Moving Forward As One

Kenapa Rasullulah S.A.W Menghalau Yahudi Bani Qainuqa’?

1,628

Kisah ini berlaku pada tahun ke-dua Hijrah. Peristiwa ini berlaku setelah peristiwa Pertempuran Badar Al-Kubra. Selepas kekalahan pasukan Quraisy di medan Badar Al-Kubra, kelompok Yahudi Bani Qainuqa’ semakin menunjukkan tanda-tanda kebencian mereka terhadap Rasulullah SAW.

Perkara itu telah sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW.Maka,Rasulullah SAW mengumpulkan penduduk-penduduk Yahudi Bani Qainuqa serta menasihati mereka. Rasulullah SAW berucap: “Wahai orang-orang Yahudi, berwaspadalah kamu dari tertimpa k eatas kamu sebagaimana tertimpa kemurkaannya ke atas keturunan Quraish. Masuklah kamu semua ke dalam Islam, kamu semua mengetahui bahawa aku ini nabi utusan sebagaimana kamu dapati dalam kitab kamu dan janji Allah pada kamu.”

Reaksi balas penduduk Yahudi Bani Qainuqa terhadap dakwah Nabi Muhammad SAW amatlah biadab.Mereka mengatakan: “Hai Muhammad, kamu jangan tertipu,memang kamu boleh berlawan dengan satu bangsa yang tidak ada pengalaman dalam pep.eran.gan. Sesungguhnya kami ini, demi Allah. Kalau kamu hendak mencuba dan ingin mengenal kami siapa dan jenis apa kami ini, bolehlah kamu mencuba!”

Namun, Rasulullah SAW masih bersabar dengan provokasi yang dilakukan oleh Yahudi Bani Qainuqa ini. Hinggalah suatu hari,seorang wanita Muslimah telah membawa barang jualan ke pasar Bani Qainuqa’. Sekumpulan Yahudi Bani Qainuqa’ telah cuba membuka aurat seorang wanita Muslimah. Perbuatan itu dilihat oleh beberapa pemuda Islam. Lantas, mereka segera memukul lelaki Yahudi yang melakukan perbuatan biadab itu. Lelaki Yahudi yang berada di pasar itu turut membantu rakan Yahudinya dan memukul pemuda Islam itu beramai-ramai.

Maka, terjadilah pergaduhan yang besar diantara Muslim dan Yahudi. Peristiwa ini mencetuskan kemarahan kaum Muslimin di Madinah. Maka, Rasulullah SAW memimpin pasukan Muslimin dan mengepung  perkampungan Bani Qainuqa’ selama lima belas hari. Yahudi Bani Qainuqa’ tidak menghadapi pasukan Rasulullah bahkan bersembunyi di dalam kubu-kubu mereka.

Timbullah rasa gerun dihati mereka dan mereka meminta untuk berunding dengan Rasulullah SAW. Akhirnya, Rasulullah SAW mengabulkan permintaan dan memberi mereka tiga hari untuk keluar dari Madinah menuju Syam. Begitulah pengakhiran Yahudi Bani Qainuqa’ di Kota Madinah.

Antara pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini ialah, betapa tingginya maruah seorang wanita Muslimah didalam Islam. Hanya kerana tindakan Yahudi Bani Qainuqa’ ingin membuka auratnya, boleh mencetuskan pep.erang.an di Kota Madinah. Sesungguhnya maruah dan martabat seorang Muslimah amatlah dijunjung di dalam Islam.

RUJUKAN:

Fiqh Sirah – Syeikh Said Ramadhan Al-Buti

Sang Yatim Janji dan Kemenangan Yang Dijanjikan – Prof Dr Muhammad Sameh Said

Artikel dikirimkan oleh Muqri Nizam untuk The Patriots. 

Ruangan komen telah ditutup.