Sebelum ini, sidang pembaca telah dihidangkan dengan kisah kejatuhan Bani Umayyah serta Saddam Hussein di Iraq. Hari ini, mari kita kenang pula kisah kejatuhan Muammar Gaddafi, seorang Supreme Leader di Libya.

Ya… di atas adalah gambar Muammar Gaddafi mengimamkan solat jemaah bersama rakyat jelatanya. Memang selalu juga Muammar Gaddafi menjadi Imam. Di kiri bawah, gambar ketika mana Muammar Gaddafi baru sahaja ditangkap oleh rakyatnya sendiri yang mengerumuni untuk menyeksa beliau. Di kanan bawah, gambar kegembiraan anak muda Libya meraikan kematian Muammar Gaddafi disisi mayatnya.Dilahirkan dari keluarga miskin dalam khemah di padang pasir luar kawasan bandar dalam kalangan suku nomad badwi yang tidak terkenal, Muammar Gaddafi membesar sebagai penternak kambing dan unta. Masyarakat sekeliling yang buta huruf dan tidak merekod sebarang maklumat, maka tahun kelahiran beliau tidak dapat dipastikan secara tepat.

Dibesarkan dalam hiruk-pikuk perang dunia kedua, Libya ketika itu dicengkam oleh kuasa Italy (sekutu Nazi). Bapanya telah dibunuh oleh tentera Italy. Setelah perang dunia tamat dengan kekalahan kuasa paksi (Jerman-Itali), maka pihak pemenang iaitu British dan Perancis berebut untuk memiliki wilayah Libya ini. Namun, PBB melarang hal tersebut sebaliknya memberikan kemerdekaan kepada Libya dibawah pentadbiran monarki mutlak yang perlu tunduk kepada telunjuk barat. Libya dipimpin oleh Raja Idris Qadasallahu Sirruhu iaitu seorang Ulama Sunni berketurunan Nabi Muhammad dari jalur Saiyidina Hassan.

Muammar Gaddafi dibesarkan dalam suasana keIslaman. Oleh kerana kesempitan hidup, Muammar Gaddafi hanya tidur di masjid semasa zaman persekolahan. Beliau sering dibuli kerana status latar belakangnya seorang Arab Badwi. Namun, beliau tetap berbangga dengan identiti asalnya itu dan mengajak rakan-rakan badwi lain agar usah berasa malu dengan status mereka. Ketika sekolah menengah, beliau menjadi seorang yang terkenal dan guru-gurunya ramai berasal dari Mesir. Ketika ini, beliau mendapat banyak maklumat tentang perubahan politik negara Arab.

Pelbagai isu di timur tengah diketahuinya. Perang Arab-Israel, Revolusi Mesir, Krisis Terusan Suez dan pembentukan Republik Arab Bersatu oleh Mesir dan Syria. Muammar Gaddafi amat mengidolakan Gemal Abdel Nasir pemimpin masyhur Dunia Arab dari Mesir itu. Walaupun Mesir Afrika secara geografi, tetapi mereka Arab secara budaya. Muammar Gaddafi terpengaruh dengan idea-idea Gemal Abdel Nasir yang anti penjajah barat, anti zionis, pro Nasionalis-Sosialis. Muammar Gaddafi juga belajar cara untuk melancarkan revolusi dan kudeta yang memerlukan tenaga rakyat dan tentera.

Oleh itu, beliau yang masih muda ini mula memimpin demontrasi serta menyebarkan poster-poster mengkritik pentadbiran monarki. Beliau banyak membaca sejarah Revolusi Perancis, teori-teori politik dari Michel Aflaq (Syria), Abraham Lincoln (US), Sun Yat-sen (China) dan Mustafa Kemal Ataturk (Turki). Beliau yang amat berminat dengan subjek sejarah melanjutkan pelajaran dalam bidang itu di universiti. Namun kemudiannya beliau tamatkan pengajian untuk menyertai dunia ketenteraan.

Ini kerana baginya melalui ketenteraanlah misi politiknya akan berjaya. Beliau bersama beberapa rakan setia mula mewujudkan “gerakan bawah tanah” berinspirasikan ideologi Gemal Abdel Nasir. Mereka pergi ke seluruh Libya untuk menyebarkan pemikiran ini. Muammar Gaddafi mengumpul pemuda cerdik-pandai seluruh Libya bagi membina rangkaian kerja. Walaupun pihak kerajaan menyedari gerak kerja mereka, namun kerajaan malas nak ambil port sebab bagi kerajaan, gerakan Muammar Gaddafi dan rakan-rakannya hanyalah ancaman kecil.

