Serigala mempunyai dua spesis yang dikenali pada hari ini, iaitu canis rufus (serigala merah) dan canis lupus (serigala kelabu). Tetapi sebelum ini, genus canis mempunyai jumlah spesis yang jauh lebih banyak.

Kedua-dua spesis yang disebut mempunyai moyang yang sama, iaitu canis mosbachensis (serigala mosbach) yang hidup antara 770,000 tahun lalu hingga 11,700 tahun lalu.

Canis mosbachensis pula mempunyai moyang canis etruscus yang berbeza dengan canis priscolatrans.

Spesis priscolatrans telah mengharungi evolusi, yang melahirkan tiga spesis baharu iaitu canis dirus (direwolf), canis nehringi dan canis gezi.

Direwolf dalam fiksyen.
Direwolf sebenar.

Memang ada banyak canis yang ditulis di sini, tetapi semuanya berkongsi satu perangai sama – iaitu suka meraung (howling) pada Bulan.

Contoh raungan serigala ke arah Bulan.

Perbuatan ini sememangnya aneh, membangkitkan lagenda bahawa serigala mendapat kuasa daripada Bulan. Dari sini muncullah ilham yang segelintir manusia bertukar menjadi serigala apabila Bulan mengambang.

Malah berdasarkan catatan dan lukisan silam, manusia memang percaya ada perkaitan antara Bulan dan serigala. Sejauh zaman Neolitik lagi, manusia berpendapat sedemikian.

Turun ke zaman sejarah pula, Tamadun Yunani mempunyai seorang dewi bernama Hekate. Tamadun Rom pula mempunyai dewi bernama Diana.

Persamaan antara Hekate dan Diana perlu ditekankan. Kedua-duanya tidak kelihatan berb0g3l, mungkin kerana tidak berkaitan dengan Zeus dan Jupiter… jadi sekurang-kurangnya bermaruahlah sikit.

Kedua-duanya menyukai anjing… dan kedua-duanya mempunyai simbol Bulan.

Jadi anjing (serigala sebenarnya) dan Bulan ada persamaan dari zaman mitologi lagi.

Dalam mitologi Norse pula, dua serigala bernama Skoll dan Hati sentiasa mengejar Sol (Matahari) dan Mani (Bulan).

Bayangan kejar-mengejar.

Sebab itulah berlaku terbit tenggelam Matahari dan Bulan, iaitu siang dan malam. Mereka akan sentiasa mengejar – dan akhirnya dapat juga. Apabila Sol dan Mani berada dalam genggaman mereka, maka berlakulah Ragnarok.

Peristiwa Ragnarok.

Senang kata, serigala memang dipandang tinggi. Disebabkan mereka membvrv pada waktu malam, tidak peliklah ada orang pandai mengaitkan mereka dengan Bulan. Apa yang populasi silam nampak hanyalah raungan.

Sama seperti manusia yang pandai menjerit, meraung, berbisik dan bersembang, begitu juga serigala yang menggunakan salakan, erangan dan rengekan untuk berbual. Kadang campur-campur pun (Hall & Sharp, 2014).

Manusia sudah biasa dengan salakan, kerana ribuan tahun memelihara anjing. Dalam kalangan yang memelihara pun tahu perbezaan semasa menyalak.

Anjing seolah-olah menggunakan salakan dengan intonasi berbeza untuk menyampaikan sesuatu secara berlainan.

Tetapi hidup seekor serigala di hutan membuatkan salakan hanya untuk tujuan meny3r4ng atau mempertahankan. Salakan digunakan untuk memberi amaran kepada kawanan. Ataupun seekor serigala yang ingin menc4b4r kuasa alpha.

Erangan pula memberi isyarat dominasi atau b4h4y4 menanti. Dan rengekan pula biasa digunakan antara ibu bapa dan anak-anak kecil untuk berbual. Bagi raungan pula, ia bukanlah pada Bulan pun.

Serigala hanya mendongak ke atas untuk melontarkan raungan mereka sejauh-jauhnya. Bunyi mengisi kekosongan, dibawa jauh melalui udara. Kalau serigala tunduk dan meraung, takkanlah bunyi boleh pergi jauh.

Raungan serigala boleh didengari dalam lingkungan 9.6 kilometer hingga 16 kilometer pun tertakluk pada geografi (Conger, 2008). Tiada pokok, lagi jauhlah.

Dalam raungan itu ada tiga tujuan – memanggil supaya berhimpun, mengisytiharkan kedudukan dan memberi amaran supaya serigala lain tidak masuk dalam kawasan.

Ada situasi yang mana serigala akan meraung secara berkumpulan pun., dipercayai sekadar suka-suka. Kerana fitrah ini dipelajari serigala sejak kecil lagi.

RUJUKAN:

Conger, C. (2008, Julai 30). Do wolves really howl at the moon? How Stuff Works.

Hall, R.L., & Sharp, H.S. (2014). Wolf and Man: Evolution in Parallel. Academic Press. Halaman 109.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.