Kenapa Titanic Tenggelam?

0 794

https://bit.ky/kombowww

15 April 1912 iaitu lebih 100 tahun berlalu, kejadian tenggelamnya kapal RMS Titanic iaitu sebuah kapal perentas laut paling mewah, besar dan selamat buatan British ketika itu, menemui “ajal” nya di tengah Lautan Atlantik. Kapal ini karam bersama 1,500 penumpang  lelaki, wanita dan kanak termasuk juga kru setelah berlanggar dengan aisberg pada 14 April 1912 pada 11:40 malam.Ia tenggelam sepenuhnya pada 15 April 1912 ; 2:20 pagi di Lautan Atlantik yang beku.

Hanya 700 terselamat dari 2,200 orang penumpang dan juga kru. Kapal ini pernah digambarkan oleh Majalah Shipbuilder pada tahun 1911 sebagai “practically unsinkable” ataupun secara praktikalnya mustahil karam. Ironinya, kapal itu tenggelam pada pelayaran sulungnya menuju Amerika Syarikat. Hanya beberapa hari sebelum Titanic tiba di New York.

Majalah Shipbuilder 1911, menerangkan Titanic dengan frasa
“Practically Unsinkable”
Kredit imej : http://www.prisonersofeternity.co.uk/wp-content/uploads/2014/04/titanic-3-shipbuilder-x.jpg

Kelemahan Pada Dinding Kedap Air Dan Kecacatan Rekaan

Titanic “ditakdirkan” bernasib malang pada awal proses rekabentuk nya lagi, yang kebanyakkan orang awam menganggapnya sebagai rekaan yang canggih. Kapal kelas Olimpik bercirikan dasar badan kapal yang berganda dan 15 dinding kedap air disertakan bersama dengan pintu kedap air elektrik yang boleh dikendalikan secara manual atau serentak dengan satu suis di atas anjungan kapal. Dimana dengan satu petikan suis, kesemua pintu kedap air ditutup serentak.

Simulasi tenggelamnya Titanic, menunjukkan keratan kawasan kedap air yang dibanjiri air secara berperingkat. Kredit imej : 20th Century Fox, Titanic (1997)
Sistem pintu kedap air elektrik dan manual, Kredit imej: 20th Century Fox, Titanic (1997), imej atas , Encyclopedia Titanica untuk imej dibawah

Dari situlah, ciri-ciri dinding kedap air memberi inspirasi kepada majalah Shipbuilder, yang pada isu keluarannya yang istimewa menyatakan bahawa kapal-kapal kelas Olimpik sebagai “mustahil karam”, ayat yang mudah untuk memberi keyakinan kepada orang awam agar menaiki Titanic diatas ciri keselamatannya yang canggih dan paling selamat.

Tetapi, bahagian dinding kedap air tersebut mengandungi kelemahan yang memberi kesan kepada penenggelaman Titanic. Walaupun, dinding kedap air itu sememangnya kedap air, dinding tersebut yang hanya dipanjangkan hanya beberapa kaki di atas aras air, oleh itu air melimpah dari satu ruang kompartmen ke kompartmen yang lain lalu mula mendorong kapal tersebut hilang keseimbangan dan menyebabkan Titanic menyenget dengan teruk kehadapan kedalam air.

Arkitek kapal, Thomas Andrew memberi penjelasan kepada kru kapal termasuk Kapten Titanic itu sendiri iaitu Kapten Smith, atas tahap bencana yang dihadapi kapal tersebut. Kredit imej : 20th Century Fox, Titanic (1997)

Ketiadaan Sistem Penggera Umum (General Alarm), Laluan Kecemasan yang Berselirat.

Penumpang diberitahu oleh kru untuk memakai jaket keselamatan. Namun ada yang tidak percaya, bermain kad terup dan ada yang masuk ke kabin untuk menyambung tidur. Arkitek kapal, Thomas Andrew mengalakkan penumpang menyediakan diri mereka untuk ke bot penyelamat dengan keadaan tenang. Kru mengaktifkan kesemua pam air untuk mengepam keluar air laut yang memasuki badan kapal Titanic.

Walaupun pam tersebut berfungsi, air yang memasuki Titanic melebihi kemampuan pam mengeluarkan air tersebut. Disaat itu, Titanic sudah pastinya karam walaupun kesemua ciri keselamatannya diaktifkan termasuklah kesemua pintu kedap air ditutup. Penumpang kabin kelas ketiga tersesat apabila cuba menyelamatkan diri memandangkan tiada tanda keluar kecemasan dan juga laluan keluar sukar dan berselirat. Kebanyakkan penumpang yang masih tidur, pintu bilik diketuk satu persatu oleh kru kapal untuk menyedarkan penumpang dari tidur.

