Baru-baru ini sebuah event space telah ditutup atas dakwaan beroperasi tanpa lesen hiburan. Penutupan tersebut telah membuatkan ramai penggiat seni hiburan di arena mainstream dan underground berasa sangat kecewa. Malah tindakan ini seseolah seperti mahu menutup periuk nasi orang lain dan membuatkan seni hiburan di Malaysia susah nak berkembang.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah kejutan kerana perkara sedemikian rupa juga pernah terjadi dahulu. Antaranya adalah pada tahun 1972, konsert Woodstock Malaysia telah diadakan di Cheras yang menampilkan 7 band. Menariknya adalah konsert ini dibanjiri oleh 500 orang yang berpakaian ala hippies. Boleh dikatakan konsert tersebut berjalan dengan sangat meriah dan bakal menjadi pemula kepada revolusi industri muzik negara.

Tapi lain pula yang jadi apabila ada wartawan mendakwa bahawa konsert Woodstock adalah tapak pelancaran untuk anak muda menuju ke bulan. Dakwaan ini juga disahkan sendiri oleh seorang pemilik kedai piring hitam yang menyatakan ramai anak muda sedang menuju ke bulan ketika konsert sedang berlangsung.

Advertisements

Situasi itu terus mendapat respon daripada kerajaan dengan kenyataan bahawa konsert Woodstock adalah agenda barat untuk merosakkan anak muda Malaysia. Bermula dari situlah istilah budaya kuning ataupun otak kuning mula diperkenalkan. Jika ternampak sahaja mana-mana individu melayan muzik ataupun berfesyen gaya barat, terus kena tuduh otak kuning.

14 selepas itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan kesemua konsert rock kerana berlaku rusuhan yang dahsyat ketika Battle of The Band di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Malah konsert rock juga dikaitkan dengan isu moral seperti penagihan dadah dan pergaulan bebas sehingga ada parti politik begitu giat menentang.

Kemuncaknya adalah setiap band rock yang mahu muncul di kaca televisyen mestilah berpenampilan kemas seperti memotong rambut lebih pendek. Lebih memeritkan lagi, banyak kumpulan rock dikehendaki menukar genre mereka kepada lebih lunak sehingga membuatkan scene rock semakin mati. Bagi mereka yang tidak berpuas hati, arena underground menjadi tempat untuk mengekspresi genre dimahukan.

Selain itu, media juga memainkan peranan membuatkan seni hiburan di Malaysia sukar berkembang. Pengharaman beberapa buah lagu oleh stesen radio kerajaan pada era 90-an dulu sudah cukup menjadi bukti, media sukar menyokong muzik tempatan. Kemunculan begitu banyak stesen radio swasta sebenarnya masih lagi tidak mampu menaikkan seni hiburan di Malaysia. Bahkan ada beberapa pemuzik mengatakan stesen radio hanya gemar memainkan lagu tertentu berulang-ulang kali. Manakala lagu-lagu yang bagus sentiasa dianaktirikan.

Itu belum cerita tentang banyak gig kena raid pada awal 2000-an, tuduhan punk makan sampah dan black metal togak darah kambing. Dalam industri perfileman pula kita pernah mengharamkan genre horror atas alasan karut dan tahyul. Tetapi muncul seorang pengarah yang memanipulasi keadaan tersebut dengan menghasilkan filem seram yang menggunakan tema mimpi. Selepas itu barulah peraturan ini dilonggarkan dan filem seram kembali dihasilkan.

Filem Mistik

Persoalannya betul ke kerajaan dan media memang tak menyumbang kepada seni hiburan tanah air?

Jawapannya adalah separa benar kerana ketika zaman keemasan indie, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melancarkan program Indie Band & Clash of The Band pada hari belia negara. Kerajaan turut memberikan sokongan penuh kepada dua band indie iaitu Hujan dan Bunkface untuk mengadakan persembahan di Festival Muzik Malaysia. Bagi memantapkan lagi seni hiburan, kerajaan telah menubuhkan MyCreative Ventures dengan menyalurkan dana bagi membantu penggiat seni tanah air. Hasilnya terdapat beberapa filem dan album berkualiti berjaya dihasilkan tetapi masih kurang mendapatkan perhatian masyarakat.

Pihak media juga memainkan peranan penting dalam mengangkat seni hiburan tanah. Buktinya banyak lagu rock dan indie berjaya muncul di kaca televisyen. Antaranya adalah dengan kemenangan lagu Isabella dan Pelukan Angkasa dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). Jadi tak valid nak cakap kerajaan dan media memang tak nak sokong seni hiburan tanah air.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kesimpulannya, nak ubah apa yang kerajaan dan media lakukan harus bermula daripada kita terlebih dahulu. Jadikan amalan mendengar muzik dan menonton filem itu sebagai budaya kita dan bukan sekadar untuk isi masa lapang sahaja. Apabila kerajaan dan media mula melihat rakyat sedang membudayakan muzik/filem, mereka akan lebih terbuka terhadap industri seni hiburan. Dari situ, kita akan mampu hasilkan filem dan lagu yang sangat hebat.

RUJUKAN:

Aqil Syakir. (2021, Jun 22). “Budaya kuning, ganja, dan hippies” – Kisah konsert Woodstock 1972 di Cheras. Sos Cili. Dipetik daripada https://soscili.my/dituduh-pesta-ganja-ini-kisah-konsert-woodstock-1972-di-cheras/

Farhana Romlee. (2021, April 30). Penerimaan muzik rock kapak di Malaysia pada hari ini. Buletin FM. Dipetik daripada https://www.buletinfm.audio/koolinspirasi-penerimaan-muzik-rock-kapak-di-malaysia-hari-ini/

Nurul Amiera Norazizan & Sharifah Nursyahidah Syed Annuar. (2018). Pengaruh politik dalam muzik indie di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-19. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/66/44

Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply