Kenapa Serangga Bila M*ti, Badan Dia Terbalik?

1,286

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Adakah anda rasa begitu aneh melihat serangga-serangga tidak kira apa jua spesis seperti lipas, kumbang dan apa sahaja serangga kecil apabila sudah m4ti akan bertukar posisi terbalik keatas dan bergerak sedikit seperti seakan-akan nazak.

Saya sendiri sebagai penulis, sewaktu memberus gigi diawal pagi melihat di permukaan sinki, kenapa kelkatu dan mana-mana serangga m4ti mesti badan terbalik ke atas? Tidak kurang juga, anda sudah tentu fikirkan serangga ni cukup licik menipu kita dengan acah-acah pengsan untuk melindungi diri dari dimakan, bukan?

Kebiasaannya, posisi serangga yang biasa jika ingin m4ti atau sudah m4ti sudah tentu menunjukkan petanda sistem sarafnya mengalami kegagalan. Ini kerana kebiasaannya, serangga yang hidup sihat akan membetulkan kembali badannya kebawah jika terbalik ke atas.

Apabila seekor serangga sudah hilang keupayaan untuk membetulkan kembali posisi badannya oleh kerana sistem sarafnya yang makin tidak keruan dan gagal akan menyebabkan serangga itu kekal dengan posisi badannya terbalik ke atas.

Apabila serangga itu dalam keadaan terbalik keatas, ia akan terdedah kepada bahaya dan mudah dilihat para pemangsa, lebih-lebih lagi ia sudah tidak berdaya mencari makan lalu serangga tersebut akan m4ti dengan cepat.

Dengan begitu banyak liang pernafasan yang terdedah dan banyak, dan tiada keupayaan tangan untuk menutup setiap liang pernafasan ini, serangga tersebut dengan mudahnya m4ti apabila racun serangga ini mula menyerang organ dan sistem sarafnya. Menyebabkan sistem badannya hilang upaya dari normal.

Selain itu beberapa faktor tambahan yang menyebabkan seekor serangga tidak berdaya untuk sedar dan membetulkan posisi badannya yang sudah terbalik keatas adalah kesan dari memakan racun serangga dan disembur oleh racun serangga.

Bahan kimia didalam racun serangga seperti hidrogen sianida naphthalene dan metil bromida menganggu sistem neurotransmitter didalam badan serangga.

Kesannya, serangga ini mengalami sawan lalu menyebabkan kaki kecilnya menendang-nendang diudara dan seringkali dilihat terbalik ke atas. Kakinya penting untuk menyeimbangkan badannya, jika kaki ini tidak menerima mesej dari otaknya dengan betul akibat diracun, ia akan gagal mengimbang badan lalu terbalik keatas.

Setelah sistem saraf yang terganggu dan sistem koordinasi badan yang makin menghilang, serangga berkenaan hilang fungsi dan daya untuk mengawal anggota badannya dan membetulkan badannya kembali.

Bergantung kepada kekuatan bahan kimia dan jenis bahan kimia racun serangga perosak digunakan, ia akan mengambil masa beberapa hari atau jam sebelum serangga itu menemui Aj4lnya.

RUJUKAN:

https://www.livescience.com/33334-dead-bugs-lying-on-back.html

https://www.mentalfloss.com/article/30475/why-do-bugs-turn-over-their-backs-when-they-die

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.