Pada minggu akhir pecutan bulan Ramadhan, saya terbaca satu artikal daripada laman Facebook: Paul Tan’s Automotive News  menyebut berkenaan rakyat Malaysia berbelanja berjuta ringgit menyewa kereta mewah untuk Hari Raya. Dalam artikel tersebut menyatakan rakyat Malaysia sanggup berhabis RM20,000 untuk menyewa kereta berjenama BMW selama seminggu. Selain itu, untuk menyewa kenderaan yang jenama Honda dan Toyata, penyewa perlu membayar dalam lingkungan RM2,000 seminggu.

Antara alasan penyewa ialah kenderaan sewa tersebut boleh dijadikan sebagai penganti kepada kereta sedia ada yang telah usang sekaligus dapat mengelak jika berlakunya kerosakan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kampung. Ok alasan pertama ini boleh diterima. Tapi alasan yang menyerlahkan “kerakusan kehendak” tu apabila penyewa ingin tampak bergaya. Ini satu mentaliti yang patut dikawal dan dikurangkan. Bukan semua perkara kita perlu turuti sifat kehendak ini.

Berbalik kepada tajuk diatas, sebelum nak masuk lebih mendalam isu ini kita perlu fahami dahulu definisi kehendak dan keperluan.  Menurut definisi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kehendak bertakrif hati hajat, keinginan, kemahuan yang keras. Manakala keperluan bertakrif apa-apa yang diperlukan, berguna atau yang penting. Untuk membezakan kehendak dan keperluan ini, saya suka ambil contoh situasi pada bulan puasa: kehendak ialah keinginan kita semasa beli makanan di bazaar ramadhan, manakala keperluan ialah apa yang mampu kita makan semasa berbuka puasa. Get it?

Tidak salah jika ingin mengikut kehendak berbanding keperluan jika kena pada keadaan. Tahap pendapatan memainkan peranan penting untuk kita membuat pilihan sama ada ingin mengutamakan keperluan ataupun turuti kehendak. Secara logiknya, jika tahap pendapatan kita tinggi tidak menjadi masalah untuk membeli apa-apa sahaja yang dianggap membazir pada mata mereka yang berpendapatan rendah. Menjadi masalah apabila mereka yang berpendapatan rendah mempunyai selera seperti mereka yang berpendapatan tinggi, golongan ini yang patut dikawal.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia sehingga Disember 2017, terdapat 300,000 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap. Untuk tahun 2013 hingga 2017, hampir 60% daripada jumlah kebankrapan adalah mereka yang berumur diantara 25 hingga 45 tahun. Punca kebankrapan yang paling tinggi? Ya! Tidak lain tidak bukan ialah sewabeli kenderaan yang menyumbang sebanyak 26.44% diikuti pinjaman peribadi 25.78%. Ini ialah statistik pada ketika ini bukannya rekaan penulis semata-mata. Ini lah realiti sebenar.

Sumber: Laporan Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, Disember 2017

 

Sumber: Laporan Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, Disember 2017.

Untuk mengubah mentaliti yang terlalu mengikut kehendak berbanding mengutamakan keperluan ini, saya ingin menyeru pembaca sekalian untuk menerapkan ideologi minimalism dalam aktiviti kehidupan. Apakah maksud minimalism? Menurut Theminimalists.com, minimalism dapat membantu mencari kebebasan: bebas daripada kerisauan, ketakutan, kebimbangan, rasa bersalah, kemurungan, dan kerumitan. Selain itu, menurut The British Dictionary, minimalistic bermaksud mengguna elemen ringkas dengan sedikit perhiasan. Rakyat Jepun antara yang menitikberatkan minimalistic dalam aktiviti di rumah, maka tidak hairan lah kebanyakkan rumah rakyat Jepun tampak ringkas, mudah, bersahaja, tersusun sekaligus dapat memberi tumpuan lebih kepada kualiti kerja.

Pada pendapat penulis pula, sifat minimalistic merupakan lawan kepada sifat materialistic. Sebenarnya, sifat materialistic ini lah yang menyebabkan kebanyakkan rakyat Malaysia terlalu mengikut rasa kehendak dengan mengejar kepada kemewahan, tampak lebih dan terkini berbanding orang lain sehingga menyebabkan tidak sedar terbeban dengan hutang dan kurang simpanan untuk perbelanjaan masa hadapan. Kenapa begitu? Sebab dengan mengikuti rasa kehendak kita akan rasa bahagia kepada benda. Ya benda.

Suka saya memetik ungkapan pensyarah falsafah sewaktu zaman ijazah lebih kurang begini:

Apakah itu bahagia? Bahagia itu tidak perlu berbelanja banyak. Bahagia itu pelbagai. Melihat orang yang tersayang pun dikira bahagia. Duduk satu sudut melihat pemandangan yang indah juga dikira bahagia. Maka, bahagia itu tidak perlu berbelanja banyak

Secara tuntasnya, berbelanja lah mengikut kemampuan. Bak kata peribahasa lama: ukur baju pada badan sendiri. Walaupun mempunyai pendapatan yang tinggi, kita dapat membuat penjimatan dan simpanan apabila mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Begitu juga kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah, kita dapat membuat penjimatan dan mengurangkan kebarangkalian untuk berhutang. Semoga penulisan ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca sekalian. Salam

Sumber:

  1. Rakyat spending million on luxury car rental this Raya: https://paultan.org/2018/06/13/rakyat-spending-millions-on-luxury-car-rental-this-raya/?utm_source=topstories&utm_medium=internallinks&utm_campaign=internallinks
  2. Definisi kehendak: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kehendak
  3. Definisi keperluan: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kehendak
  4. Bankruptcy statistic as December 2017: http://www.mdi.gov.my/index.php/about-us/resources/statistics/bankruptcy/1233-bankruptcy-statistic-december-2017
  5. Minimalism: https://www.theminimalists.com/minimalism/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.