Kenapa Ramai Minat Pasangan Sugu Savithra?

2,125

Semakin bercambah sekarang video content tentang masak memasak. Semua sama je. Tak ada cipta kelainan lansung (kecuali khairul aming). Tetapi pasangan ‘Sugu Pavithra’ ni unik dan cipta kelainan. Sebab itu orang nak tengok.

Faktor pertama tentulah tentang pertuturan dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang unik bila mana seorang yang bukan Melayu berbicara dalam bahasa kebangsaan untuk menunjuk cara-cara memasak.

Selama ni kita tengok orang Melayu je masak bosan jugak. Nak juga tengok ‘stail’ dan resepi kaum lain pula dalam bentuk video.

Kedua apa yang aku suka tentang pasangan ini adalah peralatan yang digunakan mereka adalah dkt masyarakat Malaysia. Takde lah fake mcm video masak memasak yang lain, kuali nk mewah. Memang semua peralatan yang beliau gunakan sama dengan rakyat marhaen gunakan. Guna cawan je tau untuk monopod.

Dan lagi Pavithra ni jujur dan tulus. Ada satu video beliau katakan, “Hari ni gaji, baru dapat makan ikan mahal sikit.” Ini perkara biasa untuk semua marhaen. Termasuk saya juga. Ada rezeki lebih, kadangkala teringin juga makan yang ‘mewah’ sedikit.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Nak makan hari-hari itu tidaklah. Perkara biasa kot, nak malu apa! Terbaik betul.

Keempat, hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan. Bila siap masak, bagi suami rasa. Bagi anak-anak, bagi adik. Siap buat video untuk sesi ‘merasa’ makanan lagi. Nmpak memang ikhlas dan tiada cover cover. Reaksi suami, adik dan anak beliau juga spontan. Tak macam rancangan masak-masak lain.

Dan memang Puan Pavithra ini memang ikhlas niatnya hendak merakam dan mengajar resepinya. Guna phone yang ada, editing pun guna phone. Saya rasa beliau sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima ketika ini.

Tapi aku tak faham, Puan Pavithra yang baik macam ni pun ada haters. Katanya marah bila nitizen melabel Puan Pavithra sebagai good Malaysian sebab mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan sangat baik. Dekat mana salahnya? Pelik pelik.

Akhir kata, semoga pasangan Sugu Pavithra terus sukses dan berkongsi lebih resepi masakan untuk semua rakyat Malaysia. Abaikan kata kata negatif nitizen nitizen ni.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.