Purata mereka yang membunuh diri di sini mencecah lebih 100 orang setahun, angka yang hanya dapat ditandingi oleh Jambatan Gerbang Emas di San Francisco. Kenapa boleh jadi demikian? Apa istimewanya tempat ini? Kira-kira 1,100 dahulu, negara matahari terbit digegakgempitakan oleh letusan Gunung Berapi Fuji (paling terkini berlaku pada 1707 M). Laharnya tersebar jauh berbatu-batu. Sebahagiannya mengubah rupa bumi menjadi hutan belantara yang berkeluasan 13 batu persegi, dikenali sebagai Hutan Aokigahara. Hutan ini terletak di sebelah barat Gunung Fuji.

TETAPI nanti dulu, korang kalau peminat sejarah, budaya dan tamadun Jepun, kami nak cadangkan korang beli buku kami berkenaan TAMADUN JEPUN. Boleh beli di: http://bit.ly/3StwRwG

Sejak sekian lama, masyarakat tempatan melihat Hutan Aokigahara sebagai sebuah tempat yang keramat. Menurut legenda, ia kononnya menjadi persemayaman naga dan dewa-dewi air. Ini salah satu faktor Hutan Aokigahara lebih dikenali sebagai salah satu lokasi pilihan untuk bunuh diri. Sememangnya, rupa kejadian Hutan Aokigahara cukup indah – ia kaya dengan pepohonan yang besar lagi tinggi.

Akar-akarnya berselirat nan memikat. Batu-batuannya diselimuti lumut sambil gua-guanya pula mengujakan. Rata-rata mereka yang menjejakkan kaki ke Hutan Aokigahara cuma punyai dua maksud; sama ada mahu menamatkan riwayat hidup sendiri ataupun melihat bekas-bekas tinggalan mereka yang melakukan hal sedemikian.

Hutan Aokigahara, ia telah lama dikaitkan dengan legenda-legenda rakyat yang sedikit gelap. Sebahagiannya menyatakan yang hutan ini menjadi tempat pembuangan orang-orang tua. Amalan sebegini disebut sebagai ubasute, di mana warga ditinggalkan di tempat-tempat terpencil sehingga m.ti seorang diri – sama ada kebu.lur, dehidrasi, atau dimakan binatang buas.

Hutan ini kemudian semakin dipopularkan dalam pelbagai medium – novel, filem, dan drama televisyen. Kesemuanya mencirikan Aokigahara sebagai latar tempat berlakunya kejadian bunuh diri.

Pada tahun 1960 misalnya, sebuah novel berjudul Kuroi Jukai (Samudera Hutan Hitam) nukilan Seicho Matsumoto mengisahkan tentang pasangan kekasih yang membunuh diri di Aokigahara. Keadaan ini mengundang kesan yang menggusarkan; secara tidak langsung Aokigahara dipopularkan sebagai lokasi bunuh diri yang romantis. Hari ini, kehadiran media sosial bagaikan mencurah gasolin ke dalam api dan ibarat menabur garam pada luka.

Beberapa lepas misalnya, seorang Youtuber bernama Logan Paul mengunjungi Hutan Aokigahara sambil merakam dan memuat naik video yang memaparkan jasad mangsa bunuh diri yang baru sahaja terkujur kaku beberapa jam lalu.

Wajah mangsa memang dikaburkan. Namun, jasadnya terpampang jelas sekali gus menayangkan pada dunia sisi pilu Hutan Aokigahara.

Bagi mengurangkan angka bunuh diri di Aokigahara, banyak papan tanda digantungkan di laluan masuk. Antaranya memaparkan tulisan, “Ingatlah, nyawa anda adalah karunia indah yang dihadiahkan daripada ibu bapa anda”,“Mintalah bantuan polis sebelum anda putuskan untuk bunuh diri”.

Ramai juga sukarelawan pembanteras kejadian bunuh diri yang membuat rondaan di Hutan Aokigahara tanpa mengenal siang malam. Semuanya demi menyelamatkan walau satu nyawa sebelum terlambat. Pengusaha kedai dan penduduk setempat juga prihatin untuk tidak membiarkan mana-mana individu masuk ke dalam hutan berkenaan dengan membawa niat membunuh diri.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Anda akan menikmati penjimatan sebanyak RM 10. Beli cepat sebelum tamat!
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kyochi Watanabe misalnya, tidak canggung memujuk mereka sepanjang lapan tahun berada di sana, yang adakalanya cukup dengan mainan muzik dari teratak kecilnya yang terletak di hujung hutan. Usaha sebegini mungkin kecil jika dilihat daripada sudut individu. Namun, siapa tahu keprihatinan dan kesedaran sebegini mampu mengalihkan tanggapan terhadap Hutan Aokigahara daripada lokasi bunuh diri nombor wahid kepada destinasi rekreasi yang menenangkan. “Nothing is too small to know, and nothing is too big to attempt.”


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply