Koronavirus membuktikan bahawa tiada persediaan dan teknologi boleh menjadi perlindungan mutlak untuk manusia. Jika ditanya 10 tahun lepas, tentu sekali masalah kesihatan sebesar skala ini akan tak pernah terfikir dek akal manusia.

Namun apabila koronavirus pertama kali keluar dari Wuhan, negara-negara yang asalnya dikatakan kebal kepada sebarang wabak akhirnya menjadi mangsa juga.

Antaranya ialah India. Kari pernah dikhabarkan berjaya menyebabkan India kononnya kebal daripada koronavirus (Caiyu, 2020). Namun hari ini, sehingga 10 Ogos 2020, India berada di tangga ketiga paling teruk dengan angka keseluruhan mencecah 2.26 juta orang.

Rusia yang tersisih daripada globalisasi akibat percaturan politik melibatkan Krimea pun telah tergolek dek Covid-19, menduduki tangga ke-4 terteruk dunia. Namun berbeza dengan India, Rusia bergiat dan berhempas-pulas menyertai perlumbaan dunia yang sedang mendapatkan vaksin untuk koronavirus.

Dan pada 11 Ogos 2020, Vladimir Putin mengumumkan bahawa Institut Gamaleya telah disahkan berjaya membangunkan vaksin tersebut (Ullah, 2020). Namun Rusia tidak sama sekali memenangi perlumbaan ini.

Proses Pembangunan Vaksin

Sebuah vaksin tidak boleh dikeluarkan begitu saja. Banyak kajian perlu dijalankan untuk memastikan bukan saja keberkesanan vaksin, tetapi juga keselamatannya.

Carta dibawah sesuai digunakan untuk memahami tentang perkara ini.

Institut Penyelidikan Gamaleya telah menyertai perlumbaan ini pada Jun 2020 dengan 38 peserta. Berdasarkan carta di atas, Gamaleya sama ada berjaya dalam Fasa 1 atau masih belum menyertai Fasa 2 atau kedua-duanya sekali.

Begitu juga dengan pasukan penyelidikan di Seoul dan Perth. Malah apabila koronavirus melanda China dengan teruk (Mac 2020), Institut Bioteknologi Beijing telah  mula dengan pantas untuk membuat vaksin.

Sehingga Ogos ini, Beijing baru berada dalam Fasa 2 dengan 508 penyertaan.  Dalam kalangan peserta ini, calon vaksin (belum didaftarkan sebagai vaksin sah) memberikan tindakbalas sel dan antibodi untuk melawan koronavirus.

Tetapi keberkesanannya tidak diterima kerana kesan sampingan (isu keselamatan) selama seminggu kelihatan, dimana 376 peserta yang disuntik vaksin kelihatan demam dan lesu.

Yang benar-benar menghampiri kemenangan ialah Amerika Syarikat dan United Kingdom. Di Amerika Syarikat, organisasi dan syarikat seperti Moderna, NIAID dan BARDA membuat pakatan demi mencari penawar Covid-19.

Seramai 30,000 peserta dibawa untuk menguji calon vaksin, dimana ketiga-tiga pihak ini mengkaji keberkesanan, keselamatan dan keimunisasian (immunogenicity). Itu pun masih ada kesan sampingan iaitu demam, lesu, sakit kepala, sakit otot dan sakit di tempat suntikan. Dapatan Moderna mengesahkan bahawa Amerika Syarikat takkan sempat membuat vaksin sebelum Pilihanraya Presiden 2020 (Cohen, 2020).

United Kingdom (Oxford) pula berpakat dengan São Paulo (AstraZeneca) lalu hasilnya mampu membawa 10, 260 peserta untuk mencapai tanda aras kajian sama seperti Amerika Syarikat. Dan mereka berjaya memasuki Fasa 3 walaupun terdapat kesan-kesan sampingan yang serupa.

Bagaimana Institut Gamaleya Melompat Dari Fasa 1 Ke Pendaftaran

Keberkesanan vaksin Gamaleya hanya disahkan oleh Vladimir Putin, bahawasanya imuniti stabil berjaya dibuat melalui vaksin ini. Malah salah seorang anak Putin pun dikhabarkan disuntik vaksin ini, yang demam selepas dua suntikan. Tetapi demamnya surut sendiri.

Namun menjawab soalan dalam subtopik ini, Institut Gamaleya sebenarnya tidak melompat dari Fasa 1 Ke Pendaftaran mengikut aliran biasa. Sebaliknya Rusia sekadar mendaftar dulu sebelum melancarkan ujian Fasa 3 (seperti Amerika Syarikat).

Sehingga kini tiada data saintifik didedahkan untuk membuktikan keberkesanan Gam-COVID-Vac Lyo milik Gamaleya. Malah Rusia juga dikritik cuba menayangkan diri sebagai gergasi sains global selepas Kremlin memberikan tekanan politik.

Semua hanya boleh bersorak jika calon vaksin berjaya melepasi Fasa 3 ke Fasa 4. Dalam Fasa 3, calon vaksin perlu dibuktikan selamat dan berkesan untuk mengekang koronavirus, sebelum disahkan untuk pengeluaran. Rusia sekadar sahkan vaksin sebelum memasuki Fasa 3.

Dan Fasa 4 pula biasanya melibatkan aktiviti memantau maklumat untuk penggunaan vaksin, kesan sampingan dan paling penting sekali, imuniti jangka masa panjang. Sekadar demam saja belum cukup ampuh untuk membuktikan keberkesanan yang paling utama: menjadi penampan terhadap koronavirus.

Ini bermakna, Mariya Vorontsova atau Yekaterina Putina perlu didedahkan dulu dengan  koronavirus baru boleh tahu jika ianya benar-benar berkesan. Jika Gamaleya berjaya, itu memang berita baik. Tetapi kena bersiap sedia juga kerana andainya Gamaleya gagal, puak anti-vaksin sememangnya akan melompat.

Akhir kata, hari paling indah ialah hari semua wajib disuntik vaksin.

RUJUKAN:

Cayiu, L. (2020, Februari 23). India declares itself coronavirus free, with many speculating if Indians are resistant to the virus or if the Indian curry is antiviral. Global Times. Retrieved from https://www.globaltimes.cn/content/1180540.shtml

Cohen, E. (2020, Ogos 10). Moderna’s clinical trial numbers show there’s “no way” Trump can have a vaccine by Election Day. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/08/10/health/covid-vaccine-election-moderna-clinical-trials/index.html

Ullah, Z. (2020, Ogos 11). Putin says Russia has registered “world first” coronavirus vaccine. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/08/11/europe/russia-coronavirus-vaccine-putin-intl/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.