Moving Forward As One

Kenapa Zombitopia Ialah Filem Zombie Yang Gagal?

4,105

Menghasilkan sebuah filem zombie yang berjaya harus menepati ciri-ciri filem zombie yang akan aku gariskan dalam cerita ini. Dan Zombitopia merupakan filem zombie yang gagal atas beberapa sebab.

Pertama, pada sifat zombie yang ditayangkan dalam filem ini. Zombie ada dua jenis, satu jenis yang lembab, tak boleh berjalan laju macam dalam drama bersiri The Walking Dead, manakala yang kedua ialah zombie yang mampu berlari deras macam 28 Days Later. Dalam Zombitopia, filem ini menayangkan kepada anda zombie jenis kedua. Jadi, apa ciri-ciri zombie yang berjaya?

Zombie lembab Walking Dead.
Zombie berlari dalam Train To Busan II.

Solekan! Solekan untuk zombie itu harus berjaya. Masalahnya solekan zombie untuk Zombitopia adalah sangat gagal. Zombie tidak menakutkan, kesan darah nampak tak real, bahkan bukan itu sahaja.
Zombie jenis berlari deras, laju ini sepatutnya dia akan menampakkan kebuluran pada lariannya, boleh lihat pada wajahnya kelaparan, keinginan pada otak dan daging manusia. Ini tak nampak langsung pada pelakon-pelakon tambahan yang bawakan watak zombie ini.

Solekan zombie dalam Kingdom, Netflix. Menakutkan!

Lari jer aku nampak, menjerit jer, tapi tak pada perwatakannya. Tak cukup bang kalau tahu lari dan menjerit, tapi tak nampak kebuasan yang kita cari. Yang kelakarnya zombie ni dah gigit orang, lepas tu dibiarkan gitu jer? Ini bertentangan dengan sifat azali filem-filem zombie dan drama bersiri yang lain.

Zombie jenis inilah yang akan jadi macam piranha kalau dapat daging kau. Mereka akan makan, gigit dan kunyah. Tapi aku tak nampak satu babak pun isi perut kena lapah, takde satu scene pun yang tunjukkan yang daging kena carik dari badan. Zombie dia pelik, jenis gigit orang lepas tu dia blah macam tu jer. Filem zombie apa tak tunjuk babak macam ni?

Itu tak cerita yang out of nowhere ada zombie yang ada perasaan, ada zombie yang boleh jatuh cinta, ada memori bagai. Ni satu perkara taboo sebenarnya. Pernah ada satu filem zombie cuba buat macam ni, tapi kena kecam dengan peminat filem zombie. Ianya sama taboonya seperti mana kau jadikan Vampire mampu berkilau bawah limpahan cahaya matahari macam Twilight dok buat. Itu bukan Vampire, itu pari-pari!

Sebab musabab kenapa ada zombie macam si Zooey (heroin) kenapa dia tak makan orang, kenapa dia tak gigit yang diletakkan dalam filem ini juga tidak munasabah. Mungkin aku terlepas ke apa sebab aku banyak skip sebab dialog dia cringe nak mampus, tapi tak diberikan penjelasan yang kukuh. Dia hanya bagitahu masa nak gigit si hero, Zooey teringat balik pasal memori dia waktu kecik dengan si hero. Law kedua dalam filem zombie, zombie tak seharusnya ada perasaan, ada memori kerana mereka dah bertukar menjadi mayat hidup.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sekarang aku nak cerita pasal babak-babak yang melibatkan melawan zombie dalam cerita ni. Ada satu babak di mana si hero pandu kereta dengan Hassan, member dia. Babak tu melibatkan kereta si hero melanggar zombie yang jumlahnya beratus kat atas jambatan. Masalahnya babak langgar zombie tu tak realistik.

Kau bayangkan kereta kau tengah dok sodok beratus zombie depan kau. Tapi kereta tu tetap bergerak pada kelajuan yang sama pada awalnya, tak berhenti walau sejenak, tak bergerak perlahan.
Bahkan kalau sebuah kereta langgar zombie sebanyak itu, mesti ada masa tayar akan gilis juga zombie yang terjatuh atas jalan. Tak nampak pun kereta terhentak atas bawah gilis mayat tu. Ini aku tak petik CGI dia bapak buruk.

Lepas dah kena kejar, apsal tiba-tiba kereta tu berhenti di pertengahan usaha nak lari? Dan apsal si Hassan tu tiba-tiba keluar dari kereta tu tak hadapi masalah yang kritikal pun dalam langgar zombie? Kalau dia keluar nak belasah zombie depan jalan, takpelah.

Ni dia nak belasah zombie belakang kereta dia yang sah-sah tak akan mampu nak kejar kereta tu kalau dah memecut. Elok jer aku tengok hero pecut kereta dia lepas tu. Apa kalau ada dua orang dalam kereta, kereta tu jadi lembab ke sampai dia kena keluar? Sumpah aku tak boleh hadam babak ni.

Aku juga dapati yang cerita ni memiliki beberapa babak flashback dia tak kemas. Dia macam sesuka hati mak bapak dia nak campakkan flashback kat mana dia suka. Selalu babak flashback ni bila hero tengah dalam keadaan genting nyawa dia, dan setiap flashback ada kaitan dengan jalan cerita pada waktu itu. Ada babak di mana flashback tu perlu, tapi takde pulak flashback, ada flashback macam tak perlu, dia dok ulang banyak kali.

