Tedros Adhanom, Ketua Pengarah (DG) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) teruk kena bakor minggu ni. Mula-mula kena kecam dengan Trump, lepas tu kena tibai dengan Presiden Tsai dari Taiwan. Apasal ramai tak puas hati dengan Tedros?

Pada Selasa lepas, Trump telah kecam WHO secara terbuka di Twitter, kata WHO “China-centric” dan memberi “faulty recommendation” tentang COVID-19.

Trump merujuk kepada tindakan Tedros pada peringkat awal penularan COVID-19. Masa China kena COVID pada Januari, Tedros kata keadaan di China terkawal dan membantah negara-negara yang menghalang kemasukan warga China atau menyekat penerbangan ke China.

Ramai kritik Tedros ada bias terhadap China. Umum tahu Tedros ada hubungan yang baik dengan China semasa jadi Menteri Luar Ethiopia (2012-16). Salah satu sebab Tedros dipilih jadi DG WHO pada 2017 pun sebab ada sokongan China. Negara2 Eropah & US waktu tu prefer calon dari UK.

Selepas jadi DG WHO, antara first things yang Tedros buat ialah mengunjungi China dan bincang peluang kerjasama. Tedros siap ada nama Cina tersendiri, 谭德塞 (Tan De Sai), untuk menunjukkan dia mesra China.

Dan disebabkan bias Tedros terhadap China, dia block Taiwan daripada menyertai WHO berdasarkan prinsip Satu China. Disebabkan China klaim Taiwan sebagai sebahagiannya, China tak membenarkan Taiwan hadir dalam apa2 pertubuhan antarabangsa sebagai entiti berdaulat termasuk WHO.

Malah selepas COVID menular, WHO masih mengecualikan Taiwan dalam banyak benda termasuk bantuan dan perkongsian maklumat. Taiwan terpaksa bergantung pada diri untuk mengawal COVID. Sehingga kini, Taiwan hanya mempunyai 380 kes dan 5 kematian.

Tedros kelihatan sibuk mempertahankan China. Selain bantah orang sebut Wuhan virus, Tedros juga menyanggah negara yang bawa balik warganegara masing-masibg daripada China. Netizen Taiwan & Hong Kong bengang, maka melancarkan petisyen online mendesak Tedros letak jawatan.

Malah pada 26 Mac, Timbalan PM Jepun, Taro Aso tidak segan silu mengkritik Tedros dan secara sinis mencadangkan supaya nama WHO ditukarkan kepada CHO (China Health Organization).

Sambil membela diri daripada dakwaan Trump, Tedros tidak lupa petik nama Taiwan & kata dia merupakan mangsa “racist attack” dari Taiwan. Itu menyebabkan Presiden Tsai agak triggered dan terus keluarkan kenyataan membidas Tedros, & mengatakan Taiwan sebagai mangsa yang sebenar.

Melihat member sendiri kena gasak, negara-negara Afrika turut bekap Tedros yang merupakan DG WHO pertama dari Afrika.

Yang menariknya, US, Jepun dan Taiwan merupakan sekutu dalam hal menentang China, manakala negara-negara Afrika mempunyai hubungan baik dan pergantungan kepada China dari segi ekonomi. Kebanyakan negara Afrika termasuk Ethiopia bergantung kepada import barangan China.

Pertubuhan antarabangsa seperti UN, WHO, WTO pun tak dapat bebas daripada persengketan geopolitk antara negara-negara. Malah kes Tedros menunjukkan, kuasa-kuasa besar akan cenderung untuk naikkan orang yang akan membantu agenda mereka untuk menerajui badan-badan ini.

Dulu US naikkan orang-orang dia untuk ketuai IMF & Bank Dunia untuk memaksa negara menerima agenda ekonomi dia, sekarang China pun buat benda yang sama. Kuasa-kuasa besar, tak kira kuasa barat atau timur, kapitalis atau sosialis, perangai sebenarnya sama saja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.