Kepimpinan Ketika Krisis

6,057

Salah satu kaedah menilai kualiti kepimpinan seseorang adalah bagaimana cara individu tersebut menangani sesuatu krisis. Setiap krisis baik bencana atau peperangan memerlukan seorang pemimpin itu berani melakukan keputusan yang tepat dalam masa yang singkat.

Antara contoh antarabangsa yang menunjukkan kemampuan mengurus krisis dalam tekanan yang tinggi adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Presiden US Kennedy dan Presiden USSR Kruschev ketika krisis Misil Cuba 1962.

Pada ketika itu semua pemimpin tertinggi angkatan tentera US sudah bersetuju agar negara tersebut menyerang Cuba. Fidel Castro (pemimpin Cuba) pula telah mendesak USSR agar melancarkan pre-emptive strike dengan penggunaan bom nuklear ke atas sasaran di sekitar Florida.

Kedua dua pemimpin ini akhirnya menolak nasihat pakar sekeliling mereka. Kennedy hanya mengenakan sekatan terhad kepada Cuba dan Kruschev pula memilih untuk tidak campur tangan.

Tindakan kedua dua pemimpin ini berjaya mengelakkan perang nuklear walaupun kedua dua negara sebenarnya sudahpun menghalakan peluru ICBM nuklear masing masing di Cuba, Itali dan Turki.[1]

Di Malaysia, kemampuan menguruskan krisis terkini ditonjolkan oleh DS Najib Razak dan DS Hishamuddin Hussein (H2O).

Ketika MH17 ditembak jatuh, DSN menonjolkan sikap diplomasi tinggi apabila tidak mempedulikan tuduhan antarabangsa ke atas Russia sebaliknya menumpukan usaha untuk mendapatkan semula kotak hitam pesawat dan jenazah mangsa.

Tindakan ini akhirnya dibuktikan tepat apabila peluru berpandu tersebut disahkan sebagai milik tentera Ukraine berdasarkan rekod nombor siri. Kebijaksanaan pengurusan krisis ini turut dipuji oleh Ketua Pembangkang ketika itu, DS Anwar Ibrahim.[2][3]

Ketika Krisis Lahad Datu pula, H2O menunjukkan sisi kepimpinan tinggi sebagai Menteri KDN apabila beliau merancang strategi dengan teliti walaupun berhadapan dengan serangan hendap.

Pengungsian penduduk dibuat dalam keadaan cepat dan senyap termasuk penghantaran tentera menggunakan pesawat penumpang Air Asia walaupun pada awalnya dipandang oleh pelbagai pihak sebagai jenaka.

Tindakan segera dan sekatan yang menyeluruh membolehkan kerajaan meminimumkan korban awam dan akhirnya krisis diselesaikan dalam tempoh kurang 6 minggu.

Begitulah kisah ringkas bagaimana krisis-krisis telah mendewasakan pemimpin negara. Kuncinya adalah melihat keutamaan dan menyingkirkan hal remeh temeh yang mengganggu muka.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Saya menulis kali ini kerana saya percaya bahawa Majlis Keselamatan Negara sekarang perlu 100 kali lebih kompeten daripada dahulu kerana krisis yang negara sedang hadapi hari ini adalah 1000 kali lebih buruk.

Semua ahli MKN seharusnya berperanan besar dalam menenangkan keadaan dan merancang strategi untuk negara. Bukannya setakat update Twitter telefon pemimpin luar atau memenuhkan kerusi atas kapasiti jawatan Menteri Kanan.

Kalau tidak kompeten, undurlah. Kredibiliti dan teknik diplomasi H20 akan lebih banyak memanfaatkan negara. Kerana perjuangan ini bukan perjuangan Malaysia seorang

Ia perjuangan dan penyatuan seluruh dunia

Kepada Allah kami berserah

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

RUJUKAN:

[1] https://microsites.jfklibrary.org/cmc/oct27/

[2]
https://www.beritaharian.sg/dunia/anwar-puji-najib

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2109918672391478&id=100001200986490

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.