Dekat Facebook sekarang, ada usaha untuk claim bahawa Tamadun Maya dan Tamadun Mesoamerika yang lain adalah dibina oleh orang Tamil yang berlayar ke sana. Bukan sejarah Melayu jer yang diclaim, tapi nampaknya sejauh benua Amerika.

Pertama, ialah timeline sejarah. Dalam artikel ini mendakwa bahawa 1500 SM yang lalu, orang Tamil telah mengembara keluar dari Tamil Nadu sampai ke benua Amerika, dan akhirnya membina tamadun yang kemudian dikenali sebagai Tamadun Maya.

Benarkah sedemikian? Kita kena lihat timeline. Pada tahun 1500 SM, apakah teknologi meneroka lautan luas dah wujud, atau sekadar berlayar ditepian? Dan kalau wujud, apakah orang Dravidian, nenek moyang orang Tamil ialah pembina teknologi tersebut?

Jadi, sebelum kita sambung perbahasan kita ini, kami nak tegaskan budaya claim ni dah lama dan berpanjangan. Kami dah terbitkan buku menjawab claim terhadap sejarah Melayu. Buku JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU II tersedia untuk dibeli di https://bit.ly/jssm2shopee

Sebenarnya rumpun Austronesia (orang Melayu, Jawa, Cham, Maori, Hawaii etc) adalah bangsa pertama yang membina teknologi penerokaan lautan luas pada abad-abad awal sebelum masihi.

Orang Austronesia meneroka lautan luas dari Madagascar sehingga sampai Kepulauan Easter, dan sejauh di New Zealand. Ini menjadikan bahasa-bahasa Austronesia paling luas tersebar dalam terma ukur lilit sejauh penyebarannya.

Orang Austronesia mencipta banyak kapal seperti kapal Katamaran, Perahu cadik, kapal tanja dan jong-jong gergasi. Teknologi-teknologi perkapalan ini dapat dijejak seawal 3000 SM – 1500 SM yang lalu.

Fasa ini dikenali sebagai Austronesia Expansion melibatkan perlayaran keluar orang Austronesia dari Taiwan ke wilayah-wilayah lain. Penciptaan teknologi perlayaran kapal ini dilihat dalam catatan seperti Lynda Shaffler, yang mengatakan seperti berikut:

Orang Melayu ialah sebahagian daripada rumpun Austronesia. Bahkan penciptaan teknologi perlayaran orang-orang Austronesia ini sebenarnyalah yang mempengaruhi teknologi Maritim India.

Waruno Mahdi dalam makalahnya yang bertajuk The Dispersal of Austronesian boat forms in the Indian Ocean mengatakan bahawa kewujudan perkataan dalam bahasa-bahasa Dravidian seperti paṭavu dalam Bahasa Tamil… paḍava dalam Bahasa Telegu dan paḍahu dalam Bahasa Kannada sebenarnya adalah hasil pengaruh daripada bahasa Proto Melayu-Polinesia Barat.

Dalam bahasa ini, dapat dilihat kewujudan kosa kata padaw yang dapat dilihat kognat pada-pada bahasa-bahasa Austronesia seperti perahu (Melayu dan Jawa), padau (Kadazan), padaw (Maranau), paráw (Cebuano), folau (Samoan), halau (Hawaiian) , dan (wharau) Māori.

Ini menunjukkan pengaruh kebudayaan laut Austronesia dalam peradaban India dan Dravidian. Jadi, kalau bangsa yang mencipta teknologi perkapalan dan perlayaran pun tak pernah dapat dibuktikan membina peradaban di benua Amerika… bagaimana bangsa yang teknologi perkapalan dan perlayarannya seawal 1500 SM tak pernah mencapai seperti mana orang Austronesia, pelopor teknologi tersebut boleh sampai dan membina Tamadun Maya?

Kedua, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa orang Maya dan Chola sebenarnya adalah bahasa yang sama. Dipetiknya keluarga bahasa yang dituturkan pembina Tamadun Maya ini iaitu Chʼolan–Tzeltalan sebagai bukti bahasa Maya ialah Bahasa Chola.

