Kebiasaannya, apabila kita melihat sesuatu musibah seperti kemalangan, bantuan akan dihulur mengikut kemampuan masing-masing. Tetapi jika anda di China dan mengalami kemalangan, percayalah tiada siapa akan membantu anda.

Sebabnya mudah, mereka bimbang akan dituduh sebagai punca kemalangan terutama membabitkan golongan warga emas. Jika anda membantu mereka termasuk menghantar mangsa ke hospital, ia ibarat manifestasi pengakuan kesalahan anda terhadap kemalangan yang dialami si polan itu. Silap haribulan, kena bayar ganti rugi yang boleh saja mencecah ribuan ringgit terutama dari segi kos perubatan.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Antara yang terkena ialah seorang lelaki bernama Peng Yu. Pada 2006, seorang wanita berstatus warga emas bernama Xu Shoulan jatuh dari bas dan mengalami kecederaan patah femur. Apabila kejadian itu dilihat Yu, dia menghantar wanita itu ke hospital dan mengeluarkan belanja 200 yuan (RM132.53) untuk kos perubatan.

Malangnya, semua itu berubah apabila doktor yang merawat Shoulan mendapati dia perlu menjalani pembedahan penggantian femur. Lantas, dia bertegas mahukan Yu membayar kos pembedahan tetapi cubaannya itu ditolak. Tetapi Shoulan bertegas kos tersebut ditanggungnya atas alasan: dia (Yu) punca kemalangan yang dialaminya.

Lantas, wanita itu menyamannya di mahkamah. Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, hakim memutuskan Yu perlu membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah. Dalam penghakimannya, hakim menyifatkan satu-satunya sebab orang mahu membantu apabila berlaku kemalangan ialah orang tersebut merupakan pelakunya.

Dalam satu kes yang lain pada 2013, seorang wanita bernama Wang Lan sedang menaiki bas apabila melihat seorang wanita tua terjatuh dari bas. Wanita dari Liaoning itu segera membantunya termasuk menghubungi keluarganya dan membawa wanita itu ke hospital. Lan juga bertanggungjawab membiayai kos perubatannya sebanyak 200 yuan (RM132.53).

Tidak lama selepas itu, dia diberitahu wanita tua itu mahu menyamannya atas alasan dia (Lan) pencetus kemalangan yang dialaminya. Lantas, wanita itu mahu menuntut ganti rugi sekitar 40,000 yuan (RM26,510).

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Tetapi tidak seperti Yu, Lan bernasib baik selepas peguamnya berjaya mendapatkan akses rakaman pengangkutan awam semasa insiden itu berlaku. Apabila ia disiarkan di mahkamah, nyatalah dia bukan punca kemalangan seperti didakwa. Itu sudah cukup untuk Lan mengatasi saman yang dikemukakan tetapi sedikit-sebanyak memberi kesan kepadanya untuk berlaku baik kepada orang lain selepas itu.

Ini lebih merenyahkan jika anda berstatus warga asing di China. Pada mereka, orang asing sentiasa dianggap bersalah walaupun tidak menjadi punca perdebatan atau pergaduhan dengan warga tempatan. Pendek kata, kalau ada insiden di mana ada orang asing, maka si polan itu yang patut dipersalahkan.

RUJUKAN

Mata Licon, F. (2017, 15 Mei). 4/31: Why people won’t normally help you in an accident in China?. Medium.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply