Malaysia baru sahaja menghelakan nafas lega selepas kepakaran Hishammuddin Hussein dalam Kementerian Luar Negeri telah menjaminkan harga beras murah dari India.

Negara-negara lain perlu membayar AS$450 bagi setiap tan beras putih. Tetapi Malaysia diberikan diskaun AS$390-AS$400/tan sahaja (Reuters, 2020).

Perkembangan ini sangatlah positif susulan penutupan eksport dari Vietnam yang menggugat jaminan makanan Malaysia.

Tetapi sekarang ini Singapura pula dijangka menghadapi krisis makanan. Bukanlah mudah untuk menguruskan sebuah negara kecil yang sangat padat. Kemahiran Singapura dalam perdagangan tidak boleh dipersoalkan.

Kerajaannya serius menguruskan perniagaan supaya menepati piawaian semasa. Ia merupakan warisan daripada kemandirian dan jaminan yang dimulakan Lee Kuan Yew.

Dengan dasar-dasar yang jelas, Singapura membolehkan akses kepada makanan yang mampu milik dan berkualiti tinggi. Mudah kata, duit boleh membeli apa yang baik.

Namun 2020 bukanlah tahun yang mudah untuk berniaga ataupun berdagang. Banyak negara ditenggelami krisis yang bermula dari Wuhan.

Maka Singapura berdepan dengan satu cabaran (seperti biasa) untuk memastikan jaminan makanan buat 5.7 juta orang. Dan mereka tidak boleh menanamnya.

Mereka mempunyai duit. Tetapi makanan tidak dapat dibeli. Itu masalahnya. Dengan seluruh dunia lebih fokuskan jaminan makanan sendiri, Singapura ibaratkan ditutup pintu.

Masalah Mudah Tetapi Sukar

Apabila koronavirus mula melanda dunia, Lee Hsien Loong telah menggerakkan suatu inisiatif.

Dikerahkan Pengerusi Penguasa Makanan iaitu Lim Neo Chian, pertanian tempatan perlu “grow more and grow faster” dalam tempoh enam hingga 24 bulan.

Rangkaian kepada 170 negara sudahpun dibuat, untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam jaminan makanan.

Mereka menggunakan strategi tiga penjuru:

(1) mempelbagaikan sumber makanan negara,

(2) menyokong syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai tanaman antarabangsa dan

(3) mengukuhkan pengeluaran domestik.

Seperti yang boleh dibayangkan, strategi ketiga ialah paling sukar kerana perlu menepati 30-peratus keperluan zat menjelang 2030 (sekarang ini baru 10-peratus).

Untuk memastikan sasaran ini dicapai, Singapura sedang mengusahakan penanaman mendatar dan penjanaan nutrien pokok daripada sisa makanan.

Dan projek-projek ini dijangka diusahakan di kawasan bandaraya, misalnya di bumbung bangunan parkir. Citiponics Sdn Bhd sedang mengusahakan 4,000 kg beberapa sayur-sayuran di daerah Ang Mo Kio.

Untuk sektor perikanan pula, Singapura sedang membangunkan prasarana dengan teknologi tinggi di bahagian selatan pulau.

Suhu perairan didapati sangatlah bersesuaian untuk penternakan siakap dalam sangkar.

Lebih menarik ialah kelestarian projek ini yang bersebelahan dengan pusat perdagangan dunia.

Daripada perairan ke bumbung, Singapura sedang mengutamakan doktrin berdaya saing dan hidup atas kaki sendiri. Walaupun kekurangan tanah, Singapura mempunyai dana mencukupi untuk mencari teknik paling efisyen.

Dalam mengharungi krisis koronavirus, sektor peruncitan sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk mengekalkan pengeluaran domestik supaya produk-produk paling penting diutamakan.

Mengekalkan kualiti dan kuantiti ialah pengstabilan paling penting dalam menjaminkan makanan, terutamanya dengan adanya kelebihan sejuk beku.

Tetapi semua usaha mereka sedang berdiri di atas nasib sahaja – terutamanya tentang tempoh berpanjangan koronavirus ini.

Jika perintah berkurung global ditamatkan lebih awal (dengan syarat koronavirus menurun dan berhenti menular), tentu sekali Singapura mempunyai masa lebih panjang untuk membuat pencapaian terbaik.

Namun jika status quo tetap berterusan, mungkin juga pelbagai kejadian tidak diingini akan berlaku. Rata-ratanya kerajaan juga perlu berhati-hati kerana ini ialah zaman pertukaran kerajaan.

RUJUKAN:

Asean Plus. (2020, Mei 23). How Singapore plans to survive world’s impending food crisis. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/aseanplus/aseanplus-news/2020/05/23/how-singapore-plans-to-survive-worlds-impending-food-crisis

Reuters. (2020, Mei 15). Malaysia signs record rice import deal with India, say exporters. The Malay Mail Online. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/15/malaysia-signs-record-rice-import-deal-with-india-say-exporters/1866553


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.