Mungkin ada yang tak tahu, ketika ini di China terutamanya di Wuhan, rakyat di sana sedang berkabung dan marah teruk kepada kerajaan Cina berikutan berita kematian seorang doktor yang bernama 李文亮 , dalam ruminya Li Wei Liang. Kenapa mereka berkabung, meh baca sini.

Siapa Dr Li ni sebenarnya? Dia adalah seorang Ophthalmologist di Hospital Besar Wuhan, dan dikatakan bahawa beliau adalah di antara yang pertama melaporkan mengenai kes wabak n-Cov ini kepada awam sejak bulan Disember yang lalu.

Kisahnya mula pada 30/12 apabila Dr Li bagi amaran kepada kawan-kawan doktor di dalam group WeChat alumni medschool dia pasal 7 pesakit yang dikuarantin di tempat kerjanya yang dijangkiti penyakit seperti “SARS” yang dikaitkan dengan pasar seafood di Wuhan. Nak jadi cerita amaran Dr Li ni viral.

Tak sampai 3 hari lepastu, Dr Li pun kena summon dengan Polis Wuhan. Polis telah menuduh Dr.Lin dan 7 lagi kawan dia yang juga doktor-doktor sebagai menyebarkan khabar angin dan fake news yang boleh membahayakan awam. Siap masuk international news lah.

Pihak polis telah mengarahkan supaya dia untuk menandatangani surat ‘cease and desist’.. Yang mana Dr. Li dan 7 orang kawan-kawan dia diarahkan untuk tidak boleh lagi bersuara mengenai virus ini di media sosial atau mana-mana medium kerana akan menganggu ketenteraman awam.

Ada warganet Weibo buat translation, bagi siapa² yg nak faham apa isi surat cease and desist yang ditandatangani oleh Dr Li sebelum dibebaskan pada 3/1. Siap kena cop cap jari dan ada ayat pengakuan, “you acknowledge that you had broken the law and will stop spreading the rumor”.

Malangnya tak sampai seminggu dibebaskan, pada 10/1 dia mula batuk² dan selesema menunjukkan tanda² dijangkiti, dan dimasukkan ke hospital pada 12/1. Bila kes n-CoV ni dah tersebar ke satu dunia, maka meletup lah cerita pasal Dr Li ni semula di internet dan media China.

31/1 Dr Li, update akaun socmed dia dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya. Besoknya, pada 1/2 dia akhirnya telah diagnosed dengan 2019 n-CoV. Lepas dah kecoh cerita Dr Li ni barulah kerajaan China mengaku yang mereka tidak menyebarkan fake news.

Kelmarin 6/2, Dr Li akhirnya meninggal dunia meninggalkan ibu bapanya (juga dijangkiti) yang sudah tua dan seorang anak dan isteri yang sedang pregnant 5 bulan. Bergegarlah satu China, rakyat mempersoalkan knp virus tak dikesan lebih awal dan cara kerajaan wilayah dan polis Wuhan yang dilihat tidak cekap dalam menangani isu Virus tersebut dan ketidakadilan dan layanan terhadap Dr Li sebelum ini. Warganet China mengangkat Li sebagai hero sebab berani ambik risiko menjadi ‘whistleblower’ bilamana tak ada yang lain berani untuk berbuat demikian.

Malah untuk mengelakkan kekecohan di media sosial China selepas berita kematian Dr Li, disahkan mati oleh media² rasmi. Kerajaan China telah terpaksa mengarahkan Dr Li untuk dipasangkan semula life support dan menarik balik berita kematiannya.

Namun beberapa jam selepas itu, Dr Li akhirnya dilaporkan meninggal dunia dan di malam kematiannya pada 7/2, netizen Wuhan mencadangkan untuk membunyikan wisel supaya berkemundang diseluruh Wuhan sebagai satu penghargaan kepada Dr Li si ‘Whistleblower’.

 

Lagi video bunyi wisel bersahutan di Bandar Wuhan yang di ambil oleh penduduk di sana sebagai penghargaan kepada Dr. Li.

 

Pelbagai # yang berkaitan dengan Dr Li juga telah dicensored oleh kerajaan China untuk cool things down. Latest censored on Weibo: #不能不明白 (can’t fail to understand) “Tonight, let me blow the whistle for Wuhan.” “Wuhan government owes Dr. Li Weiliang an apology#

Tular di Beijing seorang lelaki menulis di atas salji, “Selamat Tinggal Dr Li Wei Liang!”

Namun dalam kekecohan netizen China mengangkat Dr Li sebagai orang pertama yang melaporkan wabak ini, China telah mengiktiraf seorang lagi doktor iaitu Dr Zhang sebagai orang pertama yabg melaporkannya, dan cerita discredit Dr Li sedang rancak disebarkan.

Apapun, sama ada perkara ini benar atau tidak suatu yang pasti, Dr Li tidak akan dilupakan oleh rakyat China dan bunyi wisel serta laungan ‘安息,李医生’ akan terus berkumandang di seluruh bandar Wuhan pada malam-malam di Wuhan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.