Semenjak dua menjak ini, Malaysia digemparkan dengan fenomena politik yang luar dari jangkaan. Kerajaan yang dipegang teguh dari tahun 1957 sehingga tahun 2018 akhirnya jatuh kepada gabungan Pakatan Harapan. Terbaru, episod ini berlanjutan setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Kerajaan yang hanya memerlukan “simple majority” atau majoriti mudah dari kerusi dewan rakyat ternyata memain peranan yang amat penting dalam memberi impak yang sangat besar pada Pilihan Raya Umum.

Dengan berkonsepkan demokrasi berpelembagaan, Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 55(4) secara ringkas memberitahu dalam masa 60 hari selepas pembubaran parlimen, pilihan raya umum harus dijalankan.

Parlimen memperuntukkan 222 kerusi seluruh negara untuk menentukan kerajaan yang memerintah selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama. Namun, fenomena luar biasa yang berlaku pada awal tahun 2020, menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan apabila terdapat ahli-ahli yang berubah angin dan menukar keahlian mereka kepada parti lain.

Namun, adakah kerajaan gabungan baru yang ditubuhkan pada awal tahun 2020 yang dikecam sebagai “kerajaan pintu belakang” adalah sah dari persepsi undang-undang?

Kemelut politik yang berlaku pada awal tahun 2020 sememangnya suata perkara yang asing dan tidak pernah dilalui sepanjang pemerintahan mana-mana kerajaan sejak merdeka lagi. Namun, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ternyata menyelesaikan masalah melalui undang-undang dan kreativiti Yang di-Pertuan Agong.

Memandangkan Malaysia mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia, perkara 40(2)(a) memberi kuasa budi bicara untuk YDPA melantik seorang Perdana Menteri. Bagaimana?

Jika kita mengimbau kembali, pada awal pembubaran kerajaan selepas perletakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang ke-8, YDPA titah kesemua ahli parlimen untuk menghadap beliau dan menyatakan sokongan dan pilihan mereka kepada siapa.

YDPA kemudian selepas menilai dari segala jenis aspek, menggunakan kuasa budi bicaranya dan melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri yang ke-9 selaras dengan Perkara 43(2)(a) di mana YDPA hendaklah melantik Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ini bermakna, keputusan yang di ambil YDPA dengan memanggil semua ahli parlimen untuk menyatakan sokongan mereka demi menamatkan krisis politik yang tak tentu arah ini bukan sahaja satu tindakan yang bernas, namun ianya juga dapat menjadi satu “precedent” untuk rujukan YDPA yang akan datang sekiranya perkara ini terjadi lagi.

Bagaimana pula dengan mandat rakyat? Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi sekiranya mereka mencapai umur 21, bermastautin di Malaysia, dan didaftarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang berhubung pilihan raya seperti yang digariskan dalam perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, Malaysia menjalankan konsep di mana rakyat hanya mempunyai hak untuk mengundi calon yang bertanding di kawasan yang mereka didaftarkan. Tiada konsep “direct election” di mana rakyat dapat mengundi Perdana Menteri secara terus seperti negara-negara yang menjalankan konsep “presidential election”.

Calon yang memenangi undian majoriti oleh rakyat tempatan kemudiannya akan bersama-sama calon yang lain menyatakan sokongan mereka kepada mana-mana ahli dewan rakyat yang mereka percaya untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

Secara ringkas, jelas sekali bahawa mandat rakyat tidak pernah sesekali di cabuli dan sentiasa di hormati perlembagaan. Rakyat harus sedar bahawa isu ahli dewan rakyat yang berubah angin adalah atas keputusan mereka sendiri secara mutlak.

Kesimpulannya, tiada istilah “kerajaan pintu belakang” sekiranya setiap proses yang dilalui adalah sah dari segi undang-undang di Malaysia. Oleh itu, mana-mana gabungan parti yang dapat memegang sokongan majoriti ahli dewan rakyat mempunyai hak untuk menubuh kerajaan secara sah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Istilah mandat rakyat pula tidak patut menjadi satu isu sekiranya mandat rakyat kepada calon yang diundi masih dipegang sehingga Pilihan Raya umum akan datang.

Oleh demikian, tidak kira blok mana pun ahli dewan rakyat menduduki, kita harus sedar bahawa tujuan utama rakyat turun mengundi adalah dengan harapan nasib mereka dapat diubah dan bukannya untuk mengubah nasib calon yang diundi.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

To learn is a blessing but to share is truly an honour

Comments are closed.