Moving Forward As One

Kerana Covid-19, Macau Terciduk

2,782

Nota: J.udi HARAM di sisi Islam dan dilarang keras Pencipta! Penulis sekadar berkongsi maklumat, bukan untuk diikut atau ditiru.

1. Macau atau Macao Special Administrative Region (SAR) of People’s Republic of China ialah penempatan pertama imperialis Eropah di Timur Jauh (Far East; wilayah di Timur Asia seperti China, Jepun dan Korea Selatan/Utara dengan sesetengah sumber turut melibatkan Asia Tenggara dalam terminologi ini).

Pernah menjadi ‘anak emas’ Portugal (dipajak kepada mereka pada 1557 sebelum secara rasmi menjadi koloni empayar Portugis pada 1887), wilayah yang 6 kali lebih kecil berbanding bandar Taiping, Perak ini diberikan status SAR pada 1999 sebagai simbolik penyerahan kembalinya ‘pelabuhan bebas’ itu ke pangkuan China setelah ‘erat dirangkul’ Portugal sejak ratusan tahun. Penyerahan rasmi pada 1999 itu menandakan berakhirnya koloni terakhir milik penjajah Eropah di benua Asia (setelah termeterainya perjanjian China-Portugal yang ditandatangani 12 tahun sebelumnya).

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

2. Macau berperanan sebagai pelabuhan yang menjadi pelantar perdagangan utama antara Asia dan wilayah lain; kapal dagang dari Eropah seperti Itali dan Sepanyol turut berkunjung ke sini berjual beli dengan sutera dan teh dari China, India dengan rempah ratusnya dan Brazil dengan kilau emasnya.

Dengan model politik yang sama seperti Hong Kong iaitu “Satu Negara, Dua Sistem”, Beijing memberi kuasa autonomi untuk wilayah ini terus ‘hidup seperti biasa’ bagi 50 tahun mendatang (bermula 1999) dengan Beijing akan terus memegang kunci pertahanan dan urusan hal ehwal luar negara. Wilayah dengan kepadatan penduduk kedua tertinggi di dunia ini (selepas Monaco) memiliki keunikan tertentu dengan mata wang sendiri (Macanese Pataca), undang-undang berbeza (di sini perju.dian ialah industri yang sah sejak 1850-an) selain penggunaan bahasa tersendiri dengan Portugis ialah antara bahasa utama selain Kantonis dan Mandarin.

3. Sekarang ayuh kita perhatikan graf. Pada tahun 2019, Macau ialah negara yang memiliki pergantungan yang tertinggi di dunia untuk sektor pelancongan (dengan nukleus utamanya ialah industri perju.di.an) dengan peratusannya terpateri pada angka 50.2% iaitu separuh KDNK negara tersebut dijana oleh sektor ini! Untuk sebuah sektor yang paling teruk dilanyak oleh Covid-19, kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap satu-satu sektor akan mengakibatkan keseluruhan struktur ekonomi negara terbabit goyah dan bergoncang.

Mana tak gelabah, akibat dilanggar Covid-19, Macau berenang dalam ‘lautan merah’ (rujuk graf) apabila hasil kasino mereka menjunam lebih 90% sejak Jan 2020 (sebelum Covid-19 mula mengganas). Hasil Feb hingga Aug 2020 sahaja jika dicampur masih tidak dapat menandingi hasil pada Jan 2020. Dengan 10% daripada populasi rakyatnya menjadi pekerja sepenuh masa di kasino (tidak termasuk separuh masa), penisbahan ini boleh dianggap yang tertinggi di dunia.

4. Dengan janaan USD37.9 billion (+-RM153.7 bilion) pada tahun 2018 untuk industri perjud.ia.n sahaja, Macau dengan ‘gayatnya’ telah jauh meninggalkan Las Vegas yang hanya mencatat USD6.6 billion (+-RM26.8 bilion). Pun begitu tidaklah menghairankan kerana yang membaham berbilion wang kaki jud.i di Macau tidak lain tidak bukan ialah konglomerat dari negara Uncle Sam juga iaitu Las Vegas Sands (pemilik The Venetian dan The Palazzo). Ada satu lagi fakta; bandar/wilayah kedua yang menjana keuntungan tertinggi di dunia selepas Macau dalam industri perj.udian ialah London dengan USD18.7 billion (+-RM75.9 bilion); sekitar 3 kali ganda yang dikaut Las Vegas. Big Ben bukan calang-calang juga rupanya, Las Vegas pun terciduk!

5. Negara seterusnya yang berada dalam senarai penisbahan tertinggi sektor pelancongan berbanding KDNK ialah Maldives. Negara kepulauan di Lautan Hindi ini mula memajukan sektor pengembaraan dan pelancongan sejak 1970-an dan kini 32.5% ekonominya bergantung di dahan sektor paling mudah pecah (fragile) ini. Biasa menerima sekitar 1.5 – 1.7 juta pelancong setahun (sebelum Covid-19), kerajaan Maldives telah mula membuka sempadan negaranya kepada pelancong luar sejak Julai 2020 kerana ‘didorong’ faktor kewangan.

Dengan banyaknya ‘ultra-luxury resort’ di negara ini, protokol kesihatan, kebersihan serta penjarakan sosial terjaga dengan cemerlangnya oleh pekerja dan pelancong (walau masih ada kelemahan) sekaligus membantu mereka ‘mengaut’ 556,000 pelancong pada 2020 walau pandemik masih teruk menghimpit. Pelancong yang datang pula walaupun kuantitinya kurang namun kualitinya tinggi; mereka tinggal lebih lama dengan tujuan yang pelbagai dan mereka lebih santai dan tidak tergesa-gesa (konsep Slow Tourism). Bagi sesetengah pemerhati pelancongan, mereka melihat tahun 2020 tercatat sebagai antara episod terbaik untuk Maldives walau keseluruhan planet Bumi diuji ranjau pandemik. Saya bagi 4 bintang!

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

6. Kesemua 15 negara teratas dengan penisbahan tinggi sektor pelancongan kepada KDNK ialah negara kepulauan kecuali Belize di Amerika Tengah (bersempadan Mexico dan Guatemala):

a) Aruba; Carribean, suhu yang agak selesa secara puratanya pada angka 27 darjah Celcius, tenaga alternatif agak aktif dibangunkan di sini.

b) Seychelles; Timur Afrika, dinamakan sempena nama Jean Moreau de Séchelles, Menteri Kewangan semasa era Louis XV, Raja Perancis.

c) British Virgin Islands atau BVI, sebuah wilayah di bawah pengaruh British, budayanya bercampur antara Eropah, Caribbean dan Afrika, turut digelar “The Sailing Capital of the World kerana aktiviti pelayaran/kapal layar sangat popular di sini.

d) Former Netherlands Antilles; Caribbean, telah pun ‘bebas’ daripada Belanda sejak 2010, Taman Negara Washington-Slagbaai antara yang menarik untuk dilawati di wilayah ini dengan tanah gurun tropika dipenuhi pokok kaktus dan didiami pelbagai spesis burung terutama flamingo.

e) Bahamas; Carribbean, 80 km tenggara Florida, memiliki 16 buah pulau utama dengan keluasan keseluruhan merentas 100,000 batu persegi, negara kepulauan ini memiliki antara pantai dengan air paling jernih di dunia.

f) St. Kitts and Nevis; Caribbean, 261 km², 1/3 saiz Perlis. Pernah nak berpisah pada 1998 tapi kurang undian 2/3 yang diperlukan. Golf, pelancongan eko dan scuba diving antara cabang aktiviti yang dipromosi secara agresif di sini.

g) Grenada; Caribbean, memiliki kebebasan media yang dijamin perlembagaan, pengeluar buah pala kedua terbesar dunia selepas Indonesia, pernah teruk dibantai Taufan Ivan pada 2004 hingga menjejaskan industri tersebut.

h) Cape Verde; 560km Barat Senegal, Afrika. Mendapat kemerdekaan daripada Portugal pada 1975, negara di tengah Lautan Atlantik ini memiliki landskap gunung berapi yang cukup menakjubkan.

i) Vanuatu; Kepulauan Pasifik Selatan, dengan lebih 80 pulau (ada yang langsung tiada penghuni), jika tiba ke pulau ini, pelancong seolah-olah terasa memasuki portal ke dunia lain; indah dan menakjubkan!

j) Lain-lain: Anguilla dan St. Lucia

Ruangan komen telah ditutup.