Bagi golongan fanatik, kegagalan Dark Fate memang pedih untuk diterima. Bayangkanlah – hampir 28 tahun tunggu James Cameron kembali ke drawing board… dan akhirnya Dark Fate gagal begitu sahaja. Pedih, tetapi itulah realiti: AS$450 juta dibelanjakan untuk pembikinan dan pemasaran, hanya AS$261.1 juta sahaja dipungut daripada pawagam. Kerugian sebanyak AS$188.9 juta yang sangat mengaibkan ini menunjukkan bahawa Cameron pun tidak mampu menyelamatkan siri cetusannya sendiri.

Kegagalan Dark Fate dibesarkan lagi apabila pemilik harta intelek Gale Anne Hurd (juga bekas isteri Cameron) membatalkan kelulusan hakcipta yang dikeluarkan 35 tahun sebelumnya. Pembatalan ini dibuat semasa tayangan lagi, pada ketika Cameron sedang menulis sambungan. Tetapi apabila penyata kewangan akhir diumumkan, semua tahu – Dark Fate takkan ada sambungan (McClintock, 2019). Matlamat trilogi yang dirancang sejak Julai 2017 habis bersepaian.

Senang kata, T3rmin4t0r is t3rmin4ted. Game over.

Banyak pengajaran boleh dipelajari daripada Dark Fate. Perancangan jangka masa panjang amatlah penting. Kepentingan yang sama dititikberatkan oleh Marvel Studios pun yang syarikat induknya hampir muflis pun suatu masa dahulu. Jujurnya Dark Fate mempunyai potensi besar. Penarafannya bagus:

  1. Rotten Tomatoes: 70% (6.23/10).
  2. Metacritic: 54/100
  3. CinemaScore: B+
  4. PostTrak: 78%

Jadi kenapa gagal?

Kegagalan siri ini sudah bermula 10 tahun sebelumnya apabila pakatan lima syarikat perfileman mengupah McG untuk buat Salvation yang bosan lagi membosankan. Sambungan untuk Salvation pula terhenti apabila pemilik sementara The Halcyon Company muflis pada Ogos 2009. Apabila tempoh politik Arnold Schwarzenegger sebagai Gabenor California tamat, Universal Studios pun pantas bergerak dan jadilah Genisys.

Lakonan hebat Jason Clarke dan Arnold Schwarzenegger tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Sambutan Genisys yang tidak memberangsangkan menamatkan projek sambungan. Emilia Clarke sendiri bersyukur Genisys gagal (CinemaBlend, 2018). Namun sekurang-kurangnya Genisys boleh kata berjaya jugalah kutip balik modal yang dibelanjakan Lebih kurang AS$400 juta dibelanjakan untuk pembikinan dan pemasaran; hanya AS$440 juta dipungut kembali. Bolehlah.

Apabila sambungan-sambungan Genisys dibatalkan, David Ellison mengambil alih perancangan Dark Fate secara sepenuhnya. Kali ini James Cameron pula menyertai projek ini. Sebarang cadangan untuk menyingkirkan Schwarzenegger ditentang keras Cameron. Dan harapan pada masa itu ialah Cameron boleh mengembalikan roh T3rmin4t0r yang lama kehilangan. Penglibatan Cameron yang pada asalnya di sebalik tabir telah bertukar. Beliau diberikan kedudukan yang lebih aktif bermula Januari 2017.

Dan Dark Fate dipetik sebagai sambungan/soft reboot kepada Judgment Day. Kiranya Rise of the Machines, Salvation dan Genisys tetap berlaku – cuma alternate universe. Penglibatan Cameron menjaminkan dua perkara: (1) susunan cerita lebih teratur dan (2) jemaah pelakon yang berkaliber. Kedua-duanya boleh dilihat dalam filem. Salvation membuka dengan letvpan dan t3mb4k4n besar-besaran sebelum sunyi sepi sampai penghujung. Genisys pula mencampur-aduk secara kreatif, dengan Jason Clarke melakonkan John Connor/T-3000 dengan penuh sentimen dan tenaga.

Menggantikan Emilia Clarke yang jelas lemah ialah tidak lain tidak bukan Linda Hamilton sendiri.

Dim4m4h usia, Hamilton mengharungi minggu-minggu yang penat lagi memenatkan untuk bersedia. Tidak lama kemudian, Mackenzie Davis pun menyertai sebagai Grace. Watak-watak Connor dan Grace berkiaskan dua wanita yang cekal, kuat dan berkomited. Dan gandingan Hamilton dan Davis berjaya mempamerkan tenaga yang tiada pada Emilia Clarke.

Alas, usaha gigih mereka tidak mendatangkan hasil. Apabila Dark Fate diumumkan, sentimen bahawa filem tersebut akan reboot semula menebal. Usaha memerah susu daripada lembu yang n4z4k (atau sudah m4ti) memang tidak masuk akal. Selama 10 tahun generasi penonton yang berubah dari segi citarasa dan harapan telah melenyapkan f4n4tisme yang dinikmati dua filem awal. Maka Dark Fate pun gagal.

Orang sebenarnya tidak membenci siri ini. Persoalannya jelas: buat apa buang duit tengok filem yang takkan disambung? Kiranya Cameron dari awal memasuki ruangan lingkup angkara kegagalan Salvation dan Genisys. Andainya kedua-dua filem tersebut (ataupun sekurang-kurangnya Genisys) tidak dibuat, berkemungkinan besar Dark Fate akan berjaya.

Disebabkan itulah perancangan jangka masa depan perlu diutamakan. Avengers dan Star Wars menjadi tarikan ramai disebabkan perancangan jangka masa panjang. Walaupun Star Wars dikecam, ketiga-tiga filem sambungan daripada Return of the Jedi/Revenge of the Sith berjaya mengutip berbilion-bilion. Sampaikan Rogue One pun menikmati kejayaan juga.

RUJUKAN:

CinemaBlend. (2018, May 23). Emilia Clarke Was ‘Relieved’ (ditapiskan) Genisys Failed At the Box Office. Retrieved from (Request Link).

McClintock, P. (2019, March 11). (ditapiskan): Dark Fate Puts Franchise on Ice, Faces $120M-Plus Loss. Retrieved from (Request Link).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.