Kenapa Tiga Pesakit Coronavirus Dihantar Ke Sungai Buluh?

31,131

Apabila Thailand dan Singapura disahkan terkena ombak yang melambung China, hanya masa sahaja akan menentukan sebelum bala ini merebak ke Malaysia. Negara agak menggigit jari dengan empat individu China disyaki terjangkit. Namun bacaan makmal mendapati status mereka negatif (Tang & Timbuong, 2020).

Maka ramai yang menghela nafas lega, buat masa seketika sahaja. Namun dua hari kemudian iaitu pada 25 Januari 2020, tiga orang telah disahkan menghidapi virus korona (2019-nCoV). Ketiga-tiga mereka ialah warganegara China yang berada berdekatan dengan pesakit virus 66-tahun yang sedang dirawat di Singapura (NST, 2020).

Lalu ketiga-tiga mereka dihantar terus ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Tindakan menghantar ke Sungai Buloh telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penggiat-penggiat media sosial. Pertikaian tersebut dilihat mempunyai asas juga. Jarak antara Sungai Buloh dan Johor Bahru ialah 361 kilometer, merentasi Lebuhraya Utara-Selatan yang dengan kelajuan 110 km/j pun disahkan Google Map akan mengambil masa selama hampir lima jam.

Sidang Media Dr. Zulkefly Ahmad  bersama Dr. Noor Hisham

Perkara ini mengingatkan semua kembali pada detik-detik cemas ketika virus SARS merebak ke seluruh negara. Sekitar 2003, negara amat memerlukan sebuah pusat kawalan untuk mengekang dan merawat penularan virus. SARS yang juga berasal daripada musang dan kelawar buah daripada Yunnan (seperti 2019-nCoV di Wuhan) pernah melanda sejauh Kanada pun. Dan antara 18 Mac hingga 1 April 2003, pengurusan cekap Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif berjaya membebaskan Malaysia daripada SARS (Audrey, Mazni, & Chrstina, 2003).

Dan selepas selesainya masalah SARS, Malaysia sedar tentang kepentingan pusat kawalan peny4kit. Dari sini bermulalah langkah pertama yang diakhiri dengan pembinaan Hospital Sungai Buloh. Status hospital ini selain daripada rawatan adalah untuk mengawal peny4kit-peny4kit berj4ngkit (The Star Online, 2003).

Fungsi Hospital Sungai Buloh pula jauh lebih profesional daripada perlaksanaan China dalam usaha mengawal peny4kit. Terdahulu China menggegaskan pemasangan Hospital Xiaotangshang daripada bangunan-bangunan besi sedia ada. Dalam hospital ini, pes4kit dikuarantin dalam keadaan begitu sempit yang perlahan-lahan memb4smikan SARS daripada negara. Dasar Beijing yang sama diulangi di Wuhan untuk berdepan dengan 2019-nCoV yang m4ngsa-m4ngsa China semakin bertambahan.

Sebelum ini m4ngsa di China tidak sampai 800 orang pun. Namun pada 25 Januari 2020, sudah 1,320 orang disahkan menghidapi 2019-nCoV. Jumlah kem4tian pula asalnya hanya 18 sudah meningkat ke 41 orang. Dan kes semakin bertambahan di Hong Kong (lima), Jepun (dua) dan Perancis (tiga). Namun begitu sehingga 23 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) masih enggan menggelar penularan ini sebagai kecemasan antarabangsa tetapi bersedia mengadakan suruhanjaya dengan segera supaya dapat terus mengkaji peny4kit ini.

WHO sudahpun mengisytiharkan bahawa peny4kit ini amat mudah menular kerana warga-warga China suka mengembara pada musim perayaan Tahun Baharu. Dan dengan peny4kit ini, semua perayaan Tahun Baharu telah dibatalkan sepertimana pernah dibuat semasa SARS dulu. Sambutan di Beijing pun ditangguh (semestinya dibatalkan jua).

Promosi Buku DTT

Kedatangan 2020 memang amat berat. Sudahlah diuji dengan Influenza A, sekarang Malaysia berdepan dengan 2019-nCoV pula. Harapan rakyat berada pada tangan staf Kementerian Kesihatan Malaysia yang profesional lagi berpengalaman. Sebarang kesilapan tentu sekali akan membuatkan Selangor lebih terdedah untuk menghidapi 2019-nCoV. Maka sama-sama semua digalakkan berdoa dan memohon solat hajat agar negara dibasmikan daripada bala bencana peny4kit ini.

RUJUKAN:

Audrey, E., Mazni, M., & Christina, K. (2003, April 1). Malaysia ‘free from SARS’. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2003/04/01/malaysia-free-from-sars

NST. (2020, January 25). [Breaking] 3 coronavirus cases confirmed in Johor Bahru. New Strait Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/559563/breaking-3-coronavirus-cases-confirmed-johor-baru

Tang, A. & Timbuong, J. (2020, January 23). Health Ministry: Four suspepected cases test negative for Wuhan virus (updated). The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/01/23/health-ministry-three-suspected-cases-negative-for-coronavirus-one-still-pending

The Star Online. (2003, June 18). Sungai Buloh to host infectious diseases centre. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2003/06/18/sg-buloh-to-host-infectious-diseases-centre

Ruangan komen telah ditutup.