California amat terkenal di serata dunia kerana Alcatraz, Disneyland dan Hollywood, juga cuaca kering yang suhunya boleh menandingi Timur Tengah.

Kerosakan tanaman angkara kemarau sudah menjadi perkara biasa di bumi ini. Suhu melampau walau bagaimanapun meningkatkan risiko keb4karan hutan. Dan bermula 16 Ogos 2020, risiko tersebut menjadi kenyataan.

Sehingga 14 September, sebanyak 3.35 juta ekar (saiz negeri Terengganu) telah dijilat api dengan kemvsnahan sekurang-kurangnya 6,400 bangunan.

Gabenor Gavin Newsom telah mengisytiharkan perintah darurat untuk meminta bantuan daripada luar negeri (Maanvi, 2020).

Dalam masa beberapa hari, California telah mengerahkan pihak bomba yang melebihi tujuh juta anggota untuk bert3mpvr dengan api begitu marak.

Apa Yang Berlaku

Keb4karan hutan memang sentiasa berlaku di California. Dari awal tahun lagi, ramai berasa susah hati kerana musim kering berlaku terlalu lama.

Gavin Newsom sebelum ini telah mengisytiharkan perintah darurat selepas mendapati terlalu banyak pokok mati dan kering kontang (boleh menjadi bahan bakar).

Nasib menyebelahi California, kerana hujan lebat mengucupi tanah negeri sehingga April.

Kenaikan suhu mendadak ini juga merupakan kesan daripada perubahan iklim (Mulkern, 2020). Apabila suhu meningkat, rakyat California pun menggunakan elektrik begitu banyak.

Permintaan elektrik untuk menampung pendingin hawa memberikan bebanan besar kepada kemampuan negeri. Akhirnya satu demi satu kawasan mengalami gangguan bekalan (Maanvi, 2020).

Kemudian datang pula masalah besar. Ribut tropika dari Lautan Pasifik mencetuskan pusaran lembapan (moisture) ke arah darat California.

Suhu panas dan lembapan ini menyebabkan hujan lebat dengan sambaran kilat dijangka melebihi 10,800 kali hanya dalam masa tiga hari terutamanya di Utara California dan Bay Area.

Api pun meny4la dan menyebabkan seluruh udara menjadi kering. Datang pula angin kuat (dan panas) yang memarakkan lagi api. Di antara Chilcoot dan Hallelujah, situasi menjadi genting angkara sebuah puting beliung api (Guardian, 2020).

Tidak cukup dengan masalah sedia ada, pihak berkuasa perlu menyelesaikan masalah angkara kebodohan orang pula. Sepasang suami isteri telah mencetuskan keb4karan semasa mengumumkan jantina bayi.

Alat mercun mereka meletup di kawasan lalang di El Dorado Ranch Park, dan mereka terpaksa menghubungi bomba kerana menyebabkan keb4karan sebesar 7,300 ekar (Morales & Waller, 2020).

Impak Alam Sekitar

Krisis California tiada beza pun dengan isu-isu semasa lain. Apabila Donald J. Trump membuka mulut, sains membvnuh diri.

Beliau ingin menyekat dana persekutuan kerana California enggan dengar cakap Trump yang sebelum ini memberitahu, “kalian kena bersihkan lantai dan hutan. Bertahun ada daun dan pokok patah.” (White, 2020).

Bukan hutan saja yang terb4kar sekarang. Rumput dan belukar menjadi punca juga. Keb4karan yang begitu teruk dikhuatiri meninggalkan kesan berpanjangan terhadap alam sekitar. Perkara yang paling dirisaukan ialah sumber air seperti denai, air tanah dan cairan salji.

Mungkin selepas ini kerajaan negeri California perlu belajar daripada Orang Asli Amerika yang berkurun memastikan perkara ini tidak berlaku.

Sebelum ini, Orang Asli daripada ratusan suku sengaja memb4kar hutan-hutan yang kering. Sebelum cuaca menyebabkan keb4karan yang tidak diketahui, lebih baik buat sendiri supaya boleh mengawalkan penyebaran api.

Malah kambing pun dilepaskan untuk meragut rumput, agar api tidak merebak di luar kawalan.

Proses urbanisasi malangnya mengabaikan amalan ini. California membina rumah di kawasan tidak sepatutnya, dan sekarang ini – rumah-rumah inilah menjadi mangsa kepada keb4karan hutan.

RUJUKAN:

Guardian. (2020, Ogos 16). California wildfire spawns ‘firenado’ as tornado warning issued amid heatwave.

Maanvi, S. (2020, Ogos 22). California’s wildfires explained: how did they start – and is this normal? The Guardian.

Maanvi, S., et al. (2020, Ogos 20). California wildfires: thousands evacuate as ‘siege’ of flames overwhelms state. The Guardian.

Morales, C., & Waller, A. (2020, September 7). A Gender-Reveal Celebration Is Blamed for a Wildfire. It Isn’t the First Time. The New York Times.

Mulkern, A.C. (2020, Ogos 24). Fast-Moving California Wildfires Boosted by Climate Change. Scientific American.

White, J.B. (2020, Ogos 20). Trump blames California for wildfires, tells state ‘you gotta clean your floors’. Politico.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.