Dialog filem ni cringe, macam tryhard sangat nak nampakkan unsur emosi yang tak mungkin kau dapat rasa. Hatta dengann lakonan hebat Shazey Sam dan juga Sharifah Amani pun tak dapat selamatkan betapa kaku, betapa tak kena tempat, dan betapa kekoknya dialog filem ini dicipta.

Babak emosi yang dilemparkan dalam cerita ini pun tak cukup kuat, dan latar watak-watak utama yang diletakkan pun tak cukup kuat untuk bagi kita ada tarikan pada watak-watak utama. Walaupun dia nak tunjuk hero kena dera waktu kecik, jadi macam ahli sindiket kutip derma, tapi sumpah tak dapat feel dan kita tak attach langsung dengan watak-watak utama di. Semua macam terlalu superficial, dicampak tanpa kemas dengan harapan kita ni budak 6 tahun akan rasa sayang sangatttt lepas tu nangis-nangis diaorang mati.

Unsur tak logik lain yang aku nampak ialah kenapa Pakar Paleontologi yang kerja dia gali dinosaur tiba-tiba kerja dia cari vaksin? Mana saintis yang terlibat dalam bidang perubatan, biologi, mikrobiologi, biotech dan seumpama dengannya? Kenapa saintis kerja dia cari tulang dinosaur yang kena buat kerja cari vaksin ni?
Hanya sebab nak munculkan dinosaur kat hujung cerita tu ke apa? Mana pergi profession seorang Virologist?

Tiba-tiba muncul Dinosaur. Huarrrhhh!

Filem zombie, tapi tiba-tiba muncul dinosaur tanpa ada penjelasan kukuh ni dah kenapa? Ehh cakap pasal dinosaur ni, itu pun tak logik. Kalau ikut francais Jurrasic Park, deme nak pastikan yang proses pengklonan tu berjaya, deme ada team expedition yang kerja dia akan cari fosil-fosil dekat negara luar, sebelum bawak balik fosil untuk di-extract DNA daripadanya.

Peta lokasi fosil-fosil yang akan dikunjungi team ekpedisi dalam francais Jurrasic Park.

Jurrasic Park dalam memberikan kita unsur realistik dalam Sai-Fai turut mencipta satu team yang berkepakaran dalam genetic background yang akan modify genetik tu, gabungkan dengan genetik haiwan untuk hasilkan dinosaur dari telur dalam francais deme. Ada renjer yang memantau, ada pagar eletrik yang mengurung, ada doktor yang melihat tahap kesihatan. Kurungan pulak bukan jenis cikai, tetapi dengan eletrik, dengan keluli tahap tertinggi.

Setiap teknologi penghasilan dinosaur dalam francais Jurrasic Park ni dijelaskan tau. Kalau nak mendalam, main permainan video dia iaitu Jurassic World Evolution di mana dia jelaskan sistem taman tema dinosaur, teknologi, dan bagaimana dinosaur dicipta dengan lebih mendalam daripada filem. Ini dalam cerita ni, kau boleh hasilkan seekor Spinosaurus kalau dari gambaran filem, di sebuah kilang tinggal, tanpa ada teknologi atau penjelasan teknologi yang paling sesuai untuk penciptaan dinosaur.

Perpustakaan maya yang mengandungi ciri-ciri genetik yang disuntik pada dinosaur dalam francais Jurrasic Park.

Ya, aku tahu yang cerita ni cerita sai-fai, tapi hatta untuk cerita sai-fai pun ada batas logik yang kau kena patuhi, perlu ada penjelasan yang menyakinkan untuk membenarkan semua keajaiban itu. Keadaan kilang tu pun menyedihkan sebab ada tempat di mana air melimpah keluar, membanjiri kawasannya. Inilah kawasan tempat si hero dan villain bertumbuk kat hujung cerita.

Macam mana tempat macam ni mampu cipta seekor Spinosaurus oleh seorang sahaja saintis dalam bidang Paleontologi tau, bukan pakar genetik dan klon macam Dr Henry Wu dalam Jurrasic Park! Tugas seorang paleontologis gali tulang, bukan modifikasi genetik dinosaur!

Dr Henry Wu, ketua saintis klon dinosaur merupakan pakar genetik, bukannya seorang Paleontologi.

Sebab tu bersusah-payah mat salleh nak pastikan dunia Jurrasic yang dia cipta itu ikut logik akal kita, sampai siapkan game untuk mendalamkan lagi world building. Sebab diaorang faham peraturan utama dalam world-building karya fantasi dan sai-fai. Bukan sesuka hati nak berangan jer.

Jurrasic World Evolution, permainan video taman tema Dinosaur.

Yang boleh dipuji dalam cerita ni cuma sinematografinya sahajalah yang boleh tahan cantik. Ikutkan hati nak bagi 0/10, tapi memikirkan usaha menghasilkan filem luar dari genre cliche, aku memberikan 2/10 bintang.

Ruangan komen telah ditutup.