Moving Forward As One

Kepentingan Pegawai Bisu Di Istana Uthmaniyah

1,736

Di negara Turki moden hari ini, terdapat ramai para pegawai yang kurang keupayaan bertutur atau bisu ditempatkan untuk berkhidmat di Parlimen dan di barisan Kabinet, dan ianya adalah kerana rasa keprihatinan terhadap privasi mengenai urusan negara, yang memiliki sejarahnya yang tersendiri bermula dari zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Orang bisu ditempatkan untuk berkhidmat di istana Uthmaniyah dan peranan utama mereka adalah demi menjaga rahsia sebarang perbincangan yang berlaku di antara sultan dan para birokrat istana. Semasa perbincangan atau sebarang mesyuarat, mereka berkhidmat sebagai pembawa dokumen. Walaupun mereka boleh muncul di mana-mana saja dengan mudah, mereka tidak menimbulkan risiko dalam sebarang isu kebocoran rahsia negara kerana mereka pekak dan bisu. Kaedah ini diwarisi oleh Sublime Port, tempat di mana anggota kabinet Uthmaniyah bersidang dan dikekalkan sehingga sekarang.

Pegawai yang bisu kebanyakannya dipanggil sebagai “bizeban,” dari bahasa Parsi. Mereka bertugas di bahagian dalam istana yang dikenali sebagai Enderun yang menjadi pejabat sultan sejak zaman Sultan Mehmed II al Fateh. Pada akhir abad ke-17, terdapat sekitar 10 pegawai bisu yang bekerja di Enderun. Mereka ini tidak pernah dinaikkan pangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain pegawai bisu yang berkhidmat di Enderun, terdapat juga pegawai-pegawai bisu dari kalangan para pengawal pintu dan algojo di bahagian lain istana yang digelar “Birun,” yang bermaksud “luar” dalam bahasa Parsi. Ini menunjukkan bahawa kaedah ini diterapkan bukan hanya untuk mencegah kebocoran rahsia negara sahaja, tetapi juga untuk mencegah berlakunya sebarang komunikasi di antara para pegawai ini dengan pihak ketiga yang boleh berisiko menyebabkan berlakunya rasuah. Sebagai contoh, seorang algojo tidak akan mendengar sebarang rayuan dan janji manis dari para tahanan.

Pegawai bisu menggunakan isyarat dan gerakan tangan khusus untuk berkomunikasi dengan orang lain atau sesama mereka, yang disebut “bahasa bisu.”  Semua orang dalam istana mempelajari bahasa isyarat ini. Mereka berkomunikasi dengan bahasa isyarat ini, kerana suasana yang sunyi sepi adalah sangat penting di istana dan berbicara di hadapan orang-orang tua, terutamanya sultan dianggap sebagai perbuatan yang agak kurang sopan.

ukisan seorang pelayan bisu di istana Uthmaniyah yang menggunakan gerakan tangan khusus untuk berkomunikasi dengan orang lain atau di antara mereka

Mempraktikkan bahasa isyarat adalah sangat popular di istana. Bahkan pada waktu yang lain, orang-orang di istana saling bercerita sesama mereka di dalam bahasa isyarat. Kemungkinan besar, Sultan Osman II adalah sultan Uthmaniyah pertama yang mempelajari bahasa isyarat ini. Pada abad ke-17, jumlah pegawai bisu di istana mencapai jumlah sekitar 100 orang.

Hampir semua sultan lebih gemar menggunakan bahasa isyarat. Apabila sultan ingin mengatakan sesuatu dan tidak mahu perkara itu difahami oleh sesiapa sahaja semasa sedang bermesyuarat mengenai isu-isu negara, mereka boleh mengatakannya kepada pegawai bisu dalam bahasa isyarat.

 Pekerjaan orang kurang upaya

Terdapat juga golongan pegawai berbadan kerdil di istana.  Orang-orang seperti ini secara umumnya hanya disibukkan dengan tugasan-tugasan yang tidak memerlukan tubuh badan yang sempurna. Sebagai contoh, mereka bertugas sebagai pegawai perpustakaan di Enderun. Mereka yang berkemahiran tinggi boleh dinaikkan pangkat dan berkhidmat di bahagian pengurusan kewangan di hospital. Ada beberapa yang bertugas sebagai penasihat sultan di istana berkat ayat-ayat manis dan pengetahuan mereka dalam bidang ilmu duniawi.

Difahamkan juga bahawa para sida-sida berperanan sebagai pegawai disiplin di Enderun dan Harem istana – tempat kediaman sultan, shahzade (yang berusia 5 tahun ke bawah), ibu, isteri dan anak-anak mereka. Mereka berpotensi untuk dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi seperti pengarah umum yayasan. Tidak kira apa jua sebabnya, tradisi melantik golongan kurang upaya selama berabad-abad ini amat menarik perhatian kerana tahap efektifnya.