Saya rasa si pengguna Facebook ni mungkin terkeliru dengan nama yang digunakan pada keluarga bahasa Maya iaitu Chʼolan–Tzeltalan lantas dengan bersemangat mengatakan bahawa ini ialah bahasa Chola! Sebenarnya Chʼolan pada nama keluarga Maya ini takde kena mengena dengan Chola.

Perkataan Chʼolan pada bahasa ini merujuk kepada orang Chʼolan yang merupakan penduduk asli di Mexico. Chʼolan ialah panggilan dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada mereka, dan mereka memiliki panggilan tersendiri untuk bahasa mereka iaitu Lak tyʼañ bermaksud “percakapan” kami.

Kelakar betul bila tengok yang geng Chola sesuka hati claim bahasa orang lain sebab ada sebutan yang hampir sama. Padahal Bahasa Tamil dalam keluarga Dravidian, takde kena mengena pun dengan Chʼolan–Tzeltalan. Sebab tu jangan sesuka hati jer claim hanya sebab nama berbunyi Chola.

Ketiga, saya nak nasihatkan jangan sesuka hati nak tukarkan nama tempat dalam tamadun orang lain, kepada bahasa sendiri. Hanya kerana ada beberapa nama yang kita rasa hampir sama dalam sebutan bahasa kita.

Contohnya diclaimnya nama Guatamela dengan GAUTAM MALAI, kononnya Gautams tu maksudnya Lembu dan Malai ialah Gunung. Padahal, nama Guatamela ni diambil daripada bahasa Nahuatl, daripada perkataan Cuauhtēmallān yang bermaksud “tempat banyak pokok.”

Contohnya, dalam perkataan yang didakwa sebagai daripada bahasa Tamil ialah Aztec yang konon diambil daripada ASHTA KADAL, yang berasal daripada Bahasa Tamil yang membawa maksud 8 Lautan. Sebenarnya perkataan Aztec adalah daripada bahasa Nahuatl (aztecatl atau aztecah) yang membawa maksud “orang yang dari Aztlan”. Aztlan dalam konteks ini ada kaitan dengan mitologi orang Aztec di mana kononnya tempat muasal orang Aztec yang ahli sejarah percaya terletak di Barat Daya Mexico dan juga Barat Laut Amerika Syarikat.

Artikel ini akan jadi panjang lebar kalau saya jelaskan etimologi disebalik nama-nama bandar dan tamadun Meso-Amerika yang diclaim berasal daripada bahasa Tamil dan Sanskrit. Cukup dia contoh untuk kita katakan bahawa Dr Durgadoss ni memandai-mandai.

Keempat, kalau benar dakwaan bahawa orang Tamil yang belayar sehingga ke Amerika Tengah dan membina Tamadun terus disitu, dan berkoloni, kenapa peristiwa yang dikenali sebagai Pertukaran Colombia hanya berlaku apabila apabila Sepanyol sampai ke Benua Amerika?

Kepada yang tak tahu, Pertukaran Colombian ni adalah peristiwa melibatkan pertukaran komoditi daripada Dunia Lama dan Dunia Baru (Benua Amerika). Dulu, tak wujud kuda, LEMBU, babi, ayam di benua Amerika. Begitu juga di dunia lama, tak wujud haiwan seperti Llama dan Ayam Belanda.

Bukan sahaja melibatkan haiwan sahaja, malahan kita boleh bercakap pasal komoditi melibatkan sayur-sayuran. Tumbuhan seperti Cili dan Kacang diambil dari DUNIA BARU, manakala DUNIA LAMA yang tak pernah melihat Padi mula menerima padi.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Bahkan orang-orang Amerika hanya melihat GANDUM apabila diperkenalkan oleh Christopher Columbus. Dan yang paling penting, sehingga kedatangan Sepanyol, DUNIA BARU berperang menggunakan GANGSA, bukannya BESI.

Tamadun-tamadun Mesoamerika tersekat pada skala penggunaan besi, padahal tamadun-tamadun di DUNIA LAMA telah lama menggunakan besi, melombong dan menggunakannya sebagai senjata lagi.

Jadi, pertanyaan saya, kenapa ya kalau benar Maya dibina oleh orang Tamil sejak 1500 SM, tak wujud semua komoditi dari Dunia Lama? Orang Tamil hari ini makan roti dan nasi, tetapi kenapa bahan untuk buat roti dan padi tak wujud di BENUA AMERIKA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply