Kerana Sambutan Tahun Baru, Iran Terciduk Dibantai Covid-19

805

Dataran Tehran dibanjiri puluhan ribu orang yang menyambut pagi Aidilfitri dengan solat sunat di belakang Ali Khameini.

Tetapi di sebalik kegembiraan mereka tersemat pula sekelumit duka, kerana tarikh Aidilfitri pada tahun 2019 jatuh pada tanggal 4 Jun.

Itulah tarikh apabila idola mereka Ruhollah Khomeini pergi buat selamanya selepas mengharungi lima ser4ngan jantung dalam masa 10 hari.

Dalam suasana itu, Khameini yang diapit Qassem Soleimani memberikan kata-kata berapi terhadap Barat mengenai isu-isu penting.

Melihat keadaan semasa, duka tahun sebelumnya ibaratkan belum pergi lagi. Tanah mengandungi jasad Khomeini tidak berubah.

Soleimani pula sudah ke pusara. Dan kerajaan Hassan Rouhani berdepan dengan cabaran paling besar dalam kariernya.

Belum pernah seorang ketua kerajaan Iran diberikan dugaan sebegitu besar – kerana Rouhani perlu menghalang rakyatnya menyambut Aidilfitri.

Apabila koronavirus melanda Iran pada awal tahun ini, kerajaan Tehran berusaha dengan gigih untuk menutup cerita.

Sesiapa yang memberikan maklumat tentang koronavirus akan dituduh menyebarkan fitnah, sekaligus mengundang seb4tan atau tiga tahun dalam penj4ra (Evans, 2020).

Amerika Syarikat dituduh Tehran menokok-tambah tentang koronavirus untuk mengurangkan bilangan pengundi yang hadir semasa pilihanraya dianjurkan (Wood, 2020).

Pada masa itu kes sudah menghampiri 100 dengan penularan harian melebihi +50% sehari. Tidak cukup dengan pilihanraya, Iran membuat sambutan Navruz pula.

Perayaan ini disambut ramai di lebih 20 buah negara selama 7,000 tahun lamanya, dengan asal-usul dari Iran.

Disebabkan itulah Nowruz digelar Tahun Baharu Parsi, yang dianjurkan setiap ekuinoks memulakan hari pertama bulan Farvardin dalam Kalendar Iran (Mintz, 2014).

Nowruz 2020 disambut dengan suram kerana ramai tidak berani membeli-belah (Bozorgmehr, 2020). Bazaar pakaian lenggang dalam kesunyian. Pada 20 Mac itu, 1,237 orang disahkan positif.

Lima hari kemudian, 2,000 kes baharu dilaporkan pula – rekod tertinggi yang disaingi dalam masa tiga hari dengan catatan 3,000 kes.

Jadi untuk Aidilfitri, kerajaan Rouhani memang tidak senang duduk. Mereka pernah menyalahkan Médecins Sans Frontières (Doktor Tanpa Sempadan) yang asalnya datang untuk membantu tetapi kemudian dihalau.

Kali ini selepas proses pembendungan koronavirus yang masih belum berjaya turunkan ke paras bawah 1%, mereka tiada kambing hitam selain kambing-kambing hitam di kandang.

https://www.thepatriots.store/store/mahakarya/

Jika tahun lepas Aidilfitri disambut dengan solat sunat berpuluh ribu di belakang Khameini, sudah tentu tahun ini fenomena tersebut tidak dibolehkan. Iran pun selalu mengamalkan budaya balik kampung pada penghujung Ramadan.

Menteri Kesihatan Saeed Namaki mengatakan tindakan tersebut akan menyukarkan penjarakan sosial dan menyumbang penularan baharu (Reuters, 2020).

Malah lebih menggusarkan, sebuah laporan parlimen mencadangkan bahawa angka j4ngkitan dan kematian sebenar mencecah dua kali ganda daripada jumlah diumumkan.

Sangkaan tersebut menunjukkan bahawa Iran tidak berupaya untuk membuat kadar pengujian tidak menyeluruh seperti yang sepatutnya.

Hakikatnya bukan balik kampung yang boleh menyebabkan penularan besar-besaran. Budaya Iran yang mengamalkan sentuhan ukhwah merupakan antara paling mengundang penularan.

Makam orang-orang penting dalam ajaran Syiah seperti Imam Reza dan Fatimah binti Musa di kota Mashhad dan Qom perlu diawasi bagi mengelakkan kucupan daripada ribuan orang.

Daripada ciuman sebeginilah koronavirus mudah menular – dan Iran perlu membuka semula tempat-tempat suci ini selepas Aidilfitri (UNI, 2020).

Sehingga 21 Mei, sudah 10,000 pegawai perubatan telah disahkan positif. Dan Iran sedang menahan nafas dalam kebimbangan, merisaukan penularan baharu.

RUJUKAN:

Bozorgmehr, N. (2020, Mac 13). Iranians devastated by prospect of new year under quarantine. Financial Times. Retrieved from https://www.ft.com/content/db0b573c-6390-11ea-b3f3-fe4680ea68b5

Evans, Z. (2020, Februari 26). Iran to Sentence Citizens Who “Spreads Rumors” about Coronavirus to Flogging, Three Years in Prison. National Review. Retrieved from https://www.nationalreview.com/news/iran-to-sentence-citizens-who-spreads-rumors-about-coronavirus-to-flogging-three-years-in-prison/

Mintz, Z. (2014, Mac 20). What Is Norooz? Greetings, History And Traditions To Celebrate The Persian New Year. International Business Times. Retrieved from https://www.ibtimes.com/what-norooz-greetings-history-traditions-celebrate-persian-new-year-1562607

Reuters. (2020, Mei 21). Iran appeals to people not to travel for Eid holiday to avoid COVID-19 spike. Arab News. Retrieved from https://www.arabnews.com/node/1677861/middle-east

UNI. (2020, Mei 21). Iran to re-open holy sites to public after Eid. Retrieved from http://www.uniindia.com/iran-to-re-open-holy-sites-to-public-after-eid/world/news/2006292.html

Wood, G. (2020, Mac 9). Iran has far more coronavirus cases than it is letting on. The Atlantic. Retrieved from https://www.theatlantic.com/ideas/archive/2020/03/irans-coronavirus-problem-lot-worse-it-seems/607663/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.