Suatu ketika, dengan kekalahan Mesir dalam perang 6 hari melawan Israel, pendokong nasionalis seluruh negara Arab makin membenci kerajaan-kerajaan yang tunduk dengan telunjuk barat kerana barat sememangnya pro-Israel. Oleh itu, telah wujud juga huru-hara di Libya bagi melawan kerajaan. Mereka nak adakan rampasan kuasa secara kudeta. Muammar Gaddafi menghidu peluang terbaik ini apabila Raja Libya sedang pergi berubat ke luar negara. Muammar Gaddafi dengan pantas menguasai beberapa tempat strategik seperti lapangan terbang, stesen radio, balai polis dan pejabat kerajaan.

Beliau dan rakan-rakannya melakukan hal ini serentak di kota-kota besar Libya. Mereka juga pergi menangkap putera mahkota Libya agar melepaskan jawatannya. Dengan serta merta, Muammar Gaddafi mengumumkan kejatuhan kerajaan Monarki dan mengangkat dirinya sebagai pemimpin baharu Libya melalui stesen radio. Revolusi tanpa penumpahan darah ini dikenali sebagai Revolusi Putih atau Revolusi 1 September.

Beliau dan rakan-rakannya mengisi jawatan-jawatan penting kerajaan. Mereka membuat pembaharuan dalam ekonomi dan sosial. Mereka menegakkan hukum syariah, memperkenalkan dasar pertanian yang mapan. Muammar Gaddafi juga mengurus telaga minyak Libya dengan baik sehingga membuahkan pertumbuhan ekonomi yang sejahtera. Arak dan kelab malam diharamkan. Pakaian tradisional Libya diutamakan.

Bahasa Arab menjadi bahasa utama komunikasi dan papan tanda di jalanan. Perempuan-perempuan Libya diberikan pendidikan yang sepatutnya. Kekayaan hasil petroleum digunakan untuk membina perumahan sebagai inisiatif utama kerajaan. Program Bantuan Kebajikan Rakyat seluruh Libya diperkenalkan. Pendidikan dan kesihatan rakyat dijaga dengan baik sekali. Sektor awam membuka peluang pekerjaan. Status Muammar Gaddafi sebagai seorang badwi dipuja-puja dan disebut sebagai pengganti “Umar Mukhtar” pada ketika itu.

Muammar Gaddafi lantang mengkritik Barat terutama Amerika yang sentiasa memenangkan Israel dalam konflik Palestin-Israel. Selain Gemal Abdel Nasir, Muammar Gaddafi turut meminati gaya Yaser Arafat pemimpin Fattah di Palestin. Namun, Muammar Gadaffi menganggap Yaser Arafat terlampau berlembut dalam menyelesaikan krisis di Palestin. Muammar Gaddafi berpandangan rakyat Palestin perlu lebih keras melawan Israel.

Oleh itu, Muammar Gaddafi membiayai gerakan bersenjata bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin. Oleh itu, Muammar Gaddafi dilabel sebagai penternak teroris oleh Barat. Muammar Gaddafi enggan tunduk kepada mana-mana kuasa dunia sama ada Blok Amerika mahupun Blok Soviet Union. Beliau terkenal dengan teori politik ciptaan dirinya sendiri iaitu “Third International Theory”.

Bagi tujuan memperkuatkan kedudukan kerajaan Libya untuk menghadapi ancaman antarabangsa, Muammar Gaddafi memperkukuhkan ekonomi negara dengan memonopoli sumber petroleum. Hal ini menimbulkan kemarahan taikun-taikun (saudagar tempatan). Mereka merancang untuk gulingkan Muammar Gaddafi. Mereka menyerang bangunan tentera sehingga meragut nyawa orang awam. Namun rancangan mereka untuk gulingkan Muammar Gaddafi tidak berjaya dan terdedah. Mereka melarikan diri ke Mesir berlindung dengan Anwar Sadat.