Penumpang bermain terup, berhibur sambil menunggu bantuan yang bakal tiba. Tidak mengetahui bahawa keadaan yang makin parah dan bantuan yang tidak akan kunjung tiba. Kredit imej : Titanic, Ghosts Of The Abyss (2003)
Penumpang mengabaikan arahan arkitek kapal Thomas Andrew untuk ke dek bot penyelamat, segelintir sahaja yang menaiki bot penyelamat. Penumpang menikmati muzik serta pemanas bilik yang selesa. Kredit imej: 20th Century Fox, Titanic (1997)

Bot Yang Sedikit, Pengurusan Yang Tidak Efisien, Makluman Kecemasan Yang Kurang Jelas Dan Lambat

Memburukkan keadaan lagi, yang membawa faktor kematian yang ramai adalah bilangan bot penyelamat diatas Titanic. 16 Bot penyelamat kayu, tambahan 4 bot lipat Engelhardt, hanya mampu membawa 1,178 orang. Titanic berupaya membawa sehingga 2,435 penumpang, dan kru 900 orang yang memberikannya kapasiti sebanyak lebih 3,300 orang.  Malahan lebih mengejutkan lagi, latihan kecemasan tidak pernah diadakan diatas Titanic untuk kru mengoperasikan bot penyelamat, bot penyelamat tersebut digunakan buat kali pertama dan kali terakhir pada saat penenggelamannya. Penumpang kelas pertama diberi keutamaan dahulu berbanding kelas bawahan. Penumpang kelas ketiga dikunci dibawah tangga keluar kabin dan diberitahu kru supaya menunggu arahan selanjutnya. Di saat kesemua bot hampir habis, barulah penumpang kelas ketiga dilepaskan.

 

Bot penyelamat diisi separa penuh. Bot tersebut mampu membawa sehingga 65 orang penumpang namun di isi 28 orang sahaja. Kredit imej : 20th Century Fox, Titanic (1997)

Kebanyakkan penumpang pada awal waktu penenggelaman tidak mahu menaiki bot atas alasan sempit, sejuk dan keyakinan mereka bahawa Titanic mustahil karam serta dengan tahap pintu kedap air kapal tersebut. Disaat Titanic mula menyenget dan setiap bilik penumpang mula dimasuki air, penumpang panik menyerbu bot, beberapa bot diisi 70 penumpang  dan ia melebihi 65 penumpang kapasiti asalnya. Contoh yang terjadi pada Bot penyelamat nombor 11.

70 orang penumpang memenuhi bot penyelamat bernombor 11,kapasiti asal bot tersebut ialah 65 orang. Bot ini berada disisi kapal penyelamat Carpathia keesokan pagi selepas Titanic tenggelam

Walaupun bot penyelamat diisi sehingga kapasiti penuh sewaktu pemindahan kecemasan, ia hanya satu pertiga tempat duduk yang cukup untuk yang berada diatas Titanic. Walaupun dianggap tidak cukup mengikut standard keselamatan kini, pada ketika itu pada 1912 Titanic menyediakan lebih banyak bot melebihi keperluan British Board of Trade’s.

Bot Yang Sedikit, Pengurusan Yang Tidak Efisien, Makluman Kecemasan Yang Kurang Jelas Dan Lambat

Arahan untuk mengisi bot penyelamat dengan kanak-kanak dan wanita sahaja diberikan oleh Kapten Smith kepada krunya. Suami mengucapkan selamat tinggal pada isteri, dan anak-anak memeluk ayah mereka. Mereka tidak mengetahui bahawa Titanic akan karam . Mengikut undang-undang laut, golongan wanita dan kanak-kanak diberi keutamaan menaiki bot, walaubagaimana pun disebalik kekecohan diatas dek menyebabkan sesetengah dari mereka tidak dapat menaiki bot.

Rivet Penyambung Yang Kurang Berkualiti Digunakan Pada Titanic

Ramai orang mempersoalkan mengenai kualiti bahan yang digunakan sewaktu pembinaan badan kapal Titanic. Salah satunya ialah mengenai rivet yang menyambungkan kepingan besi yang kepada struktur Titanic. Terdapat 3 juta rivet menyambung Titanic.

Gambarajah menunjukkan bagaimana aisberg merosakkan sambungan kepingan besi yang menyambungkan Titanic yang menyebabkan penenggelamannya. Kredit imej : http://www.jupitermiddle.com/titanic/ldk/construction.html

Masalah pembinaan yang membawa kepada penenggelaman kapal mewah tersebut adalah rivet yang lemah telah digunakan untuk menyambung plat besi itu bersama kerangkanya. Titanic diperbuat dari kepingan plat besi, disambung bersama rivet besi. Besi merupakan bahan yang rapuh berbanding keluli, dan mudah rosak apabila berlanggar dengan bongkah ais (aisberg). Rivet dengan mudahnya tercabut, kepingan besi akan tergores seakan-akan zip, menyebabkan kerosakan yang banyak ditepi haluan kapal Titanic. Rivet yang berdekatan dengan kawasan torehan dikenakan tekanan yang tinggi, kerana kelemahan rivet tersebut, rivet tersebut tercabut juga.

