Banyak hikmah boleh dapat daripada krisis koronavirus yang melanda seluruh dunia ini. Ia menunjukkan bahawa tiada pemimpin yang kebal daripada kekhilafan dan kesalahan.

Dan apabila di ambang masalah, semua dasar-dasar sepanjang tahun memainkan peranan. Dalam dunia globalisasi ini, keamanan ialah perkara yang sangat dibiasakan sampai semua tidak bersedia menghadapi masalah semasa.

Amerika Syarikat – sebuah negara yang dipelopori dengan ilham dan inspirasi telah tersungkur ke kancah begitu teruk apabila dibadai koronavirus sampai tiada siapa sangka China boleh dipintas dengan angka 10 kali ganda.

Dilihat pada bila-bila masa Amerika Syarikat akan mencatatkan satu juta positif. Pada 25 April pun, Amerika Syarikat sudah mengesahkan 927,150 kes.

Andainya China menipu angka sekalipun, penggandaan tiga kali daripada angka 82,816 positif China hanya menghampiri 250,000.

Satu juta dan 250,000 ialah jurang empat kali ganda. Kesannya terhadap Amerika Syarikat juga sangat dahsyat. Pakej rangsangan ekonomi saja bernilai AS$2 trilion.

Dan kos rawatan saja dianggarkan paling tinggi AS$251 bilion (Abelson, 2020).

Apabila Perut Berkeroncong

Inilah masa yang sangat digeruni industri insurans. Bukan mereka saja terkesan. Malah pemain-pemain industri saham pun terpalit juga.

Dan dalam situasi kepala ke tapak kaki dalam didihan, rakyat marhaen tentu sekali paling susah.

Perkara ini terbukti daripada permintaan menggunung yang tidak mampu ditanggung bank-bank makanan.

Seawal 4 pagi rakyat beratur menunggu giliran dalam kereta yang mensesakkan jalan sejauh dua kilometer di El Paso, Texas (Conlin, et al., 2020).

Lima jam kemudian kesabaran mereka dibalas dengan rezeki berkotak-kotak yang mengandungi tomato.

Tetapi tiada makanan ruji langsung yang diagihkan – tiada beras, kacang, pasta atau apa-apa jua ruji kering yang boleh mengenyangkan perut.

Dan untuk 26 juta rakyat yang kehilangan kerja, perkembangan ini sangatlah menakutkan.

Sebelum ini satu dalam tujuh rakyat Amerika bergantung kepada bank-bank makanan. Sekarang ini satu dalam tiga rakyat pula yang amat memerlukan derma makanan ini (Reuters, 2020). Jika berterusan, angka kem4tian di Amerika tentu sekali bertambah tetapi tiada kaitan pun kerana koronavirus.

Sebaliknya kes-kes kebuluran dan bvnvh diri pula perlu diambil kira. Sehingga Mac 2020, Disaster Distress Helpline menerima pertambahan 338% panggilan daripada orang bermasalah (Abbott, 2020).

Bukan El Paso saja yang menyaksikan barisan kenderaan daripada ribuan dalam kelaparan. Lebih daripada 100,000 rakyat di Des Moines mengadu tiada kerja selama tiga minggu, sekaligus tiada gaji.

Dan mereka beratur selama tiga jam sebelum makanan mula diagihkan.

Di San Antonio, puluhan ribuan kereta beratur menunggu nasib pada tangan Bank Makanan San Antonio.

Dulu bank ini membekalkan makanan kepada 60,000 orang seminggu. Semasa koronavirus, permintaan mereka meningkat sebanyak 120,000 orang.

Hampir setiap tempat mencatatkan lonjakan sebegini. Phoenix saja mencanak tiga kali ganda. Dan Las Vegas tidak lari daripada bencana sedemikian.

Tidak pernah Amerika Syarikat tersungkur sebegitu rupa, walaupun sudah 30 tahun aktif dalam perkhidmatan bank makanan (Aridi, 2020).

Realiti ini biasanya berlaku di negara-negara yang mengamalkan sosialisme berlebihan.

Tetapi apabila 300 juta rakyat dipaksa duduk rumah, kerajaanlah sepatutnya menyediakan bantuan supaya bukan saja ekonomi dirangsang. Sebaliknya perut rakyat juga harus dipelihara.

Kecaman boleh dihamburkan, mungkin balasan atas dasar dalam dan luar negara yang menz4limi. Namun hakikatnya bukan penulis-penulis dasar ataupun pucuk kepimpinan yang bayar harga mahal.

Sebaliknya rakyat yang mengundi mereka atau pembangkang terkesan sebegitu rupa sampai susu bayi pun berkurangan (Guynn, 2020).

RUJUKAN:

Abelson, R. (2020, March 28). Coronavirus may add billions to U.S. Health Care Bill. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/28/health/coronavirus-insurance-premium-increases.html

Abbott, E. (2020, April 22). How does the coronavirus pandemic affect suicide rates? The Hill. Retrieved from https://thehill.com/changing-america/well-being/mental-health/494170-how-does-the-coronavirus-pandemic-affect-suicide

Aridi, S. (2020, April 10). Facing food insecurity on the front lines. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/04/10/neediest-cases/feeding-america-food-banks-coronavirus.html

Conlin, M, et al., (2020, April 24). U.S. food banks run short on staples as hunger soars. Investing. Retrieved from https://www.investing.com/news/economy/us-food-banks-run-short-on-staples-as-hunger-soars-2150045

Guynn, J. (2020, April 17). Baby formula shortages easing after coronavirus panic buying, but don’t expect fully stocked shelves for months. USA Today. Retrieved from https://www.usatoday.com/story/money/2020/04/17/coronavirus-shopping-baby-formula-infant-formula-shortage-covid-19/5139317002/

Reuters. (2020, April 24). U.S. Food Banks run short on staples as hunger soars. The New York Times. Retrieved from

https://www.nytimes.com/reuters/2020/04/24/us/24reuters-health-coronavirus-foodbanks-insight.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.