal palsu yang hanya seberat 93lb (42kg) berdiri. Bekas peluru sebenar telah diletakan berselerakan di sekitar senjata palsu.

Semasa Perang Dunia I, angkatan tentera bersekutu menggunakan versi kereta kebal British. Ia dibina dari rangka kayu dan ditutup dengan kain guni yang dicat. Trek kereta kebal pula tidak berfungsi dan hanya dipasang dengan roda yang tersembunyi disebalik model tersebut dan ditarik dari tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kuda.

Kereta kebal palsu, yang mewakili model tentera bersekutu juga didapati telah dibina oleh pasukan tentera Jerman, walaupun mereka hanya membuatnya dalam jumlah yang sedikit. Ada kemungkinan mereka hanya menggunakanya dalam latihan sahaja, bukannya untuk mengaburi mata pihak bersekutu.

Sekumpulan tentera sedang mengangkat sebuah kereta kebal tiruan yang diperbuat daripada getah di England pada sekitar tahun 1939.

Kereta kebal palsu lebih banyak digunakan semasa Perang Dunia II. Unit terancang untuk menghasilkan ilusi penipuan ketenteraan telah ditubuhkan oleh perancang gagasan tentera bersekutu dan ia merupakan satu perkara yang baru: Unit ini berupaya melakukan kerja-kerja ilusi dan mudah bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain khas untuk melakukan penipuan atau helah.

Ghost Army yang dianggotai seramai 1,100 tentera ini biasanya akan membuat penyamaran untuk menampakan mereka umpama seperti Divisyen Perisai ke-6 yang mempunyai 15,000-20,000 askar. Foto ini memperlihatkan kepalsuan sebuah peralatan artileri yang biasanya digunakan untuk menjadi alat sokongan dalam situasi serangan besar-besaran.

Semasa ditubuhkan, kekuatan unit ini berjumlah 1,100 orang. Prajurit dalam unit ini mampu meniru seperti kehadiran dua ‘Divisyen’ pasukan dipercayai menyamai sehingga 30,000 parajurit, dilengkapi ilusi kereta kebal lengkap dengan pasukan mengoperasi artileri seperti susunan taktikal yang sebenar.

Ilusi ini secara helahnya dapat menghalang musuh daripada mengeksploitasi tempat yang lemah dengan membuat kawasan tersebut seolah-olah seperti sedaya-upaya dipertahankan. Taktikal penipuan ilusi ini juga dapat menjauhkan pasukan musuh dari tempat unit pasukan tentera sebenar merancang serangan.

Untuk melengkapkan helah ilusi fizikal, Ghost Army juga menggunakan penipuan sonik, dengan dibantu oleh jurutera dari Bell Labs. Pasukan khas ini merekodkan bunyi dari pelbagai unit dan diadunkan didalam perakam kesan bunyi, yang setiap satunya berdurasi selama 30 minit. Bunyian hasil dari jentera-jentera berat dan pengerakan ketenteraan ini direkodkan pada peralatan terkini, dan kemudian dimainkan semula dengan penguat dan pembesar suara yang boleh didengar sehingga jarak 15batu (24km) jauhnya.

Tentera bersekutu membentuk pasukan ini pada bulan Januari 1944 dan diberi gelaran sebagai pasukan Ghost Army ataupun Tentera Hantu. Ghost Army mula aktif selepas peristiwa peperangan yang digelar D-Day. Cara mereka berperang adalah dengan 3 jenis modus operandi iaitu dengan menipu musuh dari segi: visual, pancaran sonar dan hebahan radio.

Penipuan visual ini dikendalikan oleh Batalion Kejuruteraan yang dinamakan ‘603rd Camouflage Engineering Battalion’. Ghost Army ini dibentuk untuk melakukan penyamaran berskala besar, ia dianggotai oleh seniman muda, arkitek dan pereka seni. Mereka diberi peluang mengembangkan bakat seni mereka kepada sesuatu yang berlainan.

Kapal Terbang pejuang yang dibuat daripada getah mengikut model L-5 yang digunakan oleh pasukan Ghost Army di salah satu operasi terakhir di sempadan barat Jerman. Pada operasi terakhir pasukan ini dinamakan Operasi Viersen, Ghost Army berjaya memperbodohkan pasukan Jerman yang tidak bersedia dalam mempertahankan titik terakhir di Rhine Miles dari serangan yang sebenar.

Walaupun begitu pasukan Jerman juga mempunyai skuad ilusi mereka sendiri. Juga ditugaskan untuk mengkaburi pandangan risikan dari udara oleh pihak perikatan. Pasukan ketenteraan Jepun juga didapati pernah menggunakan helah yang sama di Okinawa sewaktu penghujung perang dunia-2.

Pasukan tentera ilusi ini atau Ghost Army juga dapat mengkucar-kacirkan perancang ketenteraan dari kedua-dua belah pihak. Helah dalam peperangan bukan lagi menjadi rahsia dalam taktikal peperangan.

Dua buah kereta kebal palsu Jerman yang diperbuat daripada buluh telah dirampas pada tahun 1918.

Dengan situasi Pasukan Keselamatan Malaysia sekarang ini yang diberitakan bahawa tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya, adakah pasukan ‘Ghost Army’ perlu ditubuhkan untuk mengawal sempadan negara yang luas?

RUJUKAN:

1. Ghost Army: The Inflatable Tanks That Fooled Hitler. https://www.theatlantic.com/technology/archive/2013/05/ghost-army-the-inflatable-tanks-that-fooled-hitler/276137/

2. The inflatable dummy tanks of battlefields, 1918-1945. https://rarehistoricalphotos.com/inflatable-dummy-tanks-1918-1945/

Photo credit: US National Archives/Bundesarchiv/Getty Images)

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.