Kenapa Maharaja Qin Membina Patung Terracotta?

1,195

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Cita manusia kadang-kadang terlalu tinggi menggunung sampai satu hayat pun tidak mungkin cukup. Banyak benda lagi perlu dibuat.

Banyak mvsvh perlu dijatuhkan. Tetapi satu-satunya mvsvh yang tidak mungkin tumpas ialah kem4t1an sendiri. Lambat atau cepat; mahu atau tidak, ia datang jua – cuma tidak tahu bila.

Sesetengah penguasa silam dilihat terlalu ghairah dengan kuasa. Salah seorang daripadanya ialah Qin Shi Huangdi yang tidak jemu mencari maulhayat untuk menangguhkan kem4t1annya.

Hidup yang abadi – suatu impian yang sememangnya mustahil untuk semua… tetapi tidak bagi Qin Shi Huangdi. Macam-macam baginda cuba, sampai mengunjungi Pulau Zhifu tiga kali kononnya untuk mendapatkan maulhayat (Aikman, 2006).

Pulau Zhifu di Yantai

Baginda pernah menghantar seorang pengembara Zhifu bernama Xu Fu untuk mencari sebuah gunung berlagenda iaitu Penglai (Wintle, 20020.

Xu Fu tidak pergi seorang, turut membawa ratusan orang bersama bagi mendapatkan seorang ahli sihir iaitu Anqi Sheng di gunung ini. Katanya Sheng yang hidup selama 1,000 tahun pernah menjemput baginda ke sana.

Gunung berlagenda.

Misi ini berakhir begitu saja. Seorang pun tidak kembali, mungkin terlalu takut dibvnvh kerana gagal mendapatkan maulhayat.

Hari demi hari Qin Shi Huangdi semakin terdesak, tambah pula apabila sebutir meteor menimpa bumi Dongjun pada 211 S.M.

Meteor tersebut mempunyai tulisan – “Maharaja Pertama akan m4ngk4t dan tanahnya akan dibahagikan”. Padahal ada orang yang tulis.

Tetapi apabila diberitahu, Qin Shi Huangdi mahu ramalan ini disiasat sehabis-habisnya. Tiada siapa berani mengaku.

Jadi jalan penyelesaian Qin Shi Huangdi senang saja: bvnvh saja semua orang di sekeliling Dongjun dan pecahkan batu meteor tersebut (Ssu-Ma, 1996). Setahun kemudian, ramalan memang menjadi pun.

Qin Shi Huangdi pergi buat selamanya tetapi atas punca yang sangat berironi. Ada yang mengatakan baginda menelan terlalu banyak merkuri yang disangka ubat maulhayat (Wright, 2001). Jadi maulhayat telah menamatkan hayat.

Berakhir sudah kehidupan seorang penguasa… tetapi jasad baginda ditempatkan di kompleks yang sangat megah. Seorang remaja 13 tahun apabila mendapat kuasa takkan sesekali memikirkan tentang majlis peng3bum1annya.

Tetapi berbeza buat Qin Shi Huangdi, kerana baginda sudah memikirkan nasib di alam seterusnya. Baginda mahukan sebuah kompleks agung untuk disem4d1kan kelak.

Seramai 700,000 buruh meluangkan keringat selama 38 tahun untuk menyiapkan kompleks ini, dilengkapkan pula dengan ribuan patung yang hari ini masyhur sebagai anggota-anggota ask4r Terracotta.

Qin Shi Huangdi sebenarnya terlalu risau. Baginda membvnvh ramai orang untuk mengukuhkan dan melebarkan kuasa.

Tetapi pernah baginda bermimpi yang mereka akan membalas d3nd4m. Sementara hidup, memang ramai anggota t3nt3ra akan menjaga keselamatannya. Tetapi sesudahnya m4t1, bagaimana pula?

Maka anggota-anggota tanah liat disangka boleh memenuhi keperluan Qin Shi Huangdi.

Benda-benda yang tidak hidup di alam Bumi dipercayai akan hidup di alam seterusnya. Jadi semua boleh fahamlah kesinambungan di sebalik binaan tanah liat.

Malah Qin Shi Huangdi juga boleh menggunakan mereka untuk berkuasa di alam seterusnya, jika perlu untuk berp3r4ng atau berjv4ng.

Tetapi secara tidak langsung, jumlah anggota ini menunjukkan betapa hebatnya Qin Shi Huangdi semasa memerintah dulu. Baginda menyatukan China, dibawah corak pemikiran, bahasa dan matawang yang sama. Negara-negara lain yang cari pasal semuanya ditumbangkan. Dan anggota-anggota a$k4r Terracotta yang kekal sehingga hari ini menjadi saksi kegemilangan, tidak lekang dek zaman dan tidak hilang akibat masa.

RUJUKAN:

Aikman, D. (2006). Qin. Publishing Group. Halaman 91.

Ssu-Ma, C. (1996). Records of the Grand Historian: Qin Dynasty 3rd. Columbia University Press. Halaman 35.

Wintle, J. (2002). China. Rough Guides Publishing. Halaman 71.

Wright, D.C. (2001). The History of China. Greenwood Publishing Group. Halaman 49.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.