Keracunan Gas Yang Buat Seorang Mengalami Amnesia Singkat

387

Kejadian ini berlaku pada tahun 2011, di mana seorang lelaki bernama Mark yang tinggal di Amerika Syarikat merupakan seorang peminat tegar modifikasi kereta. Ketika itu, dia sedang membuat modifikasi pada kereta Ford Mustang GT 5.0 model tahun 1994. Lelaki berumur 32 tahun itu mengubahsuai garajnya untuk menjadi satu bengkel bagi dia memenuhi masa lapang untuk mengubahsuai keretanya.

Dia tinggal seorang diri di rumahnya memandangkan dia masih belum berkahwin. Garaj yang telah dtukar menjadi bengkel dirumahnya mempunyai dua pintu, satu menghubungkan ruang tamunya ke bengkel, dan satu lagi pintu sliding, menghubungkan bengkel keretanya dengan bahagian luar rumahnya.

Pintu sliding itu sentiasa ditutup kerana terdapat beberapa kes pencuri dan rompakan di sekitar rumahnya. Mark mengubahsuai keretanya di waktu malam setelah dia pulang daripada kerjanya sebagai seorang kerani. Pengubahsuaiannya dari segi bodyworks dan tuning enjinya dilakukan di dalam bengkelnya yang tertutup. Sejak daripada itu, dia mulai mempunyai masalah kesihatan.

Setiap pagi, apabila dia bangun, dia mengalami sakit kepala yang agak teruk dan sering lupa akan perkara-perkara kecil seperti lupa di mana letaknya kunci keretanya, beg duitnya dan lain-lain. Namun, itu bukan masalah utamanya. Masalah utamanya adalah barang-barang dirumahnya seringkali berubah-ubah tempat. Makanan di dalam peti aisnya juga selalu hilang.

Dia berjumpa dengan seorang doktor di klinik berdekatan dengan rumahnya, dan diberikan ubat-ubatan untuk dia mengubati sakit kepalanya. Sememangnya, sakit kepalanya masih berterusan, dan akibat buntu mencari jalan penyelesaiannya, dia mula mengepos masalahnya di laman media sosial, iaitu di sebuah laman web yang membincangkan mengenai masalah kesihatannya.

Di situ, para pengguna lain mencadangkannya untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memerhatikan keadaan di dalam dan di luar rumahnya. Untuk masalahnya yang sering lupa (short-term memory loss), dia dicadangkan untuk membeli post-it notes, dan menampal nota-nota kecil untuk mengingatkan dia perkara-perkara yang perlu dilakukannya.

Mark memasang beberapa CCTV di ruang tamu, di dapurnya yang mana makanannya sering hilang, di garajnya dan di beranda di luar rumahnya. Dia juga semakin rajin menampal post-it notes sebagai salah satu langkah untuk mengingatkannya tentang perkara-perkara yang hendak dilakukannya.

Namun, masalah tersebut menjadi semakin serius. Dia mendapati, cakera keras (hard disk) yang digunakan untuk merekod video pada CCTVnya di padam. Bukan itu sahaja, dia juga mendapati post-it-notes yang ditampal sering hilang dan tiba-tiba ditambah dengan post-it-notes yang lain, selain daripada masalah asalnya, iaitu sakit kepala semakin teruk dan gagal diubati oleh ubat-ubatan menahan sakit.

Mark sekali lagi menanyakan masalah yang dihadapinya di internet. Selepas dia menceritakan tentang ubahsuai rumah yang digunakan untuk memodifikasi kereta. Seorang pengguna laman web tersebut, seorang doktor pakar paru-paru mencadangkan kepada Mark agar bacaan karbon monoksida di buat di bengkel keretanya.

Doktor tersebut memikirkan ada kemungkinan bahawa Mark mengalami Carbon Monoxide Poisoning dan menyuruh Mark untuk membeli alat pengesan gas karbon monoksida yang maana dipersetujui oleh Mark. Selepas membeli alat tersebut, Mark kembali ke rumah mengambil bacaan karbon monoksida di garajnya, sebelum dan selepas dia menghidupkan enjin keretanya di dalam garaj tersebut.

Bacaan yang ditunjuk ternyata tinggi apabila dia menghidupkan enjin keretanya (yang hendak dibuat modifikasi) di ruang bengkel yang tertutup. Paras bacaanya melebihi 100 ppm (parts per million). Ternyata, perbuatan menghidupkan enjin kereta di dalam tempat tertutup itu menyebabkan pengumpulan gas karbon monoksida dan gas-gas lain yang terhasil daripada ekzos keretanya.

Itulah sebabnya mengapa Mark seringkali mempunyai masalah sakit kepala, dan nota-nota post-it-notes itu sebenarnya dia sendiri yang menulis dan membuangnya. Selain itu, video rakaman CCTV di dalam hard disk juga dibuang kerana apabila Mark menonton semula rakaman tersebut, ternyata dia sendiri yang mengambil makanan di dalam peti ais dan dirumahnya, dan dia terlupa akan perbuatannya sendiri yang memadam video tersebut.

Kes ini amat menarik bagi saya untuk dikongsikan kepada anda semua. Pengajaran yang kita boleh dapat daripada kes ini adalah mengenai bahaya gas karbon monoksida, dimana keracunan gas ini, yang tidak berbau dan tidak bewarna boleh menyebabkan memory-lapsed, iaitu hilang sebahagian daripada memori kita secara anterograde.

Untuk penegetahuan para pembaca, anterograde amnesia adalah satu keadaaan di mana pesakit lupa akan perkara-perkara dan memori yang baru dia lakukan. Dia masih mengingati nama, nombor kad pengenalannya dan lain-lain. Ibarat satu jenis hard disk yang gagal menyimpan apa-apa yang baru, tetapi masih mampu menyimpan fail-fail yang lama, begitulah analoginya.

Oleh yang sedemikian, kita harus peka terhadap beberapa peralatan dan sumber-sumber gas karbon monoksida yang mempunyai kemungkinan untuk bocor di rumah kita, antaranya;

– Ekzos kereta di dalam tempat tertutup
– Dapur/Pelita yang menggunakan minyak tanah di tempat tertutup
– Pemanas air – menggunakan arang (pada zaman dulu)
– Dapur kayu – menggunakan arang
– Asap rokok (risiko yang minimum)

Antara gejala-gejala keracunan gas karbon monoksida adalah
– Pening dan sakit kepala
– Sering lupa
– Kepenatan dan selalu keletihan
– Loya
– Hilang koordinasi badan
– Gelap mata

Cara mengatasi masalah ini yang relevan dengan kita semua termasuklah; tidak membiarkan enjin berjalan ketika di dalam tempat yang tertutup, tidak merokok di dalam rumah dan dapur kayu hendaklah digunakan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik.

Jadi, harapan saya, kalian dapat mempelajari satu lagi perkara baru setelah membaca kes ini yang mana ini merupakan satu perkara yang amat serius, bukan main-main dan boleh menyebabkan kematian.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.