Kepada Shafie Afdal, Jangan Langsung Berunding Isu Kedaulatan Sabah Dengan Filipina

789

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dalam kehangatan Pilihan Raya Negeri Sabah, pemangku jawatan Ketua Menteri Shafie Apdal telah membuat kenyataan yang tidak boleh diterima.

Pada 28 Ogos 2020, Shafie meminta Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan antara kerajaan melalui platform ASEAN (Stephanie, 2020).

Menurut Shafie lagi, tuntutan ini masih berterusan kerana tidak diuruskan dengan baik sebelum ini.

Dan Shafie juga menegaskan bahawa Suruhanjaya Cobbold menokhtahkan Sabah milik Malaysia, dan ada pihak tidak bertanggungjawab sedang cuba memecah-belahkan Sabah dan Malaysia.

Di sini ada tiga point yang jelas:

  1. Bincang dengan Manila.
  2. Sabah sah milik Malaysia.
  3. Ada orang tidak bertanggungjawab cuba api-apikan.

Sebelum ulas lebih lanjut, status Sabah dalam Malaysia perlu dibuka dulu. Kerana Sabah selalu menjadi punca perbalahan antara Malaysia dan Filipina.

Isu ini sebenarnya panas semula selepas Menteri Luar Negeri berkata (di Twitter), “Sabah bukan dalam Malaysia kalau (Amerika Syarikat) ingin berurusan dengan Filipina.

Angkara Teddy Locsin Jr. inilah status Sabah kembali dipertikaikan.

Zaman Selepas Pendatang

Sejarah Malaysia dan Filipina mempunyai nasib yang sama. Kedua-dua negara ini pernah tunduk kepada negara asing bagi satu tempoh yang lama.

Namun selepas British dan Amerika Syarikat melepaskan kedua-dua negara ini, Malaysia dan Filipina berdiri di atas kaki sendiri pada zaman yang sama.

Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Filipina pula satu dekad lebih awal, iaitu 4 Julai 1946. Ikatan kedaulatan antara Tanah Melayu bersama Sarawak dan Sabah (juga Singapura) dijayakan pada 16 September 1963, apabila Filipina buat hal dan masam muka kerana Sabah menjadi milik Malaysia.

Hubungan diplomatik terjalin semula semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad. Ketika itu Presiden Ferdinand Marcos mengumumkan bahawa “Filipina akan melepaskan salah satu bebanan ASEAN – iaitu meminta Sabah dari Malaysia.” (Richardson, 1977).

Kenyataan ini dibuat berdasarkan ukhwah kenegaran tanpa perjanjian pun. Marcos pun membuat beberapa perbincangan bersama Mahathir melalui wakil, untuk menyelesaikan kemelut ini (UPI, 1984).

Sekarang Bising Balik

Pengiktirafan yang Malaysia terima daripada pihak antarabangsa bermula sebelum zaman Marcos dan Mahathir lagi. Berdasarkan rangka kerja tersebut, bukan seluruh Sabah sahaja yang menjadi milik Malaysia.

Mahkamah Dunia juga mengesahkan bahawa Ligitan dan Sipadan pun milik Malaysia (ICJ, 2002). Mudah kata hujah Malaysia dalam isu Sabah memang absah.

Penentuan ICJ pun sentiasa konsisten: jika Rusia dan Turki berbalah untuk Crimea, mereka tetap menegaskan Crimea milik Ukraine.

Filipina cuba masuk campur dalam kes ICJ ini atas dakwaan Sabah milik mereka. Tetapi permohonan sedemikian ditendang ICJ akhirnya.

Malah semasa puak pengg4nas menc3robohi Lahad Datu pada tahun 2013, bukan Filipina yang datang memerdekakan.

Kalau bukan kerana kerjasama dalam kalangan pasukan keselamatan Malaysia, entah lagi mereka akan buat di Sabah.

Maka pokok pangkalnya, Sabah memang sebahagian daripada Malaysia. Persekutuan yang terjalin pada tahun 1963 terlalu suci untuk didebatkan seolah-olah ada unsur yang wajar dipertikaikan.

Atas logik yang sama, Filipina sepatutnya menuntut sebahagian daripada California kerana pernah dipegang Amerika Syarikat.

Namun boleh difahamkan kenapa Filipina yang membuat tuntutan walaupun tiada asas. Yang peliknya, buat apa Malaysia perlu berbincang lagi dengan Filipina? Sebagai Ketua Menteri (sekalipun pemangku),

Sudahlah lahir di Semporna, Shafie Apdal juga pernah memimpin parti terbesar negara sebagai naib presiden.

Malah jika cukup mandat Dewan Rakyat, Shafie boleh melompat dari Seri Gaya di Kota Kinabalu terus ke Seri Perdana, Putrajaya pun.

Jadi Shafie sepatutnya paling ke hadapan untuk memelihara kedaulatan Malaysia, bukannya berunding untuknya. Kerana menurut Kenneth Eade, “in any negotiation, the one who first gives a number is the loser.”

Rujukan:

ICJ. (2002, Disember 17). Press Releases. Sovereignty of Pulau Ligitan and Pulau Sipadan.

Richardson, M (1977, Ogos 5). Marcos drops Philippine claim to Sabah. The Age.

Stephanie, L. (2020, Ogos 28). Philippines’ claim on Sabah needs to be solved once and for all by Federal Govt, says Shafie. The Star Online.

UPI. (1984, Februari 24). President Ferdinand Marcos said today he had proposed talks…

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.