Rivet Titanic kelihatan pada badannya, gambar ini telah diwarnakan semula oleh Anton Logvynenko. Kredit imej : Anton Logvynenko

Masalah pembinaan yang membawa kepada penenggelaman kapal mewah tersebut adalah rivet yang lemah telah digunakan untuk menyambung plat besi itu bersama kerangkanya. Titanic diperbuat dari kepingan plat besi, disambung bersama rivet besi. Besi merupakan bahan yang rapuh berbanding keluli, dan mudah rosak apabila berlanggar dengan bongkah ais (aisberg). Rivet dengan mudahnya tercabut, kepingan besi akan tergores seakan-akan zip, menyebabkan kerosakan yang banyak ditepi haluan kapal Titanic. Rivet yang berdekatan dengan kawasan torehan dikenakan tekanan yang tinggi, kerana kelemahan yang terdapat pada rivet tersebut, rivet tersebut tercabut juga.

Kandungan sangga yang tinggi juga menyebabkan rivet tersebut lemah apabila berada didalam Lautan Atlantik yang beku lalu menyebabkan rapuh bagaikan kaca. Walaubagaimanapun, kualiti rivet pada tahun 1912 dianggap sebagai yang “paling bagus” ketika itu. Memburukkan keadaan lagi, syarikat pembinaan kapal Titanic kekurangan rivet dan membeli luar dari pembekalnya kerana kekurangan pekerja berkemahiran. Rivet yang ditemui oleh saintis sewaktu penjelajahan ke bangkai Titanic menggunakan “ROV” (Remote Operated Vehicle)/Titanic dan melakukan ujian makmal dan simulasi komputer. Turut membandingkan besi yang digunakan pada Titanic dengan besi yang lain pada era tersebut. Rivet kurang berkualiti digunakan.

Contoh rivet besi yang sedang panas,
Kredit imej : http://www.boat-building.org/learn-skills/files/cache/d8ff914e0bc8900f5b086ab3099de079.jpg

Selain itu, memasang rivet memerlukan kemahiran yang tinggi. Besi harus dipanaskan sehingga kelihatan warna kemerah-merahan seakan buah ceri dengan tepatnya dan diketuk dengan kombinasi yang berpadanan. Kerja yang dilakukan secara ala kadar akan menyembunyikan masalah selanjutnya.

Para saintis yang terbabit dalam bidang metalurgi menyuarakan pandangan mereka, jika rivet berkualiti tinggi digunakan sudah tentunya masa Titanic untuk terapung cukup lama sehingga para penyelamat sampai sebelum tenggelam sepenuhnya. menyelamatkan penumpang dari hiporthermia di Lautan Atlantik yang beku.

Selain itu, memasang rivet memerlukan kemahiran yang tinggi. Besi harus dipanaskan sehingga kelihatan warna kemerah-merahan seakan buah ceri dengan tepatnya dan diketuk dengan kombinasi yang berpadanan. Kerja yang dilakukan secara ala kadar akan menyembunyikan masalah selanjutnya.

Para saintis yang terbabit dalam bidang metalurgi menyuarakan pandangan mereka, jika rivet berkualiti tinggi digunakan sudah tentunya masa Titanic untuk terapung cukup lama sehingga para penyelamat sampai sebelum tenggelam sepenuhnya. menyelamatkan penumpang dari hiporthermia di Lautan Atlantik yang beku.

Artikel akhbar menerangkan mengenai kebakaran di bilik Simpanan arang batu. Kredit imej https://www.smithsonianmag.com/smart-news/coal-fire-may-have-helped-sink-titanic-180961699/

Selain dari bot penyelamat, faktor kebakaran yang berlaku di bilik simpanan arang menyebabkan kelemahan pada dinding kedap air Titanic. Kebakaran itu merupakan kebakaran kecil berpunca dari longgokan arang batu didalam bilik simpanan arang batu untuk memberi bahanapi untuk dandang (boilers) kapal Titanic, bertanggungjawab memberi bekalan elektrik dan tujahan untuk kipas kapal. Kebakaran tersebut berlanjutan sehingga akhirnya dapat dipadam sebelum Titanic berlepas, namun begitu sebahagian intergriti dinding kedap air Titanic telahpun rosak. Ketika Titanic tenggelam, dinding kedap air yang menahan air dari masuk pecah dan menyebabkan Titanic hilang keapungan.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.