Masa korang pergi jalan jalan kat pantai ke, mesti korang pernah nampak haiwan bercengkerang macam ni duduk melekat pada tiang dan permukaan licin macam batu. Tahu tak benda teritip ni sebenarnya indikator pencemaran?

Pernah tak korang terlihat teritip yang terkumpul di bawah kapal mahupun tiang tiang di persisiran pantai? Dalam kebanyakan kes, itu sebenarnya ialah indikator kekotoran yang berpunca daripada organisme yang terkumpul. Teritip tu tak duduk saja saja pada tiang dan kapal.

Mereka tengah makan bakteria yang terkumpul di situ. Itulah maksud bio fouling – pencemaran biologi.

Untuk memahami pencemaran biologi ini, kita kena mula dari perkara awal dahulu. Pertamanya, mana datang bakteria ini? Dari laut lah, dah tu dari mana lagi nak dapat.

Ok ok, lawak hambar. Sebagaimana udara dan tanah, laut atau kawasan berair juga dipenuhi dengan bakteria. Namun, bakteria yang terapung di udara boleh melekat pada permukaan sesuatu selepas jatuh dan bakteria tanah pula…sudah memang melekat pada permukaan tanah.

Bahan ini sifatnya merekat dan melekat, jadi selain daripada melekat pada permukaan benda, bahan kimia ini juga boleh melekatkan bakteria tu padanya daripada dibawa arus air. Bahan polimer ni kita sebut dalam terma biologi sebagai biofilm.

Kalau tak faham lagi, pernah tak anda pijak batu licin di sungai? Tak pun permukaan longkang kotor? Ya, benda licin itulah biofilm. Lama kelamaan, koloni bakteria dan jumlah biofilm makin meningkat.

Bakteria lain akan masuk tumpang untuk membesar sekali sampailah habis seluruh permukaan itu dibaluti biofilm. Ini adalah separuh daripada komponen pencemaran biologi. Aktiviti mikroorganisme.

Andai kata anda ni suka makan bakteria, dan anda ternampak satu tiang ni penuh dengan bakteria? Apa yang anda nak buat? Sudah tentulah makan kan? Alang alang banyak sumber makanan ni baik buat rumah di sekitar kawasan tu, betul tak?

Andai kata anda ni suka makan bakteria, dan anda ternampak satu tiang ni penuh dengan bakteria? Apa yang anda nak buat? Sudah tentulah makan kan? Alang alang banyak sumber makanan ni baik buat rumah di sekitar kawasan tu, betul tak?

Kerang, kepah dan tiram yang ada diet yang sama pun selalunya berada dekat dengan tiang ni. Tumpang makan, begitu.

Kalau proses ni melemahkan struktur tiang, macam mana jurutera dan pelaut zaman dahulu selesaikan masalah ini?

Kalau ikut catatan Plutarch, orang kuat Alexander the Great pernah caka pasal masalah ini:

“Apabila rumpai dan bahan kotor melekat pada sisi kapal, pengerakan kapal akan menjadi perlahan, dan air menjadi payah untuk berlalu keluar. Sebab itu mereka (pelaut), selalunya akan menyapu pelapis khas untuk menghalang benda ini berlaku.”

Kalau kita ikut norma pelaut zaman tersebut hingga sebelum abad ke 18, bahan pelapis yang digunakan merangkumi tar, lilin dan minyak paus. Kapal ini akan dibawa ke pelabuhan kering untuk melumuri bahan bahan ini.

Menjelang abad ke 18, pelayar British menggunapakai plat tembaga pada permukaan bawah kapal untuk mencegah permukaan teritip. Puncanya senang sahaja. Tembaga apabila bertemu dengan air akan menghasilkan filem beracun. Jadi, bakteria tak boleh hidup.

Bila bakteria tiada, teritip pun tiada.

Kalau korang tak percaya tembaga boleh bunuh kuman, cuba letakkan syiling 20 sen (Ringgit Malaysia) terkotor yang korang pernah jumpa dan biar terperam dalam piring petri yang penuh dengan bakteria. Memang mati bakteria di bawah syiling tu

Ada sesetengah penapis air pun guna teknologi ni, tapi sebab takut beracun sangat, mereka guna logam perak untuk ganti tembaga.

Sebelum aku tamatkan artikel ringkas ni, aku nak masukkan fakta aneh tentang teritip di bawah kapal.

Semasa zaman Penjelajahan, sekiranya anda buat onar atas kapal, atau memberontak, atau kena tangkap dengan lanun dan mereka nak seksa anda, antara hukuman yang dikenakan ialah menyiat-nyiat badan korang pada permukaan bawah kapal yang dipenuhi teritip.

Kalau nasib baik, korang lemas dulu sebelum kena siat.

Artikel ini adalah sebahagian daripada koleksi esei esei sains aneh biologi dalam buku BIOLOGIA yang sudah dibuka pratempahnya Star-struck. Sekiranya korang nak baca artikel sains biologi lain aku yang menarik, boleh pratempah pada link ini:

http://bit.ly/BiologiaPengajian

http://bit.ly/BiologiaPengajian

http://bit.ly/BiologiaPengajian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply