Pada tahun 2010 dan 2014, Andrea Meltzer dari Florida State University telah melakukan kajian tentang hubungan antara tarikan fizikal dan kebahagian rumah tangga.

Meltzer buat kajian ini lebih daripada 450 pasangan yang baru berkahwin. Persoalan utama dalam kajian ini adalah apakah paras rupa pasangan mampu memberikan kepuasan dalam rumah-tangga?

Apa yang Meltzer dan ahli kumpulan dia dapat, paras rupa ini memang memainkan peranan penting dalam kepuasan rumah-tangga. Tapi hanya untuk lelaki saja.

Dalam erti kata lain, lelaki mementingkan paras rupa. Mempunyai isteri yang cantik mampu membuatkan orang lelaki lebih gembira.

Kajian yang sama pernah dibuat pada tahun 2008 dan keputusannya pun sama.

Kemudian, kajian lanjut dibuat pada tahun 2017. Kali ini diorang buat kajian tentang hubungan antara tarikan fizikal dengan sikap penjagaan tubuh wanita.

Dalam kajian ini, wanita lebih gembira kalau pasangan mereka lebih hodoh daripada mereka. Paling tidak, mereka lebih gembira kalau kekacakan pasangan tak dapat mengatasi kecantikan mereka.

Perempuan yang dapat pasangan yang lebih kacak daripada kecantikan dirinya akan lebih menjaga rupa dan tubuh badan mereka. Mereka akan jaga makanan dan diet. Akan jaga berat badan.

Sebab apa? Supaya fizikal mereka lebih baik daripada pasangan mereka.

Kajian ini juga menemui bahawa perempuan yang ada pasangan yang kacak, boleh mengakibatkan kesan negatif juga. Lebih-lebih lagi kalau fizikal perempuan itu biasa-biasa saja.

Benda ini boleh menyumbang kepada faktor gangguan pemakanan (eating disorder) untuk perempuan. Kalau mereka dapat pasangan yang tak berapa menarik, mereka lebih puaslah sebab tak perlu nak jaga itu dan ini.

Makanan itu syurga. Mereka juga menyimpulkan, biasanya perempuan yang ada pasangan yang kurang menarik akan lebih sihat dan tak mudah rasa tertekan.

Memang betullah perempuan memang nak cantik untuk diri mereka, bukan untuk orang lain.

Jadi, jangan hairan kalau kita selalu jumpa ramai perempuan cantik dapat lelaki yang tak beberapa nak kacak.

Kajian ini cuma bermain dengan tiga dimensi saja iaitu paras rupa, kepuasan dan sikap dalam penjagaan makanan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.