Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir satu pertiga penduduk dunia kini sedang menjalani perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai langkah memerangi Covid-19

Tetapi ada satu negara Eropah yang memilih untuk tidak melaksanakan PKP walaupun bergelut dengan lebih 5500 kes Covid-19 dan 300 kem4tian. Kalau dilihat dari mata kasar, kehidupan nampak normal di Sweden di sebalik penjarakan sosial, kerja dari rumah dan kuarantin bagi golongan yang berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

Tak percaya? Boleh tonton video ini:

 

Bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Stockholm Business Region (SBR), mereka mendedahkan 90% perniagaan bermodal tinggi terus beroperasi seperti biasa di sebalik penularan Covid-19. Perkara ini dicapai berikutan tenaga kerja yang celik teknologi dan budaya kerja Sweden yang mempromosikan kerja dari jauh dan waktu kerja yang fleksibel.

Menurut CEO SBR, Staffan Ingvarsson, semua syarikat mempunyai kebolehan untuk berbuat demikian dan melakukannya, sekaligus membolehkan mereka terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jika dilihat kenyataan Ingvarsson ini, ia sebenarnya mendedahkan strategi Stockholm dalam mendepani wabak Covid-19 iaitu kebertanggungjawaban diri. Bagi pakar-pakar kesihatan dan ahli-ahli politik, mereka berharap strategi ini berkesan tanpa perlu beralih kepada perintah berkurung atau PKP.

Sebagai tukaran kepada arahan lebih tegas, pelbagai panduan dikeluarkan dari hal kerja dari rumah hinggalah penjarakan sosial dan mengelak melakukan perjalanan yang tidak penting.

Semasa berucap kepada rakyat pada hujung minggu lepas, Perdana Menteri Stefan Lofven berkata, “Kita ialah orang dewasa yang sepatutnya berperangai seperti orang dewasa. Tidak menyebarkan panik atau khabar angin. Tiada siapa bersendirian dalam krisis ini tetapi setiap individu mempunyai tanggungjawab berat.”

Kebertanggungjawaban diri boleh dicapai sekiranya wujud unsur percaya antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya. Atas sebab inilah, ini mendorong orang tempatan untuk mematuhi semua garis panduan kerajaan secara sukarela dan penuh disiplin.

Faktor demografi turut memainkan faktor penting dalam pendekatan ini. Tidak seperti isi rumah di sesetengah negara beriklim Mediterranean, purata bilangan isi rumah Sweden ialah seorang sekaligus mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 sesama keluarga.

Satu lagi sebab Sweden belum berkeinginan melaksanakan perintah berkurung atau PKP berikutan keperluan menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Dua perkara ini amat membantu rakyat dalam memerangi wabak Covid-19.

Namun, ada juga yang mempersoalkan langkah ini seperti pakar epidemeologi dari Institut Karolinska, Dr Emma Frans. Walaupun beliau mengakui ramai mematuhi garis panduan yang diperkenalkan kerajaan, Frans meminta Stockholm memberi panduan lebih jelas dari segi interaksi di tempat awam seperti gimnasium dan kedai-kedai berikutan masih ada yang tidak mematuhi penjarakan sosial.

Untuk melakukan perkara sama di Malaysia, agak sukar untuk dilakukan. Pertama, rasa kebertanggungjawaban diri dan kolektif masih rendah dalam kalangan rakyat seperti yang diterjemahkan dalam bentuk ratusan orang yang ditahan akibat melanggar PKP.

Kedua, budaya waktu kerja fleksibel dan kerja dari jauh (rumah/semasa bercuti) masih lagi asing dan baru hendak bertapak sejak beberapa tahun lepas. Justeru, untuk meniru bulat-bulat pendekatan Sweden ini merupakan sesuatu yang sukar.

Tetapi ada satu benda yang kita boleh ambil dari Sweden iaitu mencontohi sikap tanggungjawab dan disiplin mereka dalam mendepani wabak Covid-19 semasa PKP. Dua sikap ini penting jika kita mahu mengurangkan bilangan kes Covid-19 seperti diaspirasikan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengembalikan kehidupan menjadi normal seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, kalau sudah sikap umpama baghal yang hanya akan patuh bila dimarahi atau dipukul, maka bersedialah menerima layanan sedemikian jika itu harga yang perlu dibayar dalam memenangi peperangan menentang wabak Covid-19…

RUJUKAN:

Savage, Maddy. (2020). Lockdown, what lockdown? Sweden’s unusual response to coronavirus. BBC News. https://www.bbc.com/news/world-europe-52076293


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.