Pada awal tahun 2020, kerajan Belgium membatalkan ujian 5G kerana kebimbangan radiasi daripada 5G tersebut. Switzerland pula sedang memantau risiko yang ditimbulkan oleh rangkaian 5G.

Ketakutan 5G telah menjadi arus perdana.

Kalau kita menggali asal-usul ketakutan ini, kita akan menemuinya berasal daripada teori konspirasi. Sesetengah orang mendakwa bahawa 5G adalah senjata membunuh yang digunakan oleh tentera untuk mematahkan semangat musuh.

Ada juga orang yang berhujah bahawa gelombang yang lebih kecil digunakan oleh setiap rangkaian baru telefon bimbit tidak pernah diuji dan kita semua dijadikan tikus makmal untuk mengujinya.

Sudah pastilah dakwaan ini juga datang daripada ahli teori konspirasi. Tiada dakwaan yang dituturkan itu benar.

Apabila kita menggunakan telefon bimbit, ia akan berinteraksi dengan pencawang berdekatan melalui gelombang radio (radio waves).

Pencawang itu pula akan berhubung dengan rangkaian teras yang menerima maklumat dan menghantar semula maklumat.

Pada masa ini, sekiranya anda menggunakan rangkaian 4G, jalur frekuensi gelombang radio adalah sekitar 2 – 8 GHz. Tinggi sedikit berbanding 3G yang mempunyai jalur frekuensi sekitar 1.8 – 2.5 GHz.

Menggunakan frekuensi yang tinggi mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Semakin tinggi frekuensi, semakin pendeklah gelombangnya.

Seperti gelombang bunyi, gelombang yang pendek akan lebih cepat hilang tenaganya. Jadi, ia hanya dapat meliputi jarak yang pendek.

Pencawang telefon dapat meliputi sekitar 1 hingga 20 kilometer bergantung pada jumlah telefon yang perlu ia liputi.

Pencawang dapat meliputi kawasan yang lebih jauh dan luas sekiranya frekuensinya lemah (gelombang yang panjang). Tetapi pencawang ini tidak dapat liputi banyak telefon. Tetapi pencawang yang mempunyai frekuensi yang tinggi, dapat liputi banyak telefon walaupun kawasan yang diliputi lebih kecil.

Rangkain 5G menawarkan rangkaian yang stabil dan lebih laju daripada mana-mana rangkaian yang ada sekarang.

Frekuensi yang tinggi bukan bermaksud tinggi keamatannya (intensity). Ia seperti membandingkan lampu biru dan lampur merah. Warna berbeza, gelombangnya berbeza tetapi keamatannya tetap sama.

Gelombang daripada rangkaian 5G hanya akan diserap oleh kulit luar kita, tidak sampai masuk ke dalam otak yang kononnya memberikan kesan kepada kita.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/why-are-people-so-scared-of-5g

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.