Jika ada karekter manga lain di luar dunia DBZ yang boleh menaiki Kinto-un (atau lebih dikenali peminat Malaysia sebagai awan guling), ia sebulat suara diperakui adalah Monkey D. Luffy dari siri One Piece.

Kinto-un hanya boleh dinaiki oleh seseorang yang berhati tulus dan jujur. Selain Goku, Chi Chi, Uub, Gohan dan Goten adalah karekter-karekter lain dalam dunia DBZ yang boleh menaikinya.

Berbalik kepada Monkey D. Luffy, apa yang buat saya tertarik dengan karekter ini adalah adakah insan yang mempunyai karekter seumpama beliau akan mampu menarik ‘nakama’ (rakan seperjuangan/sahabat) di dalam dunia nyata? Adakah anda akan benarkan diri anda dipimpin oleh insan berkarekter begini?

Saya tak pasti jawapan anda, tetapi mari kita bedah, baik dan buruk karekter Monkey D. Luffy:

1) Luffy bukan seorang bodoh walaupun beliau berkelakuan seperti orang yang bodoh. Luffy hanyalah seorang manusia yang ‘simplistik’ yang tak mahu dikongkong dengan realiti keadaan dan idealisma pelik yang hanya akan menjadi pemberat minda dan batu penghalang di dalam mencapai impian beliau, iaitu menjadi ‘Kaizoku-Ou’ atau Raja Lanun.

2) Ini dapat dilihat dalam siri OP apabila perbincangan krisis dan perangkaan pelan oleh nakama-nakamanya, Luffy akan kelihatan kurang berminat apabila memasuki perbincangan yang kompleks. Ini bukan kerana Luffy tidak mempunyai daya intelektual untuk memahami, cuma beliau mempunyai karekter yang “malas” untuk merancang sesuatu yang dia tahu hasilnya pelbagai. Kepada Luffy, ‘nothing is certain’. Beliau lebih suka ‘go with the flow’ dan ‘act according to change’.

3) Ini juga bersangkut-paut dengan karekter Luffy yang meminati pengembaraan, kejutan dan bahaya. Pada Luffy, merancang sesebuah pengembaraan hanya akan membunuh keseronokan.

4) Karekter Luffy ini jugalah yang membuatkan nakama-nakama beliau setia di belakang beliau. Pertamanya, kerana ada kepercayaan yang tinggi dari Luffy kepada keupayaan nakama-nakamanya. Keduanya, secara tak langsung, Luffy membenarkan nakama-nakamanya untuk membuat keputusan dan memperbaiki dan memajukan diri.

5) Paling penting, pada ketika Luffy mengajak nakama-nakama-nya mengejar impian beliau untuk menjadi Raja Lanun, pada masa sama juga, beliau membantu mencapai impian nakama-nakamanya. Impian mereka, pada Luffy adalah sama penting dengan impian dirinya sendiri.

6) Luffy juga meletakkan kepercayaan yang tinggi pada nakamanya walaupun dalam beberapa keadaan, nakamanya seperti ingin meninggalkan lanun Mugiwara (merujuk kepada kes Nami di Arlong Park, Usopp di Water 7, Nico Robin di Enies Lobby dan kes Sanji dalam saga Big Mom). Luffy berjaya memahami keinginan dan impian nakamanya yang paling dalam dan takkan membiarkan nakama beliau melepaskan impian itu walau apa pun terjadi. Luffy akan pastikan kesemua halangan nakama beliau itu di”runtuh”kan.

7) Selain itu, Luffy juga terkenal dengan semangat tidak putus asa dan pantang menyerah yang tinggi. Beliau tidak akan tunduk pada sesiapa, beliau tidak akan dihalang oleh sesiapa. Jika kita perhatikan, hampir kesemua musuh Luffy adalah mereka yang lebih kuat darinya, tetapi kalah dengan sikap dan sifar ‘resilient’ dan ‘persistence’ Luffy.

8 ) Luffy juga tidak memandang dunia di dalam kaca mata buruk atau baik. Tetapi jika ada yang dia sangat benci, adalah mereka yang tidak menjaga orang di bawah mereka. Tak kisahlah seorang raja dengan rakyat, ketua dengan pengikut, dan mereka yang tiada sikap setiakawan. Luffy melihat dunia sebagai sesuatu yang menarik dan menghairahkan dahulu mengatasi perihal baik atau buruk dan jahat.

9) Antara kekuatan karekter Luffy yang paling saya suka ialah Luffy adalah seorang insan yang tidak boleh dibeli, tidak boleh diarah, tidak mudah tertarik pada perkara trivia seperti harta, kuasa dan wanita. Ini adalah antara kekuatan sebenar beliau yang mampu menarik ramai nakama yang nak melihat beliau berjaya menduduki takhta Kaizoku-Ou.

10) Namun begitu karekter Luffy yang semberono juga sentiasa meletakkan nakama-nakamanya dalam bahaya. Banyak krisis yang boleh dielakkan menjadi lebih buruk kerana kurangnya daya diplomasi dan sikap terburu-buru Luffy. Beberapa kali juga nakamanya terpaksa mengikut rentak Luffy yang sangat menyukai cabaran.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.