Kenapa Pemandu M4buk Berbahaya?

362

Sabar dulu semua, sabar. Saya tahu soalan yang diutarakn ini nampak macam bodoh. Sebab ramai yang tahu, pemandu mabvk ni memang membahayakan, bukan setakat kepada dirinya sendiri, malah terhadap pemandu lain di atas jalan raya.

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan juga menunjukkan yang pemandu mabvk menyumbang kepada ratusan kem4langan di Malaysia, dan boleh kata separuh darinya menyebabkan kem4tian .[1] Ini dapat disaksikan dengan jelas melalui laporan media, seringkali ada sahaja manusia yang menjadi k0rb4n pemandu mabvk.[2][3]

Tapi, kita tak tahu sejauh mana bahayanya pemandu mabvk. Kita tidak faham mekanisma dan sains di sebaliknya, yang membuatkan pemandu mabvk itu, memandu secara berbahaya. Jadi rencana ini ditulis bagi membincangkan sains di sebalik di pemandu mabvk.

Kerana sebelum menentang sesuatu musuh itu, kita perlu faham dulu musuh itu dari segala segi.

Sains Alk0hol

Secara mudahnya 4rak ni dibuat dari proses penapaian. Dibantu oleh ragi ia menukarkan molekul gula yang ada dalam buah-buahan ini kepada alk0hol. Dari sukrosa dan fruktosa kepada alk0hol.[4]

Bila kita bercerita tentang minuman beralk0hol, secara spesifiknya kita sedang merujuk kepada ethanol. Sebab alk0hol ni luas. Segala sebatian organik yang mempunyai rantaian OH padanya boleh dipanggil sebagai alk0hol. [5]

Dan tak wujud pun 4rak yang mempunyai 100% peratus ethanol. Sebab bahaya minum ar4k yang sebegini. Sedikit sahaja dah boleh menaikkan kandungan alk0hol dalam darah kepada paras yang merbahaya. Kebiasaannya ar4k seperti wain mempunyai kandungan alk0hol pada tahap 5-15%.

Ar4k yang dihasilkan melalui proses penyulingan ni yang paling merbahaya. Seperti gin, vodka dan whiskey, yang masing-masing mempunyai kandungan alk0hol antara 40-95%. [6]

Sebagai umat Islam, satu peratus alk0hol pun kita tak boleh minum. Tapi bagi mereka yang bukan beragama Islam, alk0hol yang mereka minum ini akan masuk dan meresap ke dalam badan. 80 peratus akan diserap di dalam usus kecil, dan selebihnya akan diserap di dalam perut.[7]

Alk0hol ini akan meresap ke dalam darah, dan akan meningkatkan kandungan alk0hol dalam darah. Benda ni yang kita panggil sebagai BAC (Blood Alcohol Content), yang selalu diuji ke atas pemandu mvbuk.[8]

Bila seseorang pemandu yang disyaki mvbuk itu ditahan, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menguji tahap alk0hol dalam badan mereka. Cara paling mudah adalah dengan Ujian Romberg. Pemandu diminta berdiri tegak, selama 30 saat, dan mereka akan diperhati jika wujudnya tanda-tanda yang mereka sedang mvbuk.[9]

Cara yang popular, yang sering dilihat di kaca televisyen adalah dengan menggunakan ujian pernafasan. Pemandu diminta bernafas ke atas alat yang disediakan, dan kandungan BAC mereka akan ditentukan. Cuma masalahnya, alat ini hanya menganggar sahaja kandungan BAC, kerana mengikut teori, hanya 5 peratus sahaja alk0hol dalam badan akan dihembus melalui paru-paru manusia.[10]

Cara yang paling tepat, sudah tentulah dengan melakukan ujian darah. Tapi ia ada had masa. Secara teorinya, manusia boleh melupuskan alk0hol yang diminumnya dalam sejam selepas ia berada dalam badan.[11] Tapi ini juga bergantung pada peratusan alk0hol dan kuantiti ar4k yang diminum.

Bagaimana Alk0hol Mempengaruhi Otak?

Sumber: https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/alcohol-and-the-brain

Ha, ini yang kita nak tahu sebenarnya. Bagaimana alk0hol boleh mempengaruhi otak manusia? Perlu diingatkan, yang otak manusia berfungsi melalui neuron. Ada lebih dari 100 billion neuron dalam otak, dan setiap satunya menerima dan menghantar mesej kepada setiap sel, otot dan organ dalam badan kita.[12]

Neuron ini menghantar mesej dalam bentuk elektrokimia. Jadi bila masuknya bahan kimia yang cepat meruap, dan cepat bertindak seperti alk0hol, sudah tentulah ia memberi kesan kepada badan, terutamanya kepada otak manusia.

Bila seseorang itu meminum ar4k, bahagian seperti korteks yang terlibat dalam membuat keputusan dan juga mengawal emosi akan terjejas. Ini menjelaskan kenapa mereka yang mvbuk selalu bertindak di luar jangkaan, dan juga lebih agresif. Bahagian seperti hippocampus yang mengawal memori manusia pula menjelaskan kenapa pemvbuk sering lupa apa yang berlaku pada mereka malam sebelumnya.

Bahagian seperti serebelum yang mengawal gerak koordinasi manusia juga akan terjejas, menjelaskan kenapa pemvbuk selalu berjalan terhuyung-hayang. Kesemua ini akan bertambah buruk bila kandungan alk0hol dalam darah bertambah. [13]

Perkara ini selari dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh saintis di seluruh dunia. Antaranya, kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Beijing. Kajian ini melibatkan 25 orang pemuda, yang sukarela meminum ar4k, dan kemudiannya diletakkan di atas simulator kereta.

