Teringat balik satu gambar yang membawa mesej jangan takut semua ular. Bukan semua ular berbisa. Dan pipi ular berbisa lain untuk dibandingkan dengan pipi ular tidak berbisa. Ini gambarnya:

Perbandingan antara dua.

Jujur cakap. Kalau nampak ular, memang tidak mungkin kita akan tengok pipi buncit atau cekung. Kita akan duduk jauh dan pantau sambil telefon pihak berkuasa. Tetapi pengetahuan ini membolehkan kita belajar sedikit sebanyak tentang evolusi ular sampai boleh berpecah jadi dua kabilah – berbisa dan tidak berbisa.

Mengenali Spesis Moyang Ular

Ikut kata lagenda, ular dulu ada kaki. Tetapi malangnya, ular tersepit di celah buluh. Datang seekor makhluk pergi tarik kaki ular sampai habis terputus. Sains seakan-akan setuju dengan lagenda ini. Seakan-akan. Saintis berpendapat bahawa ular pada tahun 150 juta tahun yang lalu memang berkaki. Walau bagaimanapun, tubuh badan ular pada hari ini masih “berkemampuan” untuk pertumbuhan kaki; cuma pertumbuhan ini telah dimatikan (Kennedy, 2016). Kira macam ada suis biologi pada ular. Dan suis ini ditutup.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul manusia, ayuh beli buku GENESIS II yang sudah tiba di Shopee – https://shopee.com.my/Genesis-II-Sapien-Neo-Manusia-(Zamir-Mohyedin)-i.238336777.21215814073

Jadi ular bertelur dan menetas selama jutaan tahun sampailah hari ini menjadi salah satu haiwan paling banyak di dunia. Dan semua haiwan dalam kategori “ular” turun daripada satu spesis moyang yang sama. Spesis ini hidup sekitar 110 juta tahun yang lalu, sememangnya pada zaman dinosaur. Bergerak sama seperti ular hari ini dalam habitatnya iaitu hutan tebal Gondawana. Tanpa kaki… tetapi ada sepasang anggota di bahagian ekor yang entah apa tujuannya (Donahue, 2015).

Sekadar gambaran.

Proses evolusi menentukan suatu perjalanan yang bermula daripada spesis moyang ini. Saintis cuba menyingkap apa yang berlaku antara “spesis moyang” sampai “spesis-spesis hari ini”.

Jawapan Lebih Meluas

Bisa ular sentiasa mendapat perhatian saintis. Ia membunuh kalau daripada mulut ular. Tetapi dalam simpanan manusia, ia digunakan untuk menambah baik rawatan banyak penyakit seperti kanser misalnya (Gomes, et al., 2002). Bisa ular memang serba boleh, kerana tempoh evolusinya iaitu selama 170 juta tahun. Maksudnya, bisa semua ular datang daripada “sumber” iaitu satu spesis tunggal yang hidup 170 juta tahun lalu (Casewell, et al., 2013).

Charles Darwin meriwayatkan dalam buku On the Origin of Species bahawa cabaran akan menguji sesuatu spesis. Tempias daripada ujian ini akan diwarisi secara turun-temurun sampai spesis tersebut berubah habis. 160 tahun sudah berlalu sejak buku ini diterbitkan. Dan kajian beliau masih terbukti benar… kerana bisa ular akan “tumpul” jika tidak “diasah”. Bisa ular laut (Aipysurus eydouxii) misalnya kurang toksik selepas spesis tersebut lebih suka makan telur ikan… berbanding ikan sendiri (Fry, et al., 2012).

Aipysurus eydouxii

Bermakna ular perlu bergantung pada bisa untuk bisanya kekal relevan. Jika makanannya berubah, maka bisa pun akan berubah sekali. Atas sebab inilah, banyak spesis ular kehilangan bisa. Mereka tidak lagi bergantung padanya. Sama ada makanan berubah atau cara berburu itu sendiri berubah. Dan selagi mana boleh hidup tanpa bisa, ular terbabit memberi impak kepada keturunan sendiri. Senang kata, jika 100 ular tedung selar di satu tempat berhenti guna bisanya, silap-silap satu hari nanti – ada spesis baru timbul yang berpecah daripada ular tedung selar lain. Dan ular tedung selar ini tiada bisa.

Pokok pangkalnya, inilah cara alam semulajadi mengadili imbangannya. Jika ular sawa bergantung pada bisa dan tidak membelit macam ahli politik jelas punca kenaikan harga minyak, maka ular sawa moden barangkali takkan membelit langsung. Mereka akan guna bisa semata-mata.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Casewell, N., et al. (2013). Complex cocktails: the evolutionary novelty of venoms. Trends in Ecology & Evolution. 28 (4) : 219-229.

Donahue, M. (2015, Mei 19). The mother of all snakes looked surprisingly modern. The Smithsonian Magazine.

Fry, B., et al. (2012). The structural and functional diversification of the Toxicofera reptile venom system. Toxicon. 60 (4): 434-438.

Kennedy, M. (2016, Oktober 20). How snakes lost their legs. NPR.

Gomes, A., et al. (2002). Snake venom as therapeutic agents: from toxin to drug development. Indian J Exp Biol. 40 (12): 1353-8.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply