Tentera Jepun mula guna senapang Arisaka Type 30 semasa berperang dengan Rusia. Asalnya mereka sangat suka kerana senapang ni guna serbuk bedil (gunpowder) yang tidak berasap. Tapi masuk berperang jer, mereka mengenal pasti banyak kekurangan.
Pertama sekali, serbuk bedil selalu terkumpul dalam ruang penembak (firing pin):
• Sebarang pergesaran akan menyalakan serbuk tu sampai ada letupan dalam senapang, membakar muka tentera.
• Terlalu banyak, tembakan takkan sempurna. Kadang peluru tak keluar. Kadang laras tersekat.
• Nak cuci punyalah susah. Kalau laras tersekat lagilah. Peluru yang sangkut tu sukar dikeluarkan.
Habis perang jer, Mejar Kijiro Nambu buat kaji semula (redesigning) yang siap pada tahun 1906. Jadi Jepun masuk Perang Dunia Kedua ni dengan senapang yang “field-tested” dan “battle-hardened”.
Senapang tu dah capai segala potensinya dan tak boleh ubah lagi, melainkan buat model-model baru. Dan memang Jepun buat beberapa model selain Type 30… seperti Type 35, Type 38, Type I, Type 44, Type 99 dan banyak lagi.
Ada banyak kisah menarik pasal peperangan ni diabadikan dalam PERANG DUNIA KEDUA yang kini BERDISKAUN 20 peratus untuk korang: https://bit.ly/PerangDuniaKeduaShopee
Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply