Perangai orang boleh tahan pelik. Semasa vaksin diumumkan berkesan dan selamat, ramai bangkang bukan main sampai gigih keluarkan tulisan bagai. Ada yang berkempen kalah ahli politik untuk semua tolak vaksin.

Macam-macam isu timbul, bab keselamatan antaranya. Alih-alih McDonald’s keluarkan ayam goreng pedas, ramai menderu pergi beli sampai masuk hospital – tiada pula yang melαωαη sama gigih.

Soalnya sekarang, kenapa ada yang masuk hospital selepas makan ayam goreng pedas? Sebelum kupas lebih lanjut, kena tengok balik kenapa orang melayan. Jujurnya orang Malaysia sudah lama ghairah pada makanan pedas.

Mandi dalam pedas.

Tekak asam pedas dan sambal belacan (jangan lupa patin tempoyak). Hidangan sebegini menjadi asas pada lumrah hari ini. Dengan hidup semakin bertambah hipster, datanglah hidangan lebih moden.

Ingat lagi dulu tular pasal ramen jenama Samyang Foods. Bukan main orang terjah demikian hari, sampai borong di kedai runcit untuk mencuba. Siap buat video mendesah dan merengek pedas, sampai mulut bertukar merah dengan muka menyimbah peluh.

Kira senang cakap, orang Malaysia suka makan pedas. Ada baiknya juga kalau makan pedas. Cili meningkatkan kadar metabolisme dalam badan, sekali gus mengawal selera makan dan secara langsung berat badan (O’Connor, 2006).

Makanan pedas memberi kesan dalam bab kadar kematian juga. China membuat kajian pada tahun 2015. Dan mereka mendapati makanan pedas mengurangkan risiko kematian (Jun, et al., 2015). Tetapi bak kata bijak pandai, makan apa pun kena ada batasannya.

Makanan pedas tidak boleh diamalkan secara berlebihan, kerana cili boleh merangsangkan ‘saraf panas’ kepada otak (Shuib, 2019). Sebab itu orang berpeluh kalau makan pedas.

Itu baru bab tekak. Belum lagi apabila makanan sampai usus. Sistem perhadaman akan cuba mengeluarkan makanan pedas secepat mungkin, yakni punca cirit-birit (Brown, 2021). Perlu tekankan makanan pedas tidak menyebabkan υlsεr perut atau buasir.

Tetapi makanan pedas boleh mengeruhkan keadaan jika orang yang makan sudah ada masalah ini. Dan kepedasan juga akan meninggalkan kesan pada dυbυr iaitu situasi ‘αηαl fissυre’ (Altomare, et al., 2006), iaitu laluan dυbυr terlυkα.

Nampak sangat pemakanan terlalu pedas tidak baik untuk kesihatan. Jangan kerana dahagakan trend sampai jejaskan kesihatan. Kerana diri sendiri kadang belum tahu penyakit apa yang sedia ada. Makanan pedas boleh menjadi penyumbang pada penyakit refluks perhadaman (GERD).

Limpahan asid.

Simtom GERD selalunya pεdih di bahagian ulu hati. Ada simtom-simtom lain – tetapi cukup satu dulu. Lebih baik pembaca dapatkan konsultasi doktor untuk faham lebih lanjut.

Jangan bila rasa sesuatu simtom yang dibaca, terus dakwa diri kena GERD. Yang pasti di sini, simtom GERD berlaku kerana asid perut naik ke bahagian esophagus (salur makan dan minum).

Ini yang masalah. Keradangan pada esophagus boleh menyebabkan pεdih ulu hati yang sangat teruk kerana potensi refluks angkara makanan pedas (Choe, et al., 2017).

Setakat ini kajian tidak cukup untuk menokhtahkan bahawa makanan pedas adalah penyebab GERD (Madell, 2021). Sebaliknya saintis sebulat suara bersetuju – orang yang berpotensi terkena refluks asid boleh sakit ulu hati selepas makan pedas. Ada beza dari segi situasi.

Bagi sesiapa yang belum tentu boleh makan pedas, lebih baik elakkan semua jenis makanan pedas. Tidak kira pihak mana yang buat. Tiada guna masuk trend kalau akhirnya lingkup di hospital.

RUJUKAN:

Altomare, D., et al. (2006). Red hot chili pepper and (ditapiskan): the (ditapiskan) of a myth: results of a prospective, randomized, placebo-controlled, crossover trial. Dis Colon Rectum. 49 (7): 1018-1023.

Brown, K. (2021, Ogos 15). Why eating spicy food can give you diarrhea. Very Well Health.

Choe, J. et al. (2017). Foods Inducing Typical Gastroesophageal Reflux (ditapiskan) Symptoms in Korea. J Neurogastroenterol Motil. 23 (3): 363-369.

Jun, L., et al. (2015, Julai 8). Consumption of spicy foods and total and cause specific mortality: population based cohort study. British Medical Journal. 351: h3942.

Madell, R. (2021, September 10). What foods should you avoid with acid reflux? Healthline.

O’Connor, A. (2006, November 28). The Claim: Spicy Foods Increase Metabolism. The New York Times.

Shuib, N. (2019, November 2). Kesan makan pedas ‘berapi’. Berita Harian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.