Sewaktu aku terserempak dengan fenomena emas terapung dalam jamban awam, selepas memaki tuannya, aku terfikir, kenapa tahi manusia warna coklat? Pada masa yang sama, kenapa tahi cicak warna hitam putih?

Benda ni ada kaitan dengan kenapa bayi dapat demam kuning dan cicak boleh hidup lama tanpa air.

Semua sel dalam badan kita ni ada tarikh luput, termasuk sel darah merah. Secara puratanya sel tu boleh hidup selama 100-120 hari. Lebih daripada tu dia akan kena bunuh dengan sel darah putih. Sel darah merah kena hapus cara manual macam ni sebab dia tak ada nuklues, otak sel. Sel badan lain boleh mati dengan sendiri sebab ada nukleus suruh depa bunuh diri.

Berbalik kepada sel darah merah, perasan tak kenapa darah warna dia macam karat? Sebab sel darah merah tu bawak zat besi dalam tu untuk tolong angkut oksigen. Karat yang menempek dekat motor kapcai atuk anda tu pun hasil reaksi besi dan oksigen. Jadi, lepas sel darah merah tu kena hapus, sisa dia akan bertebar ke serata badan.

Untuk zat besi, ia akan diserap balik ke badan. Sisa sel darah merah yang lain, biliverdin akan dihantar ke hati. Sebab sisa ni beracun, hati akan pecahkan lagi komponen ni sampai jadi bilirubin dan disimpan dalam hati jadi hempedu. Bila makanan nak masuk usus, bilirubin ni akan keluar untuk bantu hadam zat lemak. Kadang-kadang bilirubin ni akan diserap balik dalam usus jadi urobilin. Buah pinggang akan tapis urobilin ni dan buat jadi kencing. Bilirubin ni yang buat tahi warna coklat dan urobilin buat kencing jadi warna kuning.

Pasal demam kuning bayi tu, punca dia sebab hati mereka masih tak boleh berfungsi dengan baik. Campur dengan kematian mendadak sel darah merah bayi, habis penuh bilirubin dalam badan bayi. Sebab tu walaupun nampak bahaya, demam kuning bayi ni dikira selamat sebab dia masalah organ baru nak berfungsi.

Untuk hal cicak, yang hitam tu sama macam tahi kita dengan bilirubin. Yang putih tu sebenarnya kencing mereka. Dia jadi macam ni sebab mereka tak boleh hirup air. Paling koman pun setakat jilat lidah dalam air sahaja. Kalau lidah kasar macam kucing aku tak kisah sangat. Ni licin je. Aku tak tau kalau tu namanya minum air atau main air.

Ya la, kalau setakat celup lidah tu berapa banyak je air yang dapat. Juga, berbanding kita, buah pinggang mereka ni tak maju sangat. Primitif. Mereka tak boleh hasilkan air kencing. Ceh, dasar noob. Jadi, air dalam darah tu akan diserap balik ke dalam badan.

Jadi, apa yang mereka akan buang ialah pepejal asid urik. Disebabkan mereka tak ada saluran kencing macam kita, maka mereka akan berak dan kencing sekali gus. Yang hitam tu tahi, yang putih tu kencing versi pejal. Dalam badan kita, yang gout dan batu karang tu sebab asid urik la.

Disebabkan sistem buah pinggang kita yang efisien, kita akan kerap kencing untuk buang urea. Namun untuk cicak, sebab mereka serap balik air tu, mereka boleh tahan lama tanpa air. Adakalanya sampai berbulan. Sebab tahi hitam putih ni jugalah antara bukti cicak dan burung adalah sama jenis kelas hidupan. Reptilia. Sistemnya sama sahaja.

RUJUKAN:

  1. Bassari, R; Koea, JB (7 February 2015). “Jaundice associated pruritis: a review of pathophysiology and treatment”. World Journal of Gastroenterology21 (5): 1404–13. doi:10.3748/wjg.v21.i5.1404PMC 4316083PMID 25663760.
  2. Boulpaep, E. L., Boron, W. F., Caplan, M. J., Cantley, L., Igarashi, P., Aronson, P. S., & Moczydlowski, E. (2009). Medical physiology a cellular and molecular approach. Signal Transduct48, 27.
  3. Paré, Jean (January 11, 2006). “Reptile Basics: Clinical Anatomy 101” (PDF). Proceedings of the North American Veterinary Conference20: 1657–1660.
  4. Smith, Margaret E.; Morton, Dion G. (2010). “Liver and Biliary System”. The Digestive System. Elsevier. pp. 85–105. doi:10.1016/b978-0-7020-3367-4.00006-2ISBN 978-0-7020-3367-4.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.