Kenapa Penyu Menangis Ketika Bertelur?

680

Semasa aku masih kanak kanak, aku selalu diceritakan tentang penyu di Rantau Abang, Terengganu. Setiap tahun, penyu belimbing akan berenang menuju pantai ini untuk bertelur. Namun, sekarang ni penyu belimbing sudah tak bertelur lagi di situ dek kecurian telur oleh penduduk kampung dan juga gangguan pelancong. Selalunya, kisah terkenal yang dikaitkan dengan penyu adalah apabila si ibu ini bertelur, mereka akan menangis kerana terpaksa tinggalkan anak mereka.

Jadi, sejauh manakah kebenaran kisah ini?

Berdasarkan kajian sains, reptilia seperti ular, burung dan penyu tak mempunyai sistem  regulasi bahan buangan yang bagus. Seperti yang pernah diceritakan dalam artikel aku tentang tahi burung, haiwan reptilia akan mengumuhkan kencing mereka sebagai sebahagian daripada tinja keras berwarna putih.

Walau bagaimanapun, kebanyakan penyu menghabiskan masa mereka di laut dan jarang naik ke darat. Oleh itu, sumber air mereka adalah berasal daripada laut. Ini sekaligus menyebabkan penyu mempunyai banyak bahan buangan beracun seperti garam. D

iet makanan mereka juga tak membantu untuk membuang garam ini bahkan akan menambahkan lagi. Obor obor yang merupakan makanan mereka ni 95% daripada dirinya adalah air laut. Pada kadar yang sedikit, garam adalah bagus tapi pada kadar yang banyak, sel boleh mati kerana mengecut kering. Oleh sebab itulah manusia yang terkandas di laut boleh mati dalam masa beberapa jam sekiranya mereka meminum air laut.

Bagi menghadapi masalah ini, penyu berevolusi dengan membuang lebihan garam ini melalui tangisan. Air mata, tak kira hidupan apa pun rasanya adalah sedikit masin. Walau bagaimanapun, selalunya air mata penyu adalah berkali ganda lebih masin daripada kesemua hidupan kerana tuntutan badan mereka yang menanggung bahan beracun ini. Juga, berbanding dengan manusia yang hanya menangis ketika sedih atau gembira, penyu laut ni menangis sepanjang masa.

Ya lah, kalau mereka tak menangis, kandungan garam dalam badan mereka akan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan kematian kalau tak dibuang. Cumanya, kita hanya nampak mereka menangis semasa atas darat kerana kepala mereka sudah kering daripada air laut. Serupa macam kita menangis ketika tengah basah dengan hujan, mana nampak menangis.

RUJUKAN:

Nicolson, S.W.; P.L. Lutz (1989). “Salt gland function in the green sea turtle Chelonia mydas” (PDF). Journal of Experimental Biology. 144: 171–184.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.