Mereka diarahkan memandu menggunakan simulator, untuk memerhatikan reaksi dan perlakuan mereka sewaktu memandu. Kajian itu menunjukkan lebih 60% daripada mereka mempamerkan lagak berbahaya sewaktu memandu simulator, menjadikan pemandu mvbuk suatu risiko yang besar kepada pemandu lain di jalan raya.[14]

Pemandu mvbuk lebih suka mencari bahaya, kurang fokus terhadap jalan raya, lebih suka memandu laju dan kurang berhati-hati. Secara tidak lansung, pemandu mvbuk adalah 11 kali lebih berbahaya berbanding pemandu yang tidak mabuk.

Dilema BAC

Macam yang ditulis di atas tadi, kandungan alk0hol dalam darah dinilai melalui BAC. Dan BAC dinilai melalui peratusan .BAC pada nilai 0.10 peratus bermaksud seseorang itu mempunyai 1 bahagian alk0hol bagi 1000 bahagian darah.

Dan BAC jugalah yang digunakan oleh penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia, bagi menentukan nilai BAC yang dibenarkan untuk memandu. Sesetengah negara lansung tidak membenarkan mereka yang mvbuk dari memandu. Sesetengah negara meletakkan had BAC serendah 0.02% seperti China dan Estonia. Negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan juga Amerika Syarikat meletakkan had BAC pada 0.08 peratus.[15]

Tapi timbul beberapa masalah di sini. Pertama kandungan BAC dalam badan seseorang itu bergantung pada fisiologi dan biologi mereka. Golongan wanita akan mempunyai BAC yang lebih tinggi dari lelaki. Yang kurus pula akan mempunyai kandungan BAC yang lebih rendah berbanding yang gemuk.

Selain dari itu, ada kajian juga menunjukkan yang sedikit alk0hol pun sudah cukup untuk menganggu fungsi otak. Pada 0.02% BAC lagi, pemandu sudah mula hilang fokus, mengalami daya penglihatan yang terganggu, dan sukar untuk melakukan dua aktiviti serentak.

Jadi, apatah lagi pada 0.08%, di mana pemandu sudah mula sukar untuk mengawal kenderaan, tidak boleh mengengalpasti kelajuan kenderaan, dan hilang kemampuan untuk mengesan bahaya.[16]

Jadi persoalannya di sini, adakah peratusan 0.08% yang dikuatkuasakan itu cukup untuk membendung bahaya yang datang dari pemandu mvbuk? Fikir-fikirkan.

RUJUKAN:

BAC Alc0hol Monitoring Tests. (2020, January 15). Retrieved from Alc0hol.org: https://www.alc0hol.org/alc0holism/bac-monitoring-test/

Craig Freudenrich, P., & Konstantinovsky, M. (2000, December 21). How Alc0hol Works. Retrieved from How Stuff Works.

KHUSHARI, M. F. (2018). DON’T DRINK AND DRIVE. Retrieved from Unescap.org: https://www.unescap.org/sites/default/files/10-%20Country%20presentation-Drink%20Driving%20Management-Malaysia.pdf

Mohammad, N. I. (2019, October 22). Pemandu mvbuk tiada lesen langgar lori kontena. Retrieved from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/620261/pemandu-mvbuk-tiada-lesen-langgar-lori-kontena

Ph.D, J. G. (2010, June 18). Your Brain on Alc0hol. Retrieved from Psychology Today: https://www.psychologytoday.com/us/blog/you-illuminated/201006/your-brain-alc0hol

Shu, I., & Shuaib, A. (2020, Januari 20). Hancur gerai burger dir3mpuh pemandu mvbuk, peniaga bagai ada ‘sixth sense’ sempat peluk anak 5 tahun. Retrieved from MStar: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/01/20/peniaga-burger-sixth-sense

T, B. (2019, April 8). Why You Should Never Drink and Drive. Retrieved from verywellmind: https://www.verywellmind.com/why-you-should-never-drink-and-drive-67117

Zhao, X., Zhang, X., & Rong, J. (2014). Study of the Effects of Alc0hol on Drivers and Driving Performance on Straight Road. Modeling and Simulation in Transportation Engineering .

NOTA KAKI:

[1] (KHUSHARI, 2018)

[2] (Shu & Shuaib, 2020)

[3] (Mohammad, 2019)

[4] (Craig Freudenrich & Konstantinovsky, 2000)

[5] IUPAC. Compendium of Chemical Terminology, 2nd ed. (the “Gold Book”). Compiled by A. D. McNaught and A. Wilkinson. Blackwell Scientific Publications, Oxford (1997). Online version (2019-) created by S. J. Chalk. ISBN 0-9678550-9-8. https://doi.org/10.1351/goldbook.

[6] (Craig Freudenrich & Konstantinovsky, 2000)

[7] (Craig Freudenrich & Konstantinovsky, 2000)

[8] (BAC Alc0hol Monitoring Tests, 2020)

[9] (BAC Alc0hol Monitoring Tests, 2020)

[10] (Craig Freudenrich & Konstantinovsky, 2000)

[11] (Craig Freudenrich & Konstantinovsky, 2000)

[12] Craig Freudenrich, Ph.D. & Robynne Boyd “How Your Brain Works” 6 June 2001.

HowStuffWorks.com. <https://science.howstuffworks.com/life/inside-the-mind/human-brain/brain.htm> 22 January 2020

[13] (Ph.D, 2010)

[14] (Zhao, Zhang, & Rong, 2014)

[15] (BAC Alc0hol Monitoring Tests, 2020)

[16] (T, 2019)

Ruangan komen telah ditutup.