Muammar Gaddafi membersihkan kerajaannya dengan menghapuskan para penentang. Oleh itu, beliau digelar diktator. Para pelajar universiti yang anti Muammar Gaddafi bergaduh dengan pelajar pro Muammar Gaddafi. Oleh itu, beliau memperkenalkan “PLKN versi Libya” untuk belia. Hal ini dibenci oleh para pelajar. Para agamawan Ikhwanul Muslimin mengecam Muammar Gaddafi sebagai Marxism dan Tidak Islamik, Tidak Sunnah.

Suara-suara kebencian terhadap Muammar Gaddafi semakin jelas kedengaran. Bahkan ada seorang ulama terkenal memfatwakan bahawa Muammar Gaddafi halal darahnya untuk dibunuh (malas nak cerita). Tindakan Muammar Gaddafi untuk mengurangkan tekanan ini menjadikan rakyat semakin marah! Kemarahan ini semakin memuncak apabila wujudnya ARAB SPRING. Ya… Arab Spring kesukaan anak muda. Puak-puak Islamis mula main peranan. Bahkan sehingga ke tahap gerakan militan.

Berkecamuklah Libya dengan perang saudara. Militan itu perang dengan militan ini. Teroris itu perang dengan teroris ini. Kacau-bilau, haru-biru, hagemaru. NATO pun mula masuk mainkan peranan. Pejuang demokrasi katanya… Desakan rakyat semakin kuat. NATO membantu gerakan militan ini bagi menjatuhkan kerajaan atas alasan suara rakyat. Muammar Gaddafi telah “terjepit gituh”. Beliau pergi berlindung menyelamatkan diri. Muammar Gaddafi bersetuju untuk meletakkan jawatan dan ingin berbincang perihal peralihan kuasa dengan aman. Namun anak muda yang tegar membangkang tetap tidak puas hati. Mereka pergi memburu Muammar Gaddafi.

Mereka menjumpai Muammar Gaddafi bersembunyi dalam paip saliran. Mereka segera menariknya keluar sambil menjerit “Muammar!, Muammar!”. Muammar Gaddafi ditembak di kaki dan belakang badan untuk melemahkannya. Seterusnya mereka membawa Muammar Gaddafi berarak menaiki kereta militan. Mereka berhuha-huha, beryale-yale gumbira. Mereka bertakbir, “AllahuAkbar!, AllahuAkbar!”.

Muammar Gaddafi cedera parah berlumuran darah. Beliau keseorang ketikamana para militan mengerumuninya. Mereka merakam aksi-aksi terakhir Muammar Gaddafi. Videonya boleh lihat di Youtube. Muammar Gaddafi merayu, “Jangan tembak saya… Allah larang perbuatan ini… Tidakkah kamu tahu beza perbuatan benar dan salah?”.

Namun, pemuda-pemuda itu tidak mengambil kisah. Mereka terus memukul, menyeksanya. Akhir sekali, “ddrrrrrr”… peluru dilepaskan ke kepala tanpa diketahui sapa yang lepaskannya hingga menyebabkan kematian Muammar Gaddafi. Kesan luka besar seperti torehan bayonet juga ada di bawah perut beliau. Mayatnya dipamerkan buat beberapa hari dihadapan orang awam.

Tamatlah riwayat Muammar Gaddafi. Namun, Libya masih belum bangkit. Para teroris dan militan masih mengucar kacirkan Libya. Masing-masing berebut kuasa. Kuasa Barat yang mengaku pejuang demokrasi pulang ke negara masing-masing. “Pemimpin Arab dah dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri, jadi bukan salah kita…”

Rakyat Libya sedang merempat penuh kehinaan. Tiada lagi kesenangan seperti zaman Muammar Gaddafi. Dulu, Libya tiada hutang dengan Bank Dunia, percuma kos perubatan, pendidikan percuma, percuma elektrik, pinjaman tanpa faedah, subsidi untuk pengantin membeli rumah pertama, ibu mendapat duit apabila melahirkan bayi, kereta separuh harga dan lain-lain. Tapi rakyat tak mahu itu semua. Tak nak bersyukur. Walau apapun jasa kebaikan, Kalau dah benci tu, tetap benci. Kini tiada lagi. Amanlah dikau di sana wahai Libya. Syabas anak muda. Rakyat Memilih.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.