Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan koronavirus disebut-sebutkan sebagai butang reset yang ditekan Bumi untuk menunjukkan kepada manusia keindahan di sebalik cara hidup semasa.

Entah seberapa lama manusia akan sedar bahawa dunia ini hanya sementara. Mungkin semuanya akan berubah setelah peny4kit ini ditewaskan – ataupun manusia kembali ke akar lama, untuk memaut dan memegang pada tali silam.

Tetapi dalam masa hampir seluruh dunia melancarkan perintah berkurung, pencemaran alam telah turun dengan begitu ketara sekali.

Katanya udara Malaysia terlalu bersih sampai boleh nampak Gunung Kinabalu dari Kuala Lumpur pun. Jenaka tersebut walaupun melampau; intipatinya walaubagaimanapun sangat jelas.

Sungai Melaka mengalir sepanjang kota ini yang pernah memainkan peranan penting dalam perdagangan kesultanan terdahulu.

Pada zaman ini sungai tersebut telah lama dikenali dengan kehitaman akibat pencemaran terhadapnya.

Tetapi koronavirus telah mengubahkan segalanya. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dimandatkan di seluruh negara.

Dan kualiti udara dan air pun beransur pulih. Langit mencerah oleh kerana udara menjadi bersih (Ming, 2020). Perkara ini berlaku kerana bilangan kenderaan yang menyusuri jalanraya telahpun berkurangan.

Secara tidak langsung pencemaran bunyi juga dibendung. Sebuah bandaraya jika terlalu bising memberikan kesan sampingan terhadap haiwan. Burung misalnya berkomunikasi dengan bunyi.

Untuk menyampaikan maklumat merentasi kebisingan bandaraya, mereka perlu keluarkan bunyi lebih kuat yang memerlukan tenaga berlebihan (EFE, 2018).

Dan yang paling memberangsangkan sekali ialah, Sungai Melaka telah bertukar warna. Ibaratkan air yang bersiraman dari syurga, keindahan sungai ini tidak terkata sekali.

Namun penerimaan media sosial agak berbelah. Ada yang mengatakan kerja pembersihan telah lama dibuat yang beberapa bulan lepas pun sudah bersih.

Tetapi ada juga mengatakan sungai ini masih kotor walaupun semasa PKP dimandatkan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan mana satu yang betul. Tetapi kalau lihat keadaan di dunia, tiada apa yang pelik pun.

Perintah berkurung di India telah menutup perindustrian dan pengangkutan begitu pesat yang mengotorkan langit dan bumi.

Sungai Ganges yang selama ini penuh dengan macam-macam perkara sekarang ini dilaporkan bersih. Malah di beberapa tempat, Sungai Ganges dipercayai selamat untuk diminum dan bermandian pun.

Begitu juga dengan Sungai Yamuna yang tidak lagi diazab dengan 28 kelompok perindustrian angkara koronavirus.

Apa yang jelas dalam situasi India – perintah berkurung telah menunjukkan punca utama pencemaran. Apabila rakyat duduk rumah, tiada kecelakaan yang menimpa.

Dan penutupan negara sebegini juga berlaku di Itali, sebuah republik yang riuk dikerjakan koronavirus.

Sehingga 23 April 2020, Itali telah mengstabilkan kadar penularan dengan walaubagaimanapun pertambahan kes ribuan setiap hari. Angka positif juga menghampiri 200,000 orang dengan 25,549 kem4tian semasa.

Dan oleh kerana semua sedang duduk rumah, Venice telah menunjukkan sinaran harapan. Disokong dengan ketiadaan pelancong, bandar tersebut siap menerima ikan lumba-lumba lagi yang tidak mengunjung Venice selama 60 tahun.

Oleh kerana tiada aktiviti bot, ikan-ikan pun berani kembali ke perairan ini.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa manusia sebenarnya tidak diperlukan pun di Bumi ini. Dengan erti kata lain, alam ini tidak akan lenyap begitu saja jika manusia pvpus.

Kekurangan manusia telah menunjukkan perubahan ketara dalam alam sekitar. Jika tiada langsung, tentu sekali planet ini akan pulih dan menunggu kebangkitan spesis dominan terkemudian.

RUJUKAN:

EFE. (2018, April 25). Noise pollution, a threat to city birds. Retrieved from https://www.efe.com/efe/english/technology/noise-pollution-a-threat-to-city-birds/50000267-3596591

Ming, T. (2020, April 22). Blue skies, less waste: Covid-19 and the MCO’s effects on the environment. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2020/04/22/earth-day-a-wake-up-call-to-lead-more-environmentally-sustainable-lives


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.