Bila keluar dengan perempuan, mesti deme suka cakap tak ada baju lah, tak ada tudunglah dan seluar tak matching lah. Masalahnya punyalah banyak baju deme beli, tak kan tak ada. Tudung dalam almari tu pulak dah macam deme ada 8 kepala.
Persoalannya kenapa perempuan suka beli banyak baju?
Kajian daripada Censuswide for Barnardo’s mendapati perempuan suka membelanja RM400 hingga RM4000 sebulan untuk beli baju. Kebanyakkan baju yang deme beli tu dibiarkan menjadi fosil pra-sejarah dalam almari.
Sebab ada diantara deme beranggapan baju yang sudah dipakai sebanyak 3 kali boleh dianggap sebagai baju lama. Ada juga yang beli baju tu hanya dipakai sekali je. Biasanya beli untuk reunion ataupun dinner. Lepas tu biar dalam almari. Bila ajak keluar, meratib tak ada baju.
Selain tu, deme juga sangat mudah terpengaruh dengan apa yang ada di media sosial. Katakanlah tiba-tiba ternampak ada tudung ataupun kasut keluaran baru dekat instagram, dengan laju deme beli. Benda ni dok ulang-ulang sampai baju tu tak terpakai.
Tapi kita tak boleh salahkan deme juga. Sebab menurut Forbes, perempuan bukan sahaja beli barang dan baju deme je. Perempuan ada je tolong belikan baju anak lelaki, suami, adik dan bapa deme.
Kadang-kadang tu deme belikan barang kepada pasangan sebagai hadiah. Tak boleh lah pukul rata, perempuan gila berbelanja.
Apa-apapun kita kena berterima kasih kepada perempuan. Jika tidak kerana sikap deme yang suka berbelanja dan peram baju dalam almari, mungkin ekonomi boleh runtuh.
Lepas ni kalau deme cakap tak ada baju, korang diam je lah.
Susah nak faham perangai perempuan yang pelik-pelik? Apa kata jom baca THE HUMAN COMPLEX. Boleh dapatkan di https://bit.ly/43As69v
Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply