Istilah “Rum” berasal dari sebutan lidah Arab untuk Empayar Rom. Orang-orang Seljuk menamakan tanah dan kerajaan serpihan Empayar Seljuk yang bertapak di Anatolia sebagai Kesultanan Rum kerana ia diasaskan di wilayah yang secara tradisi dikenali sebagai Rom Timur, atau juga dikenali sebagai Byzantine.

Lazimnya, mereka dan keturunan mereka (Uthmaniyah atau Turki) sering dianggap sebagai orang Rom hasil kacukan dengan bangsa Turki yang menunggang kuda yang hidup secara nomad. (pendiri Uthmaniyah adalah suku Kayi Oghuz yang kabur asal usulnya).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kalau nak berspekulasi, kita kena rujuk sejarah asimilasi bangsa nomad dari timur yang mungkin dah berlaku seawal zaman Empayar Alexander the Great, atau Empayar Parsi Achaemenid.

Mungkin Uthmaniyah memiliki hubungan dan pengetahuan sejarah dengan semua bangsa kuno ini. Kerana suatu bangsa sentiasa berperang dengan bangsa yang sama tetapi generasi berbeza, pemerintahan politik sering bertukar ganti, tetapi rakyat kebiasaannya akan kekal berpopulasi dan berasimilasi sepanjang zaman jika tidak bermigrasi.

Tapi semua orang dah amat mengenali Empayar Uthmaniyah pada zamannya sebagai mana Empayar Rom sebelumnya. Habis, kenapa seorang raja seperti Sultan Mehmet II al-Fateh memerlukan keabsahan atau mandat sebagai Maharaja Rom disaat baginda sendiri sudah ada nama yang cukup besar? Masih tiada jawapan yang jelas.

Peta keluasan empayar Rom.

Walau apa jua kesimpulannya. Satu hal yang pasti adalah Mehmet II amat serius mengejar cita-cita mahu menggantikan Empayar Rom, bahkan selepas kejayaan baginda di Konstantinopel, sedekad kemudian Uthmaniyah meneruskan kempen perang di Eropah terutamanya terhadap Republik Venetia di Itali dari tahun 1463 hingga 1479.

Selepas memeterai perjanjian yang berjaya merugikan Venetia, baginda meneruskan kempen dengan memerangi Kerajaan Hungary namun kekalahan tentera Uthmaniyah dalam Pertempuran Breadfield menunda perang Uthmaniyah-Hungary pada Oktober 1479.

Waktu itu Itali sedang berpecah belah, Mehmet yang telah menduduki Albania melihat ini satu peluang untuk dia menakluki Rom. Uthmaniyah bermula dengan mengepung kota Otranto di Naples.

Pada awalnya tuah silih berganti memihak kepada Uthmniyah sehinggalah pada 3 Mei 1481, Sultan Mehmet II al-Fateh meninggal dunia akibat diracun, tanpa sempat menyempurnakan cita-citanya.

Namun itu tidak semestinya menjadi sebab utama Mehmet mahu menakluki Rom. Mengisytiharkan dirinya sebagai ‘pewaris sah’ takhta Empayar Rom tidak mengubah fakta bahawa Uthmaniyah adalah kuasa luar yang menakluki Konstantinopel.

Atau lebih jelas lagi, tindakan Sultan Mehmet II memakai gelaran “Sultan”, “Kayser-i Rûm (Maharaja Rom)” dan “Khan” tidak ubah seperti Ratu Victoria dan Raja George VI yang memakai gelaran “Ratu India” dan “Maharaja India”.

Lukisan yang menggambarkan Al-Fateh memasuki Konstantinople.

Namun tidak dinafikan, Uthmaniyah memiliki darah hibrid kaum nomad seperti Turki dan kaum kaukasia seperti Yunani. Dalam kes Uthmaniyah, faktor Yunani memeluk Islam adalah lebih jelas. Hampir kesemua para wazir dan pasha yang berkhidmat untuk Uthmaniyah adalah keturunan Yunani Byzantine yang memeluk Islam.

Sultan Mehmet II menganggap dirinya adalah keturunan Ioannis Celep Komnenos, anak saudara Maharaja Byzantium. (walaupun ibunya dipercayai berketurunan Serb) Hampir semua anggota kerabat bekas Maharaja Byzantium terakhir yang memutuskan untuk terus tinggal di Konstantinopel telah memeluk agama Islam.

Mesih Pasha dan Hass Murad Pasha berasal dari keluarga Palaeologus, mereka adalah anak-anak saudara Maharaja terakhir dinasti itu, Veli Mahmud Pasha pula adalah dari klan diraja Angelos, dan ramai lagi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bahkan, Dinasti politik Koprulu yang berbangsa Albania melahirkan enam orang wazir kepada Empayar Uthmaniyah. Secara teknikalnya, kebanyakan orang Albania yang selalu mengungkit-ungkit sejarah “bangsa Turki” yang telah menindas bangsanya itu sebaliknya menjadi penindasan oleh para menteri berbangsa Albania terhadap rakyat Uthmaniyah, kalau mereka nak cakap pasal penindasan lah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.