Organisasi politik Uthmaniyah distruktur semula semasa era pemerintahan Sultan Mahmud II (1808-1839). Pegawai bisu di istana mula bertugas di peringkat kabinet dan dewan-dewan yang ditubuhkan pada era Tanzimat, yang bermula pada awal hingga pertengahan abad ke-19. Untuk berkomunikasi dengan pegawai bisu ini, wazir agung, menteri, penjawat awam dan ten-tera yang ditugaskan untuk bekerja bersama mereka diwajibkan mempelajari bahasa isyarat ini.

Bahkan pada hari-hari terakhir Empayar Uthmaniyah pada tahun 1922, terdapat empat orang pegawai veteran bisu yang bertugas di istana Uthmaniyah selama bertahun-tahun di Babıali. Hari ini, pegawai bisu masih berkhidmat semasa sesi rahsia persidangan Parlimen dan Kabinet.

Sultan Osman II

 Status Perundangan

Sebagaimana golongan kurang upaya yang lain, status golongan bisu, yang dikenali sebagai “akhras,” mendapat tempat dan dikawal selia menurut undang-undang Uthmaniyah. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W. telah didatangi oleh Ummu Maktum iaitu seorang yang ca-cat penglihatan. Pada ketika itu baginda sedang sibuk melayani pemuka-pemuka Quraisy dan mendakwah mereka kepada agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum, Baginda pun memalingkan muka Baginda dari beliau kerana ingin menumpukan perhatian kepada pemuka-pemuka Quraisy tadi. Dengan kejadian itu, Allah pun mewahyukan ayat 1- 11, Surah Abasa yang bermaksud,

“Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapati daripadamu)! – ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi ( kepada ajaran Al-Quran), maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah) – maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). ”

Diriwayatkan bahawa setelah turunnya ayat-ayat itu, Rasulullah S.A.W. pun mengalihkan perhatiannya kepada Ummu Maktum.

Peristiwa di atas menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu ada keca-catan tertentu, maka kita harus melayaninya seperti orang lain. Begitu juga dalam konteks yang dilaksanakan pada era Uthmaniyah, dan lebih-lebih lagi apabila kita memberitahu tentang apa yang terjadi kepada golongan bisu diibaratkan sama dengan pahala bersedekah.  Dalam buku fiqh terdapat peraturan terperinci mengenai orang bisu. Dalam kod perundangan sivil Uthmaniyyah, Mecelle, juga ada peraturan mengenai isu ini.

Pegawai bisu bertanggungjawab dalam urusan titah Sultan dan dekri sejauh mana yang mereka fahami dan mampu lakukan. Semasa tindakan undang-undang, bahasa isyarat mereka dipertimbangkan. Mereka boleh melaksanakan pelbagai jenis kontrak dalam bahasa isyarat, mereka boleh berkahwin dan bercerai serta membeli dan menjual barang.  Malahan, segala keterangan mereka diterima secara sah namun hanya dalam keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh menjadi hakim atau pemerintah.

Terdapat pepatah Turki yang berbunyi, “Jika seseorang kehilangan suatu organ, Tuhan akan memperkuatkan organnya yang lain,”. Pegawai bisu di istana adalah orang yang sangat pintar dengan daya ingatan yang cukup kuat.  Mereka memiliki kemampuan untuk mengingati kembali sebarang insiden yang paling kecil. Mereka menceritakan peristiwa bersejarah dan tokoh terkenal dengan menggunakan bahasa isyarat mereka yang unik dan dengan gaya penceritaan yang mampu menandingi orang lain yang sempurna tubuh badan, semuanya berkat kesungguhan ekspresi mereka.

Mereka mungkin tidak setanding dengan mana-mana karyawan seperti pelukis dari segi menyampaikan peristiwa melalui karikatur yang sempurna dan menggambarkan tokoh terkenal. Sebagai contoh, difahamkan bahawa apabila mereka meletakkan tangan kanan di kepala mereka sambil jari mereka berada dalam posisi seperti hendak memetik sesuatu, itu bermaksud Sultan. Apabila mereka mengangkat tangan kanan dengan jari telunjuk ke atas, itu bermaksud Wazir Agung.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Sayangnya, kita tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai bahasa isyarat ini yang turun temurun. Walau bagaimanapun, Sekolah untuk orang bisu yang diasaskan oleh Sultan Abdülhamid II pada 120 tahun yang lalu mungkin telah memainkan peranannya dalam mengekalkan tradisi bahasa isyarat ini. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa bahasa isyarat Turki yang digunakan hari ini sebenarnya adalah kesinambungan dari bahasa isyarat Seraglio.

Ruangan komen telah ditutup.