Ketandusan sebuah jawatankuasa tertinggi dalam aspek pertahanan boleh mengakibatkan beberapa kelemahan serius dalam membincangkan tentang isu pertahanan negara secara telus. Perkara ini sering berlaku apabila sesuatu isu yang melibatkan pertahanan negara dijadikan polemik untuk kepentingan politik semata-mata. Justeru adalah wajar bagi sebuah negara untuk mempunyai jawatankuasa yang disebutkan di atas bagi mengelakkan kecelaruan dan salah faham oleh pihak awam.

Di Kanada, terdapat perdebatan hangat yang berlaku di Parlimen Kanada apabila Bil C-51 yang merujuk kepada undang-undang anti-keganasan telah diluluskan tanpa meletakkan syarat-syarat keperluan pengawasan Parlimen kepada agensi-agensi keselamatan. Mereka mengatakan bahawa perlunya Parlimen mengetahui tentang tindak tanduk keselamatan yang diambil perlu dinyatakan secara jelas dan telus.

Saya bersetuju bahawa ianya perlu diketahui oleh wakil-wakil kerajaan yang lain cuma ianya perlu sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan kelancaran proses tersebut agar tidak mengugat ‘public confidence’ serta menimbulkan persepsi yang salah kepada warga umum.

Perubahan dari sudut akses kepada maklumat pertahanan sememangnya perlu dipertingkatkan. Ini juga bermaksud bahawa kualiti dan kesahihahan maklumat yang diterima haruslah ditambah baik. Ahli jawatankuasa yang terlibat perlu diberi kepercayaan dan juga mempunyai ‘security clearance’ agar dengan mandat yang diberikan dapat menilai secara konstruktif tentang laporan bersifat ‘confidental’ yang dilakukan oleh agensi-agensi keselamatan. Ini juga termasuk dengan mengetahui batas maklumat yang boleh disampaikan kepada umum tanpa mengugat keselamatan negara.

Tetapi, ini perlu dihadkan kepada penilaian dan laporan mengenai polisi keselamatan seperti pentadbiran serta perbelanjaan. Justeru, kemunculan Jawatankuasa Khas Parlimen dalam hal ehwal keselamatan dan perisikan tidak boleh membuat sebarang keputusan politik ataupun operasi dalam apa-apa jua keadaan sekalipun. Selain itu, ahli-ahli kerajaan serta pembangkang perlu disertakan dalam kumpulan ini.

Hal ini kerana, ‘check and balance’ tentang aspek keselamatan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Perbincangan di antara ahli-ahli jawatankuasa perlu dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh Perdana Menteri. Apabila ahli-ahli kerajaan membuat keputusan yang silap dalam polisi yang ingin dilaksanakan, kewujudan pihak pembangkang dapat menegur ataupun menilai sesuatu permasalahan itu.

Dengan ini, terdapat sinergi di mana-mana kedua pasukan dapat memahami secara jelas tentang tanggungjawab bersama dalam melindungi negara. Mereka yang terlibat juga haruslah tidak membocorkan sebarang maklumat atau perkara yang difahami ketika Parlimen bersidang. Ini merupakan sistem yang dibuat oleh Kanada.

Jika kita lihat di United Kingdom, mereka mempunyai model ‘Intelligence and Security Committee of Parliament’ yang akan membincangkan secara tertutup dengan ahli jawatankuasa tentang perisikan dan keselamatan nasional. Jawatankuasa ini mempunyai sekretariat bebas yang sebelum ini disediakan oleh Pejabat Kabinet. Sejak 2009, jawatankuasa ini mempunyai panel tiga penyiasat: penyiasat umum untuk menjalankan siasatan khusus yang meliputi pentadbiran dan dasar agensi, penyiasat kewangan yang meliputi isu perbelanjaan, dan penasihat undang-undang untuk menyediakan jawatankuasa itu dengan nasihat undang-undang bebas.

Terdapat juga ‘Joint Intelligence Committee’ (JIC) yang memfokuskan terhadap aspek perisikan. Ianya terdiri daripada wakil-wakil kerajaan yang tidak memegang portfolio kementerian di di dalam kerajaan. Perlantikan bagi wakil pembangkang akan dipilih berdasarkan calon-calon yang ditawarkan oleh parti pembangkang sendiri. Lebih mengejutkan, terdapat tabung khas, Single Intelligence Account bagi membiayai operasi dan pentadbiran yang dijalankan oleh agensi perisikan Britain.

Menurut laporan tahunan pada 2009-2010, jawatankuasa ini telah berjaya dalam melaksanakan sesuatu keputusan bebas dari pelaksanaan politik. Aspek penting di sini ialah tanggungjawab, di mana menteri yang terlibat ataupun ahli-ahli yang terlibat harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang dikatakan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh seorang pengerusi tetap, ahli Perkhidmatan Awam Kanan, dan disokong oleh ahli-ahli jawatankuasa yang merangkumi kakitangan penilaian.

Staf penilaian terdiri daripada penganalisis kanan yang berpengalaman yang diambil dari badan kerajaan dan tentera dan menjalankan analisis semua sumber mengenai subjek yang berkepentingan kepada jawatankuasa. Makalah JIC menarik input dari seluruh agensi perisikan dan keselamatan dan badan-badan lain yang berkaitan. Keahlian terdiri daripada pegawai kanan dari Pejabat Luar dan Komanwel, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata United Kingdom, Pejabat Rumah, Jabatan Pembangunan Antarabangsa, Perbendaharaan dan Pejabat Kabinet.

i. Joint Intelligence Organisation -badan yang menguruskan JIC

Kesimpulannya, dengan mempunyai sesuatu jawatankuasa khas, perlunya kita mencari titik keseimbangan di antara keselamatan, kebebasan dan akauntabiliti. Adalah penting untuk mempunyai ‘home support’ yang kuat dalam aspek pertahanan, dan ini termasuk dengan tanggungjawab media yang melaporkan tentang isu-isu pertahanan. Diharapkan dengan sistem ini, isu salah faham dan panik tentang hal ehwal pertahanan negara dapat diselesaikan dan dibawa dengan baik terhadap warga umum. Dengan mempunyai sistem yang berstruktur, kita mampu mencapai kesepakatan bersama dalam mengembleng usaha terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.

Rujukan

Eason, T. (2015). Are the British intelligence and security agencies democratically accountable? | Who Runs Britain?. [online] Whorunsbritain.blogs.lincoln.ac.uk. Available at: http://whorunsbritain.blogs.lincoln.ac.uk/2015/09/07/are-the-british-intelligence-and-security-agencies-democratically-accountable/ [Accessed 31 Jul. 2018].

Lagassé, P. (2018). Should Parliament ‘oversee’ national security affairs? – Policy Options. [online] Policy Options. Available at: http://policyoptions.irpp.org/2015/02/25/should-parliament-oversee-national-security-affairs/ [Accessed 31 Jul. 2018].

Parl.ca. (2018). Government Bill (House of Commons) C-51 (41-2) – First Reading – Anti-terrorism Act, 2015 – Parliament of Canada. [online] Available at: http://www.parl.ca/DocumentViewer/en/41-2/bill/C-51/first-reading [Accessed 31 Jul. 2018].

Revparl.ca. (2018). Canadian Parliamentary Review – Article. [online] Available at: http://www.revparl.ca/english/issue.asp?param=208&art=1460 [Accessed 31 Jul. 2018].


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“Seorang yang retrospektif dan dahagakan pengembaraan, explorasi dan ilmu sejarah. Beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dan Bahasa Sepanyol di University of Nottingham Malaysia. 'Extremis Malis Extrema Remedia'

Comments are closed.